Terima kasih mak sebab datang kesini untuk beraya bersama kami. Ada juga cakap orang mak menyembah anak, tapi kakak selalu pegang kata-kata mak, Insyaallah sekiranya hubungan kerana allah, walau jauh dan macam mana keadaannya, pasti ia akan tetap berasa manis. Terima kasih mak sebab mak sajalah yang bersungguh-sungguh untuk mengjenguk kami dan cucu cucu. Di tempat yang asing ini, hanya sahabat sahabat yang banyak membantu dan Alhamdulillah mak sangat memahami.
Insyaallah bila ammar dah besar sikit tahun depan, awal tahun bila mak cuti sekolah, kami pulak balik jenguk mak.
Dulu masa berdua dengan suami. Jika mak datang ke parit raja, hati ni sukar nak lepaskan mak balik. Bila mak naik bas, air mata ni dah berhambur keluar. Bila balik rumah, lalu saja bilik yang mak dan adik adik duduk, terhambur lagi air mata, dan aku akan menangis seperti anak kecil yang betul2 ditinggalkan emaknya. Tapi bila ada umar dan ammar, hatiku terubat dengan anak-anak. Air mata ku menitis juga sekejap mengenangkan mak bersedih untuk tinggalkan kami.
Salam Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir dan Batin