Friday

gajah sama gajah

Pernah tak dengar bila gajah bergaduh sama gajah pelanduk mati ditengah-tengah..

hebat sekarang ni ..macam mak ayah nak sekat anaknya panjang langkah, potonglah atau catulah elaun bulanan....

sama le juga kes sekarang ni...
Yang jadi mangsa anak bangsa jugak...
UNISEL dan KUIS tu macam anak yang mak ayah dia potong duit elaun la..

KUIS tu majikan Ustaz Don tau....Ustaz don pensyarah disitu..
sapa minat ustaz don angkat tangan!!!
Saya!!!

Cakap pasal ustaz Don teringat ustaz azhar pulak..kemudian ustaz kazim kesayangan hamba juga...semua mereka dah jadi fenomena...esok Ustaz azhar datang parit raja ..plan nak pergi tapi dengar dr dalam kereta je.almaklumlah Umar dan Ammar juara xplorace..agak2 BN rasa terancam tak dengan fenomena ni...agak2 depa nak buat tak macam depa buat kat Dr Asri dulu...:(

berbalik hal UNISEL dan KUIS

Takkan la takleh beza mana satu politik, kepentingan anak bangsa dan agama..bukan semua agama tu politik..tapi politik tu kenalah ikut agama..

kalau betullah depa nak jaga hak anak-anak bangsa tentu mereka fikir andaikata PR tak mampu (tapi saya percaya depa mampu dan saya doakan mereka boleh agar dapat buka mata rakyat dan BN), tentulah mereka tidak sesekali akan memperjudikan hak anak-anak..sedih la pulak..saya berterima kasih dalam banyak hal yang saya perolehi dibumi malaysia ini.ya rezeki itu hak allah tapi terima kasih la juga walaupun tak sebesar pujian kepada allah untk mereka yang menjadi wadah agar rezeki itu tersampai kepada saya...tapi tak bermaksud saya suka dengan kesalahan yang mereka lakukan...

Rindunya islam yang benar bertapak di malaysia ini...rindunya islam yang benar pada kepimpinan hari ni...rindunya

sedih..:(

Lupa gamaknya walaupun tak menang di beberapa negeri, rakyat disitu masih bayar cukai itu dan ini...zakat lagi...

Sian la tengok..buat benda yang makin mengundang kebencian..Daripada senamam punggung, sebutan haram jadah dan ntah apa-apa yang tak munasabah..eloklah ye..buatla lagi..

dah macam buat perangkap untuk diri sendiri...


http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/ptptn-tarik-balik-pembekuan-pinjaman.html

The Dumbest Thing that i've ever made!!

Tajuknya saja dalam bahasa Inggeris...Isinya dalam bahasa melayu..:)

Aduhai, Agaknya Allah gertak saya setelah sekian lama tidak ditimpakan bencana buat diri ini dan ketika itu baru terkesima dan mahu muhasabah diri tentang segala dosa-dosa.

Semalam, setelah 8 tahun membawa kereta tanpa kemlaangan oleh diri saya sendiri, saya terlanggar seorang penunggang motorsikal dan anaknya. Mujurlah tidak jatuh.

Sebaik saja sampai disimpang antara jambatan taman melewar dan jalan dekat sekolah pistas puding , saya dah berhentikan JKU sebab ada kereta dan motor..saya tunggu semuanya clear dan kemudian saya mula bergerak. Tapi memang saya pun tak tahu macam mana boleh berlaku dan ntahla saya dah lupa dan tak tahu nak cerita detik tu saya dah telanggar sebuah motor. Dah tahu terlanggar saya berhentilah terus dan turun dr kereta kemudian melulu ke pakcik dan anaknya..mujurlah tak jatuh ke apa..Saya terus peluk anak perempuan dia dan minta maaf sangat-sangat..Saya tak sangka yang diorang ada..air mata mula keluar...bukan takut sebab saya salah tapi risau sebab saya terlanggar diorang..patah riuk ke apa...arghh sungguh saya tak tahu macam mana boleh berlaku..Pakcik tu mula-mula nampak saya terusla marah..'eh awak tak nampak ke, awak langgar anak saya!' tapi bila nampak saya peluk anak dia dia slow down ..mujurlah..kalau tak,tak tahulah bagaimana nak terangkan pada dia..Kereta di tengah-tengah jalan jadi saya minta izin nak alih...

tahu tak apakah perkara paling bodoh itu???? Saya tinggalkan anak-anak didalam kereta dengan enjin tidak dimatikan dan saya berada bebereapa meter dari tempat kejadian..saya sibuk periksa kaki anak perempuan dia dan mujurlah tak ada apa..cuma luka segaris...

Bila dia beri no phone , kami berpisah disitu dan bila saya duduk saja dalam kereta terus terlintas dan hati saya bagai disiat-siat...saya terus cakap dalam hati "Masyaallah anak-anak aku..aku tinggal dalam kereta dan biarkan enjin hidup!!"

itulah rasanya perkara paling bodoh saya buat antara yang bodoh bodoh.. Saya tak handle situasi dengan betul.risaukan orang lain tapi saya lupa nak care tentang anak...sedangkan sebelum ini saya memang pastikan pintu kunci dan enjin mati kalau nak tinggalkan anak sekejap..itupin pergi kedai yang dekat dan bila masuk saya nampak mereka dalam kereta. Hilang duit takpa tapi kalau hilang anak..Saya pernah cakap dengan suami..memang seronok kalau allah ambil ank kita awal sebab depa tak payah nak hadap pancaroba dunia dan pasti masuk syurga tapi dalam pada itu kekalkah keseronokan dunia bagi kita sebagai ummi dan ayah....apatah lagi kalau hilang diambil orang yang jahat..Na'uzubillah...

Sedih saya bukan sebab JKU rosak tapi sebab kebodohan saya dan saya rasakan Allah beri warning sebab saya leka dan menurut nafsu dalam dosa-dosa saya...

Rabiatul Adawiyah mahu mati dan rindukan mahu berjumpa Allah kekasihnya...Sedangkan saya bila benda ini berlaku semakin takut mahu berjumpa tuan punya ruh ini kerana saya kenal diri saya...

Allah....sperti Allah beri warning dan pastinya setiap bencana itu ada hikmahnya,,,

saya baru telifon pakcik tu dan alhamdulillah semuanya ok. Dia pun dah tak marah lagi. Perkara dah settle tapi JKU lah tercedera..Sian JKU...Tunggulah bila ada rezeki saya baiki kamu ya JKU....Insyaallah....

Thursday

Masa depan Malaysia?

Kata Imam Ghazali..
"Jika Mahu Melihat Masa 
Depan Sesebuah Negara, 
 
Maka Lihatlah Keadaan 
Anak Mudanya Pada Hari Ini"