Friday

"Jangan berdebat dengan orang jahil/bodoh"


Sebenarnya tak sangka di india sudah ada perdebatan yang sebegini. Yala, saya juga stereotaip gak pada india dimana "mungkin" tidak ada berfikiran moden sebab bila menyebut india saya cuma membayangkan filem yang mengeksploit wanita dan ada rasuah dan terbayang kawasan industri yang boleh buat product elite tanpa kilang yang ada dinding..huh...

saya pun tak tahu camana boleh terjumpa video-video debat anatara zakir naik, shah rukh khan dll. Ini saya letak linknya satu sahaja dan yang lain lainnya boleh lihat di youtube.

Inilah dikatakan bila kita berdebat dengan orang yang bodoh lebih baik kita diam. Sebab mereka akan tetap merasakan pendapat mereka yang berdasarkan lojik dan nafsu itu adalah betul, hak asasi dan lebih humanity...

bayangkan bila mereka yang ISLAM berkata adalah hak asasi manusia untuk memilih untuk tutup aurat atau tidak..sedangkan Allah sudah berkata yang tutup aurat itu wajib. dan aurat itu pula ada peneranganan dari hadis dan mazhab-mazhab.

Dan mungkin setengah kita nampak menutup aurat itu stereotaip, kolot dll, tapi bila Allah dah suruh, tentu itulah yang terbaik. Lojik akal boleh menjawab. Bagi yang berkahwin tentulah tubuh badan masing2 itu adalah tarikan kepada nafsu dan hubungan seks dengan pasangannya yang sah. Adakah bernilai lagi kalau didedahkan untuk tatapan orang lain. Bagi yang bujang samalah juga. Yang pasti hikmah tutup aurat itu bukan sekadar kerana seks tapi amatlah luas dan baik.Kalau kerana untuk keyakinan kononnya adakah bernilai apabila aurat kita dirogol tanpa sedar.

Mungkin mereka tetap akan berkata ini adalah hak asasi manusia, mereka tetap berhak memilih yang mana mereka suka..

Pelik juga bila mereka bercakap Tak mengapa Allah akan faham kerana mereka begitu begini, Takkan Allah nak kompromi kot kita berkahwin dengan kafir, membiarkan anak-anak kita sembah berhala dan kita biarkan isteri sembah berhala. Tak Pelik ke...? Bukankan allah melarang dan jika kita muslim ia dinamakan dayus..

lihat atau taknak lihat video ini, ada iktibar untuk kita semak hati dan iman kita..perlukah kita menjadi moderate atau liberal hanya semata-mata nak elak pandangan serong orang.. nak cakap allah akan faham atau nak pilih untuk mengamalkan islam, kena faham dulu apakah itu islam yang sebenarnya.

Tak boleh cakap bila kita ikut alquran, sunnah ,hadis dan ulama kita dikira islam ortodoks dan kuno. Islam tak boleh di moderate atau diliberalkan mengikut hawa nafsu kita. sebab kita sebagai hamba tertakluk kepada perintah Allah jua...itu sudah tetap..

Thursday

Ammar dan Umar selsema dan batuk lagi

Dah lama tak pergi taska tapi sejak maklang diorang balik perlis anak-anak kenalah pergi taska. Perkara biasa bila anak-anak dijangkiti selsema dan batuk sebab anak-anak pun kurang daya tahan badan sebab tak suka makan sayur agaknya...mmmm. dua hari lepas Umar dan Ammar di rumah sajalah. Kalut gak bila buat kerja di rumah dengan anak-anak. Kalau ummi duduk dengan diorang tengok tv ke, baca buku ke, apa-apa je diorang rilek je taknak duduk kat riba ummi. Tapi bila pegang kertas atau laptop, masing-masing pun sibuk nak duduk atas riba dan tekan-tekan laptop..:)

Risau bila Ammar demam sebab bila dia demam, selsema batuk kalau tak cure betul-betul boleh jadi balik jangkitan paru-paru. Taktau dah nak buat camana..tak pernah surut selsema batuk bila duk taska. Bukan nak salahkan (bukan entry salah menyalah) tapi memang normal la bila anak-anak bercampur. Ummi kena fikirkan cara camana nak kuatkan badan anak-anak.

Hari ni kena hantar Ammar dan Umar juga sebab Ummi ada kerja tertangguh. Kena siapkan sebab nak claim gaji. malu la kan kalau pi claim dengan tangan kosong. Benda dah ada cuma kena buat proper document je.

Lagipun kena listkan benda2 nak tanya dengan dr. Bila kita buat research kadang2 terlampau banyak Literature review pun payah jugak. Kita rasa tahu banyak tapi sebenarnya dah lari dr topik sebenar sampai nak tanya pun tak tau apa benda nak tanya..Jadi kena tulis supaya tahu dan tak lupa apa yang nak ditanya. My late SV ada offer untuk buat Phd dan grant. Perlu istikharah tapi belom buat lagi..Aduih taktau nak buat decision pulak. Good oppurtunity tapi banyak yang kena timbang tara. Need advise from my Tok Guru maybe..


Semalam Umar mintak buatkan susu. Macam biasa Ayah la kena bangun. Tapi kemudian Umar senyap saja, jadi kami assume dia dah sambung tidur. Sekali dia bangun dan tanya:

"Mana susu saya"

Huhu, terkelat dan terkulat lah ayah bangun. Tambah pulak termos dipecahkan Ammar, jadi kena jerang air dulu. Sib baik jugaklah ummi dah tadah air filter siap2 simpan dalam botol. Ayah just tuang je lam kettle. 

Umar ni qite a bossy kid. Semua kena ikut cakap dia je sebab dia rasa dia je yang betul. Tapi bab terima kasih Umar tak pernah lupa.

Bila ayah hulurkan susu untuk Umar, dia terus cakap
'Terima kasih ayah" sambil mata pejam dan susu dimasukkan ke mulut..
kalau di rumah taktau berapa kali Umar akan peluk ummi dan cakap sayang Ummi. Umar memang pandai pujuk ummi, dan ayah..

Pernah satu kali saya nak ke bangunan fakulti bawa umar sekali. Tetiba ada ikan sesat dalam longkang mengocakkan air. Terkejutlah saya ni sambil melatah "Oh Sayang" Umar pun terkejut juga sebab saya terkejut tapi dia dengan manly cakap..

"tak pe umi, takpe" pujuk Umar supaya saya tidak takut..

Ammar demam tapi dia rilek saja tak meragam. Kesian badannya lemah. 

Sekarang bila masuk je pintu taska dah tak menangis macam dulu. Dia ikut Umar dah, bila masuk je terus masuk dalam rumah hilang sebab seronok nak main dengan kawan-kawan. Lega juga. Tapi bila petang ada satu tabiat yang belum dapat ubah. Bila ayah dan Ummi ada depan pintu nak ambil diorang, sebaik ammar nampak kami berdua dia terus dari happy tergolek dan baringkan diri menangis. Agaknya itulah protes Ammar kenapa la lama sangat Ummi dan Ayah tinggalkan dia di taska..Agaknya...:)

Umar memang bossy sikit. Tapi Ammar sangat-sangat mengalah. Bila Umar buat perangai nakkan sesuatu Ammar akan terus beri. Itulah Ammar. Tapi Ammar memang pandai Marah. Huhu, Kalau nampak moto lalu dia akan jerit ''Haihhhhh" (nada marah) sebab Ummi dan Ayah selalu cakap naik moto laju2 is "no elok" tapi Ammar semua moto dia nampak dia marah. Hihi..kalau ayah dan ummi bincang aggresif sikit Umar akan cakap 'Apeni Ummi/Ayah dan Ammar biasalah dia marahla dengan "Haihhhhh".......

harapnya Umar dan Ammar cepatlah sembuh. Ummi susah hati..
Anak-anak ni macam-macam peel..rindu..



Monday

Gambar scan Umar dan Ammar

Godek-godek nak clearkan doc dalam komputer terjumpa plak gambar scan anak-anak masa diorang masih dalam belly Ummi lagi..Masa ni awal-awal pregnancy.. excited nak boh dlam blog, sebab tulah scan gambar scan ni....:)

Umar dan Ammar, ni la masa anak-anak ummi duduk dalam kantung kasih sayang ummi..masih ingat lagi ke?..Subhanallah kamu adalah anak kecil yang suci...
NI gambar scan Umar masa 16 weeks pregnancy..:)   

Ini Ammar plak masa 14 weeks pregnancy (ape benda ntah dr ni tulis? drlain boleh paham ke? hihi)