Kalau cakap pasal anak, aku adalah insan yang tak sabar-sabar menanti kehadiran anak yang ku kandung kini...Usia dalam kandungan sudah mengjangkau 25 minggu..dah half way...tinggal lagi 15 minggu untu jumpa babyku secara life....
namun dalam seronok2 aku untuk menimang anak ini ada juga yang tak seronok rupanya...yang menyedihkan orang yang tak berapa seronok tu org yang paling dekat sekali dengan suami..Katannya anak ni memang kerja tuhan tapi kami tersalah rancang...Mulanya, bagi aku seorang perempuan yang mengandungkan anakku sendiri merasa seolah olah orang tersebut merobek hati dan jantungku....mengacau bilaukan kewarasanku dan menganggu gugah kehidupan privasiku....
Suami hanya memekakkan telinga dan sedihnya seketika kerana sikapnya tak mau semuanya berpanjangan...
Tapi aku mengalami mummy blue..depress dan sedih kerana perkara tersebut....setiap hari dihujani air mata kera aku mendamba kasih dari orang itu selayaknya aku....
Merancang..Terancang dan salah Rancang..????
Apa pun yang berkaitan dengan RANGCANG tuhan juga yang berkuasa menentukan..jadi kenapa mesti ada isu TERSALAH RANCANG...???sedangkan keterlibatan dirinya dalam hal kami suami isteri sepatutnya hanya ada badai melanda saja.....malah dia tidak perlu campur tangan....
huh..bagiku tiada yang salah kerana kami sendri dapat menilai mampu atau tidak untuk mempunyai seorang anak...kalaupun merancang tapi lekat juga bukan allah itu lebih tahu....kadang-kadang mungkin kita berasa susah lantas kita merancang tapi bila allah anugerah walaupun ujian bukankan bagi tuhan yang maha kuasa itu kita sebenarnya mampu untuk menanganinya....Malah allah bantu dengan rezeki yang allah bekalkan bagi setiap anak-anak itu.....
jadi patutkah kita mempersoalkan Rancang, Terancang dan Salah merancang....????
I keep this in mind..keep being positive every day...to get out of the blue....Kesabaran ini juga ada had walaupun aku sepatutnya menghormatinya lebih....tapi jika terlebih had dan kawasannya aku juga bisa membenci kerana dia sendiri memberi benci itu...
Wahai anakku yang manja....
Wahai anakku yang baik dan soleh...
Wahai anakku yang sihat..
ummi bangga punya kamu saat ini...Tiada lain selain rasa syukur dan gembira kerana dirimu hadir untuk memberi peluang kepada ummi menjadi lebih baik dan baik lagi...Ummi redha dan tak pernah rasa susah keranamu....Sebab, keranamu ibu gembira selalu...
Ya allah, terima kasih kerana membahagiakan diri ini......
Anakku, walau orang lain benci, aku tetap milikmu dan diriku milikmu jua...
Terima kasih suami...Harap dikau lebih tabah dan lebih baik sehingga masa depan yang bakal datang...
wahai "DIA" adakah kau lupa bahawa kau juga pernah menjadi ibu......????????
No comments:
Post a Comment