Waktu ni tengah rehat. Dalam menanti masa ke pukul 2.30 sempat lagi nak tulis. Tapi bukan nak cerita pasal kursus yang dihadiri pada hari ni. Selingan dr yusri semasa beliau memberi kursus tadi amat bermakna. Satu ilmu keibubapaan untuk ditambah.
Sekarang ni ibu bapa sibuk berkerja. Dalam mencari rezeki untuk memenuhi kehendak dan keperluan keluarga kita tak sedar kita punya masa yang sedikit untuk ahli keluarga. Pergi kerja pagi dan balik petang, dengan kesibukan memenuhi kerja luar, outstation sana sini lagilah berkurang masa tersebut.Tambah lagi sekarang isteri kebanyakkannya bekerja dan tugas mengasuh anak diswastakan pula kepada orang lain yang bernama pengasuh...bila balik, malam cuma beri masa yang sangat sedikit. Hari minggu saja tinggal untuk masa bersama keluarga...tapi kalau ada kerja luar..lagilah berkurang....
Tanpa kita sedar sebenarnya kita guna curi masa yang sepatutnya untuk ahli keluarga. Mmmm..selama ni memang saya dan suami pun tak sedar..
Sekiranya terpaksa mengguna masa untuk memenuhi kehendak kerja, kita patut minta izin pada anak dan isteri..cakaplah pada anak2 biarpun mereka tak faham. Sekiranya ada kerja penting pada masa akan datang. beritahu awal supaya mereka lebih bersedia..
perlu minta izin supaya kita juga direstui dan kerja kita berjalan lancar sebab dalam 24 jam sehari ada juga hak orang lain yang tak patut kita curi.....
No comments:
Post a Comment