Saturday

Episod baru lagi...

Assalamualaikum semua..lamanya tak menuliskan..kesian blog ni dah bersawang sawang---ayat standard bila lama tak menulis..hehe

Sejak dah kembali ke status surirumah sepenuh masa ni, ada sikit masa nak menulis di blog.
Sekarang homeschool ketiga-tiga anak di rumah.

Alhamdulillah...agak tergesa-gesa keputusan berhenti kerja tapi dah lama memikirkan Ammar dan nak meningkatkan kebolehan diri Ammar saya nekad berhenti. Since condition Ammar mula disebut sebahagian pihak, maybe its time to quit job dan latih secara individu Ammar di rumah..

Tidak ada apa yang hendak dikesalkan. Cuma saya minta maaf pada sesetengah pihak sebab saya faham tindakan tersebut pasti mengecewakan dan mengundang susah..Tapi have faith in Allah dan keep on moving semuanya termasuk diri ini..Allah sedang menyusun yang terbaik.

By the way, saya sangat gembira kehidupan yang sekarang..kembali ke rutin lama..
Uruskan homeschool anak anak adalah sesuatu yang penat..Penat tapi seronok..

Duduk rumah kawan dengan anak-anak..Layan kerenah dan cuba didik dan beri perhatian yang mereka perlukan berbanding sebelum ni.

Cakap pasal kawan,bukan senang kan kita nak cari sahabat yang benar benar sahabat, Kadang-kadang mereka bersahabat dengan kita kerana kita nampak macam elok dan berkepentingan untuk agenda masing-masing.

Awal perkenalan memang begitukan.. Tapi bila dah lama mereka akan jumpa sahabat yang baru dan kita mungkin dah tak berkepentingan lagi, aura kasih tu selalunya dah tak dapat kita rasa..
Cara cakap, bahasa,  kata-kata mungkin dah tak sama..Sahabat yang sejati berkawan dengan kita bukan kerana kita ni pandai, kaya. atau boleh membantu agenda kita. Carilah sahabat dan bersahabatlah kerana kita benar benar ingin bersahabat..Bukan kerana kita perlukan sesuatu darinya....


Jadi m pengalaman yang hadir bersilih ganti dalam hidup kitam hargailah sahabat yang benar-benar sahabat..:

2 comments:

  1. Macam best je lepak kat rumah!

    mula mula rasa kekok tak?

    uruskan anak2 sendiri adalah lebih baik!

    ReplyDelete
  2. hee uncle..apa khabar..? :)
    tak kekok sebab sebelum ni dah pernah jadi surirumah juga..
    kerja sebab bantu kawan..
    yang kekoknya sebab takda duit,,haha

    ReplyDelete