Alhamdulillah, insyaallah aku akan jadi seorang ibu...bila bincang dengan suami kami setuju supaya anak-anak memanggil kami ummi dan ayah. Aku sendiri tidak sabar bila merasa pergerakkan baby yang kian aktif setiap hari..Seronok sangat. Tapi dalam menyediakan diri sebagai ibu aku di hujani dengan pelbagai ujian, persoalan dan ketakutan..
Bagaimana aku sebagai ibu....?
Jika difikirkan seronok menjadi ibu. yalah, allah kata syurga dibawah tapak kaki ibu...macam-macam pahala yang allah bagi dalam proses untuk menjadi ibu...
tapi aku takut aku mengunkit semua ini dan hilang rasa kasih sayang seorang ibu...aku takut kalau aku menagungkan semua ini aku lupa untuk menyayangi anakku dan menyuruh anakku turut semua kataku tanpa rasional..
Bukan mudah untukku menjadi ibu...
Waktu ini, tatkala anak masih di dalam kandungan aku sendiri culas dalam mendidik anaku.
setiap hari aku mendengar lagu ibu mithali...bait-bait katanya sangat menyentuh hati dan aku ingin menjadi ibu yang tidak membawa pakej neraka untuk anak-anaknya walaupun allah beri anugerah syurga dibawah tapak kakinya....
bukan mudah nak jadi ibu dalam erti yang sebenarnya...aku lebih memandang aku yang harus memberi syurga bukan anak-anak yang menagih syurga di bawah tapak kaki ini...
kenapa aku membebel begini..entah readers faham atau tidak....
sejak dulu lagi aku melihat bertapa ramai ibu2 yang mengeksploitasi anugerah yang allah beri pada diri mereka...Selalu mereka bertindak tidak rasional terhadap anak-anak yang telah berusaha mengikut kemampuan mereka untuk mengambil hati ibunya...
contoh bila seorang anak menunjukkan hasil kerjanya terhadap ibu dengan harapan mendapat pujian. tapi kadang-kadang ibu yang letih dan penat bekerja mahu rehatnya dirumah tidak diganggu dan menghalau anaknya supaya bermain jauh2...ibu merasakan rasional baginya tapi sebenarnya memupuk rasa benci dalam hati anak sekiranya insiden ini berulang lagi....
contoh lagi apabila anak yang membuat kesalahan yang kecil tapi dihambur dengan kata-kata seperti bodoh, celaka, pekak, tuli dan sebagainya...apakah semua perkataan ini setaraf dengan kemulian dan ketinggian taraf allah beri...Lagi anak merasa rendah diri dan memupuk sikap benci, kurang ajar terhadap ibunya...
lagi bila ibu sendiri terlalu angkuh..kesalahan sedikit dipanjangkan sehingga anak berasa tersepit...kadang-kadang layanan terhadap anak yang kurang ajar, kurang kasih sayang membuatkan anak-anak melayan ibunya lebih kurang sama seperti ibunya melayannya dulu....
kadang-kadang bila anak-menantu balik menjenguk lansung tak mahu melayan anak menantu walaupun dengan sehidang air dengan alasan padanya bukan taraf ibu untuk buat begitu pada anak-anak menantu kerana tarafnya tinggi dan mulia...bila anak menantu menjauh dipersoal..sedangkan bukan lumrah bila kau menyayangi kau akan disayangi....malah baginya tidak praktikal kalau ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
ibu harus menunjuk contoh dengan sikap bukan dengan cakap...kalau sikap buruk anak-anak akan jadi buruk...bila anak jadi tak elok kita tekankan pula "kamu mesti dengar cakap ibu..syurga dibawah tapak kaki ibu..jangan derhaka pada ibu" kita canang berulang kali sedangkan layakkah untuk berkata begitu kalau hak anak-anak tidak dijaga dan dikepung dengan baik. ..
kalau nak diungkit sangat hal melahirkan itu adalah fitrah seorang isteri...dalam masa allah bagi anugerah yang tinggi sebenarnya tesellit satu tanggungjawab yang amat-amat besar....jangan terlalu mudah angkuh dan lalai dengan "syurga di bawah tapak kaki ibu"
tinggi taraf ibu bukan hanya terletak pada anugerah syurga di bawah tapak kaki ibu tapi bagimana kita menjadi ibu supaya anak-anak juga nampak syurga itu....
Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
No comments:
Post a Comment