Thursday

Adik-Adikku Yang Disayangi

Buat Zakinah, Zahida, Wan, Izattie, Izzati, Asyikin dan Uddin
Adik-Adikku yang amat kakak sayangi. Hari demi hari kalian semakin dewasa dan ligat menerokai alam kedewasaanmu itu. Semakin hari semakin banyak pengalaman dan cabaran baru yang dihadapi. Kalian akan mendapat pengalaman dan pengetahuan baru dari segi pelajaran, kehidupan, keagamaan malah percintaan. Dalam dunia yang semakin mencabar dan melalaikan aku sendiri sangat risau melihat kalian melangkah. Kadang-kadang kalian melangkah gagah namun kadang-kadang jatuh juga.

Adik-adikku, aku ingin melihat kalian berjaya dan selamat dalam setiap urusan duniawimu. Apatah lagi urusan akhiratmu. Aku tidak mahu kalian terkecewa kerna perhitunganmu yang salah sedangkan kau tahu diwaktu itu perkara itu salah. Namun kau mengiyakan dek kerana nafsu dan terburu-buru.

Fikirlah yang paling baik dan matang. Kukuhkan dirimu. Jadilah orang berilmu.

Aku tidak mahu dikala tanggungjawab terbeban dan tergalas di bahumu, kau masih terkial2 dalam mengejar pekerjaan. Aku tidak mahu kalian menjadi mangsa kepada suami atau isteri dan keluarga yang tidak bahagia di masa depan.

Kakakmu sentiasa mendoakan kalian mendapat kebahagian didunia dan diakhirat. Dijauhkan dari kejahatan dunia yang melalaikan. Mendapat SUAMI atau ISTERI YANG BAIK dan KELUARGA MERTUA YANG BAIK. Mendapat pekerjaan yang baik.

Ya allah bertapa gusarnya melihat adik-adikku yang sempurna dicalarkan hatinya dengan orang yang baru dia kenali. Gusarnya sekiranya adik-adikku terluka dengan kezaliman dunia sekarang.

Adik-adikku fikirlah secara matang. Dahulukan yang patut didahulukan. Jangan terbuta hati....

Kakak sayang adik-adik semua. Kita patut berubah menjadi yang lebih baik dan menilai apa yang terbaik untuk diri. Jangan kerana nafsu kita gagal mengawal diri.

Hidup kita bukan hanya untuk kita. Suatu hari nanti kita akan punya anak dan keluarga. Mahukah dek kerana kesalahan hari ini, kita punya keluarga yang porak peranda di masa depan.

Bukan hanya kerana cinta tapi kena kukuhkan hidup dengan menjadi manusia berjaya!!!

Dalam percintaan, pemilihan pasangan itu penting. Pasangan itu yang akan membawa kita kepada zuriat yang soleh dan solehah. Pasangan juga yang menjadikan rumahtangga rukun atau tidak. Carilah pasangan yang mampu menegakkan agamanya. Yang ada peribadi dan prisip dalam kehidupannya. Yang bertanggungjawab serta dapat membela diri kita. Yang mampu menjadi ayah yang mithali kepada anak-anak kita. Yang bukan hanya mampu menolong isteri dan menguruskan hidup bersama.

Aduhai adik adikku. sungguh aku tidak mahu kali tercalar hati dek kerana tersilap memilih pada waktu ini. Diri kalian terlalu berharga untuk dikecewakan oleh lelaki/wanita yang tidak berguna.

Kalian ada akal untuk memilih. Pandanglah dengan mata hati.

3 comments:

  1. Apa yang ada sekarang, adalah jalan yang telah di atur Allah..sebenarnya itu yang terbaik..suami..isteri..mertua..percintaan..kewangan..pekerjaan..hanya terpulang pada kita bagaimana untuk menjalani nya..utk menjadikannya lbh baik dengan bertenang..atau lbh buruk dengan tertekan..terpulang pada diri sendiri..tapi..jika dikenang2 kembali..apa yg telah terjadi adalah yang terbaik untuk waktu..masa..tempoh kejadian..

    kita yang memilih untuk membuat sesuatu menjadi lebih baik..atau sebaliknya..

    Kakak, adik , zahida , izzati , wan , asyikin , amir arrifuddin...berbeza..ada kelebihan masing2...jgn kita memandang kelemahan sesama kita..jgn kita bersembang keburukkan sesama kita..sensitiviti hati kita berbeza..walau kita dari darah yg sama..daging yang sama..namun x siapa antara kita mampu menyelami dasar perasaan sesama kita..

    kematangan???datagnya dengan menhadapi kehidupan..mendepani kesilapan dan cabaran..menunding jari pada diri sendiri lantas membaiki..x perlu menyiksa diri dengan lagak sempurna..kita manusia..muda..remaja..kesilapan itu biasa...hari kita sudah mampu berlari pantas dengan 2 kaki..tapi..dalam mencari kematangan...kita masih bertatih..andai terjatuh..bangunlah semula..jgn malu..jgn putus asa..

    ReplyDelete
  2. apa yang ada sekarang sudah pasti ketentuan allah namun baik buruknya manusia yang menentukan. apa yang ada hari ini itu sudah ketentuan namun untuk memiliki apa yang ada hari ini memerlukan usaha dan keputusan yang lebih matang.

    kakak hanya ingin berpesan dan ini ingatan untuk diri sendiri dan adik adiku yang disayangi . Alam rumahtangga lansung tidak sama dengan zaman percintaan yang penuh dengan nafsu.
    Kasih, sayang, rindu, hanya wujud selepas berkahwin namun di masa bercinta semuanya hanya cinta dan cinta itu nafsu yang melindungi kebaikkan untuk bertangungjawab dan berkasih sayang.

    Bukan terlalu mencari kesempunaan tetapi pilihlah secara baik. Macam kakak kata "Aku tidak mahu kalian terkecewa kerna perhitunganmu yang salah sedangkan kau tahu diwaktu itu perkara itu salah. Namun kau mengiyakan dek kerana nafsu dan terburu-buru."

    alhamdulillah inah dah ada suami sekarang. Mudah-mudahan baiklah urusan keluargamu. kita perlu beusaha untuk kebaikkan. jangan hanya tersorong mengikut dan berserah kepada takdir. Allah suruh manusia berusaha.

    lebih kepada adik2 yang belom menemukan jodoh mereka. Mereka punya kuasa di hati untuk memilih bakal suami yang soleh bukan tholeh untuk kebahagian diri mereka sendiri.

    ReplyDelete
  3. adik-adik yang lelaki pula, mereka sendiri kena pastikan diri mereka baik dan soleh agar dapat melahirkan zuriat dan isteri yang soleh dan solehah di masa depan. bukan kakak yang kata, allah pun kata.

    zuriat yang baik itu bermula dari saat pemilihan jodoh. insyaallah.

    ReplyDelete