Friday

My Cooking

Masa awal pregnant dulu, selera tak berapa kuat. Nak makan apa pun takleh. Tapi kalau teringin nak makan apa2 hati ni betol2 kuat nak masak sendiri. Beli kat kedai tak layan.

Ni buat mee basah ngan sushi. First time buat semua ni. hihi. Sushi tu masa mula2 buat tak berapa jadi. rasa nasi tu kurang sikit..dah tiga kali dah wat sushi...abang suka, makan punyalah banyak sampai takleh nak gerak..dah jadi macam ulauo...nanti saya upload gambar yang len lak...





Thursday

Expecting Our Baby

Alhamdulillah, st time tengok anak kat mesin scan tu, ya allah hati ni gembira sangat. bila doctor tunjuk dianya jantung, dianya punggung ngan kepala rasa berdebar-debar. Tak sabar nak tunggu dia lahir. Dah dekat sepuluh kali asik belek gambar scan tu. :)

Mudahan anak ummi dan ayah membesar dengan baik. Sempurna fizikal, elok rupa paras dan baik akhlaknya. Ummi dan ayah tak sabar tunggu. Sayang anak ummi.



Sekarang baby dah masuk week 16. Dah boleh dengar dah apa yang ummi buat. Ummi pun dah dapat rasa anak ummi bergerak-gerak lam perut ummi. kadang-kadang ummi rasa geli. Selalu ketawa sendiri. Tapi kadang rasa terharu sampai menangis juga. Sayang anak ummi.

Tuesday

Adi Putra


Rata-rata komen mengenainya adalah lebih menjurus kepada masalah budak genius dan masalah tekanan perasaan yang bakal di hadapi. Aku melihat adiputra dari persepsi yang berbeza. Dia mempunyai matlamat yang jelas tentang apa yang dia akan lakukan suatu hari nanti. Mempunyai idola nya yang sendiri dan bisa mengunkapkan siapa idolanya tersebut.

Sekiranya tak kenal siapa adi putra aku melihatnya perawakan nya seperti kanak-kanak biasa. Tapi subhanallah, allah memberi kan mutiara sebijak adi putra. Bukan untuk dieksploitasi, bukan untuk dijaja ke sana kemari tetapi dia adalah untuk semua umat islam khasnya.
Harap adik adi tidak riak dengan ilmu yang allah beri. Alhamdulillah dengan panduan ibu dan bapanya adik Adi bukan saja pandai Matematik tapi kebijaksanaannya juga digunakan untuk menjadi seorang alhafiz..Ya allah mudah-mudahan engkau permudahkan jalannya untuk menjadi seorang ilmuan matematik yang terbilang. Jadikan dia baik akhlaknya dan kukuh imannya. Jauhkan dia dari bencana mulut dan pemikiran orang yang sentiasa berkata nasibnya akan sama seperti budak genius yang gagal. Sejahterakan dia dan semoga adi dan memberi manfaat kepada kita semua..

Masyaallah..Pemikirannya membuatkan aku sendiri terfikir aku sebenarnya semakin malas dan lupa kejadia allah kepada manusia itu tiada tolok bandingannya. Aku makin malas untuk mengunakan otak ku untuk berfikir dan mengingat.

Monday

Puan Mazani Binti Abdullah (Emak yang Tersayang)


Alhamdulillah sehingga saat ini mak masih sihat ..Usianya sudah pun masuk yang ke 51 tahun... apalah yang sedang lakukan sekarang..agaknya berada di dalam kelas dan mengajar...Sesiapun pun akan mengatakan ibunya yang palin baik..begitulah aku...Tiada yang sebaik ibuku...

ya allah aku berterima kasih kerana diberi seorang ibu sebaik dan setulus mak...
walaupun marah, mak tak pernah mengucap sesuatu yang buruk...tersayat hatiku bila aku melihat ibu2 sekarang cepat saja mulutnya untuk bercakap tuli, bodoh dan pekak..

aku amat berharap agar dapat berjumpa dengan nya selalu..memeluknya kejap selalu..ya allah jarak pemisahan ni buat aku terasa rindu...rindu yang amat...

Friday

MY Pregnancy Week 15

Alhamdulillah Ramadhan tahun ni dapat juga ditunaikan sehinggalah hari yang ke 5 ni..Mudah-mudahan sempatlah sehingga ke akhirnya...

Syukur pada allah dengan alahan mengandung yang tak seberapa ni dapat juga berpuasa tanpa rasa sakit yang teruk berbanding dengan org yang lain yang tidak dapat...

Minggu yang ke 13 baru wat first checkup. Pergi klinik kesihatan parit raja je.. Punyalah ramai orang tapi alahamdulillah sabar ni banyak lagi....walaupun lama kena tunggu tapi syukur sangat semuanya berjalan ngan baik...Biasalah semua org nak yang free jadi ramai lah..kenalah tunggu.

yang kelakarnya, manalah tau misi nak check payudara, tiroid semua..kena selak2..kebetulan hari tu pakai jubah lak..jadi susahlah nak selak..terpaksa bukak dari atas..hihi kenala perli ngan misi..dia kata len kali jangan pakai baju2 cantik2 kalau nak datang cek..sambil tersengih2 lak tu dia cakap...

hihi janji takpakai dah..punyalah susah nak bukak kat dalam tempat yang sempit tu...Kuikui....