Monday

Muhammad Ammar Bin Saiful Zaree-Anugerah Allah yang bermakna

Alhamdulillah Muhammad Ammar sudah pun selamat dilahirkan. Sepanjang mengandungkan adik, banyak benda yang dilalui dan kelahirannya membina semula rumahtangga dengan kebahagian dan kegembiraan yang tak dijangka-jangka. Kelahirannya disambut dengan ucapan alhamdulillah dan tiada perkataan yang disebut melainkan syukur.

Kefobian melahirkan anak pertama dek kerana bergelut sakit contraction yang kuat sepanjang 8 jam membuatkan pengalaman bersalin kali ini bagaikan kali pertama. Ia juga pengalaman yang berbeza dengan anugerah allah kepada perasaan tidak serik lagi untuk mengandung kali ketiga.insyaallah suatu masa yang agak panjang lagi.

Ahad 4 july 2010

Subuh pagi ahad dah bleeding dan lost mucus plug. maknanya show untuk deliver dah ada. Kebetulan hari ahad dah ada appointment dengan Doctor Luckmal di Johor Maternity Specialist Centre,Kluang. Walaupun Show dah ada tapi sakit untuk bersalin masih belum terasa. Bila buat searching di internet, when women lost the mucus plug, delivery may be in 1 days or it can be lasting for 2 or 3 weeks. Setiba di klinik, ambil giliran macam biasa sebab masih belom sakit. Kebetulan pagi ahad dr luckmal digantikan dr murad, jadi dr muradla buat VE. Rahim masa tu dah dilate 3 cm. Mungkin sebab dah pernah melahirkan sebelum ni, jadi dah ada bukaan tapi contraction masih kecil. kalau diberi rating dalam 20/100 macam tu. mengigil la sikit2 dctr kata. Doctor cuba nipiskan waterbag, so maybe boleh bersalin dalam 2 and 3 days lagi.

isnin-khamis 5-8 july 2010

Sepanjang hari-hari tersebut, contraction berlaku dengan kerap tapi masih dalam rating 20/100. mucus dan darah maintain saja dr hari ke hari. As dah baca delivery maybe lasting for a weeks, wat kerja seperti biasa. tapi kat rumah sajalah sebab risau kalau nak ke opis buat pecah ketuban kat opis sapelah nak cuci semua tu nanti..:). walaupun contraction kecil, badan terasa sangat letih sebab contraction kerap. Hari khamis atas desakan kawan2, pergi klinik jugak untuk VE lagi sekali. Semua orang risau kalau2 dah dekat nak bersalin. Jadi pukul 8 malam tu saya dan suami bertolak ke kluang. Kebetulan sesampai je kat klinik Dr Luckmal ada dan tengah cek patient yang datang check up gak. Dr luckmal wat VE, masih lagi 3 cm..Huhu, lama gila tunggu masih 3 cm..Tapi dr admitkan ke ward malam tu. Dia kata nak bagi bersalin esok. Lagipun lagi 2 hari je nak due. Takyah balik sebab rumah jauh. Bersalin terus senang.

Malam tu tinggallah Umar ngan maklang dia. Malam tu jugak tak dapat tidur sebab teringat kat Umar yang tak pernah kena tinggal oleh Ummi dia. Saiful dah biasa sebab ofis dia banyak outstation. Nak layankan perasaan rindu dan kesian kat Umar saya pasang video keletah manja Umar dan tertidur dengan Air mata rindu terhadap Umar.

Jumaat 9 july 2010

Bangun pagi, siapkan diri dengan mandi dan buang air besar. Hihi. Bekfast dan menenangkan diri. Kul 9 masuk bilik bersalin. Nurse siapkan peralatan yang patut. lebih kurang 9 30 dctr masuk dan pecahkan air ketuban. Masa tu baru dilate 4 cm. bila dah Pecahkan waterbag, nurse induce dengan drip la plak. Saya tanyala nurse, dia masukkan ubat ke? nurse psiko ," takdela tak masukkan apa-apapun.." Hihi dia taknak bagi patient takut dan asik memikirkan kesakitan sebab induce. Sejam yang pertama leh tahan lagi sakit contraction. Masih ada ruang untuk bernafas. Dalam pukul 10 30, sakit dah mula menjadi. Ntah macam2 dibuat untuk menahan sakit. Nasib baik abang ada, jadi tidaklah berasa takut dan terasa kuat semangat nak harungi proses bersalin. Bila nurse wat VE, masih jugak 4 cm. masa tu dah mula nak down. Sakit dah menjadi-jadi. Kebetulan lak dalam kul 11 ada patient masuk. Dia pun dah 5 cm dr rumah. Dah sakit teruk gak, tapi tetiba je patient tu dah dilate 9 cm. lagilah down. Yang kelakarnya pulak. sejak tadi 4 cm tetiba saya pun dah dilate sampai 9 cm. Hihi kami telah membuatkan Dr kalut tapi dr dah terer dia rilek je. Dia settlekan patient yang masuk selepas saya tu dulu. Gembiranya bila dengar baby patient tu dah lahir. Bila siap semua barula dr beralih kat saya. Masa ni sakit dah berkurang. Tunggu nak teran je sebab baby dah betul2 kat pintu V. Jadi rilek lah sikit. Dr sangat bagus sebab ajar cara teran yang betul. Alhamdulillah kali ni dr lansung tak teragak2 seperti di Batupahat dulu. Tapi baby sangat besar. 3.85 la katakan. V rasa cam nak terkoyak. Rasa panas dan sebab sudah tidak sabar, saya minta dc vakum terus baby, walaupun lagi sikit teran baby akan keluar. Dengan kuasa Allah, dengan tekanan vakum 7.2 pi Muhammad Ammar keluar dengan mudahnya. Sejurus je keluar, saya dan saiful spontan mengucapkan alhamdulillah.
Siap keluarkan uri dan jahit epi serta luka kecil yang lain, saya di tolak ke wad semula. Rasa sangat pendek proses bersalin kali ni, berbanding di GH, walaupun dah settle bersalin 4.30 ptg, saya masih di tahan di dewan bersalin sampai kul 11 malam sebab penthidin masih berkesan dan bleeding banyak masa tu. Masa tu macam2 bunyik org bersalin dapat didengari dalam mamai penthidin. Kali ni semangat sangat tinggi sebab abang berada disisi sepanjang2 proses kelahiran muhammad ammar.

sabtu 10 july 2010
pagi ni dah boleh balik. alhamdulillah semuanya sihat dan selamat. selepas buat bayaran diorang discharge bb kami berangkut pulang. Kelakar sangat rasa, bila dtg ke klinik berdua dan balik cuma bertiga. mcm pergi cuti2 lak rasa. Org lain siap adik beradik semua pergi dan balik..


alhamdulillah dengan kelahiran muhammad ammar. Terima kasih kepada Abang yang sentiasa disisi disaat saya memeluka dia. Terima kasih mak dan adik2 yang mendoakan kesenangan untuk kelahiran muhammad ammar. Terima kasih atas jasa baik dr hj md luckmal hakim b zubir dan seluruh staff di JMSC, Kluang. Terima kasih jijah, syarfa dan aishah yang care pasal saya dan jenguk2 ketika pantang. Terima kasih semua!!!!!

10 comments:

  1. sis, mahal tak kos bsalin kt sini? vacum kan?

    ReplyDelete
  2. kos dia tak mahal..normal delivery 1300 (2010).masa saya tu, walaupun vakum dia tetap beri 1300..

    kat situ boleh buat ceaser juga..jadi kalau ada emergency insyaallah depa boleh handle..Ceaser saya tak ingat plak..samada 2500 atau 5000..

    cubalah pi wat cekup disana bila week 30-40..just tengok environment dan boleh tanya2 doktor..

    harga cekup pun boleh tahan murah..selalunya bawah 50...kalau tak banyak masalah/tanya kadang2 free..

    ReplyDelete
  3. thanks.. aritu dh pegi scan 4D. sambil2 tanye jgak la kos dia. still 1300 utk normal. 3k utk czer.jumpa dox lokman.. very nice doc.. hehe. sis dulu warded bape lame ye? if dont mind, nak tau jgak brape kos smua.. plan nk delivery kat sane..

    ReplyDelete
  4. total kos semua tetap 1300..:) takde tambah2..
    dr luckmal tu memang sangat nice..

    hari tu untuk normal delivery 3 hari warded..pergi khamis..bersalin jumaat..sabtu pagi dah balik dah..

    alhamdulillah, kat sana ok..dr assist nak bersalin dengan baik...

    ReplyDelete
  5. Ok..sy dh tau ape tuh JMSC..kat sini rupenye yg ramai ibu2 bersalin serbu..famous tu..baru tau harini:) tp sayang...xde doc pompuan..kalu ade pun di Pantai n chinese lady tapi ok juge..just harga standard pantai la..normal 2.4 ke 2.5k... ceasar around 5-7k.. rupenye kite semua sama kawasan la..haiiiii suke3 p/s apa kabar la GH kite tu..servis sama jgk ke mcm dulu..doc pelatih wat ujikaji suke2? Hmmm.. masa ank kuning doc GH yg attend anak sy masa tu pun tanye kos bersalin kt pantai sbb nmpk buku rekod bb sy..aikkk doc GH pun xmo beranak tmpt die keje..hihiksss tk nk jd ujikaji

    ReplyDelete
  6. Sis, tumpn tnye sikit, johor maternity y sis pg ni kat belah mn. Sb sy konfius dgn kluang specialist maternity centre... tmpt die kt bgunan kdai y agk lama tu ker?
    Trm ksh sudi kongsi..,

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tolong jawab ye. tempat yg berbeza tu sis. kluang maternity kat tmn kluang baru & doc nye lelaki chinese. johor maternity plak kat jln cantik, yap tau sah. yup, area kedai lama. tp kos lebih kurang sama sbb sy penah pegi dua2 tu

      Delete
  7. Harga normal delivery berapa?tq

    ReplyDelete