Alhamdulillah. Allah gantikan yang baru. Rezeki allah tambah.
Sepanjang setahun mengajar sebelum ini saya sudah berniat tak mahu mengandung lagi. Dilayarkan doa supaya tidak mengandung kerana benar benar ingin tumpukan pada anak anak di tadika.
Tapi setelah berhenti bulan 8 hari tu terus mengandung tapi sekejap saja bersama. Cuma 6 minggu. Allah ambil semula.
Tapi selepas itu allah hadiahkan lagi. Hadiah..sebenarnya amanah yang bakal dipikul dosa dan pahala sepanjang bersamanya kelak.
The little one is just small as a bean. Baru melalui perjalanan 8 minggu. Alhamdulillah. Allah maha menyusun. sebulan yang pertama sangat teruk. Aktiviti homeschooling terus tergendala. Sepanjang hari letih dan tak bermaya. Keadaan bertambah teruk bila gigi bermasalah jadi makanan tidak dikunyah dengan betul. Apalagi, angin, kembung dan cirit birit selama sebulan lebih
Semalam terus ke klinik gigi dan bawa anak anak sekali periksa gigi. Selesai Masalah. Alhamdulillah
Harapnya, semua menjadi baik dan lancar.semalam juga sempat ke PKU untuk scan kandungan. Doctor detect cist tapi doctor kata normal. Kadang kadang hadir ketika mengandung. Takpalah, just wait and see. Insya Allah semuanya akan ok..