Wednesday

Asam Jawa - Sentimental Gift from Langkawi

Mengingatkan zaman kecilku bermain di rumah Wacah dan Pakman sangatla menyeronokkkan. Aku inah, ida, ati, kin dan uddin semuanya membesar di depan mata wacah dan pakman.
Wacah dan Pakman lansung tiada talian darah tapi hubungan dengan mereka amatla besar dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

halaman umah wacahla tempat kami bermain. main kejar2, polis entry, jengket2. dan macam2 lagi. kat beranda lak kami main batu seremban. kalau pakman dok atas buaian dia, kami sibukla berebut cari uban pastu dapat upah sorang seringgit. Yeeayyy!!! bayangkan tahun 1997 tu nilai RM 1. Besar woooo.....

wacah ada banyak pokok asam. Pastu ada pokok bacang. Dalam kebun getah Wacah ada pokok setoi. Kat pokok asam tula kami main panjat2. ..

Wacah & Pakman adalah pengasuh kami adik beradik. Dibaratkan seperti ahli keluarga sendiri sebab mereka tidak mempunyai zuriat. Siang Wacah jaga kami, malam pergi mengaji plak. Antara rumah kami dan wacah ada 2 pokok bacang besar dan tinggi. Nak pergi mengaji ok lagi sebab masih cerah2. tapi bila kul 9 dah gelap, kami kalau nak balik rumah lari tak cukup tanah.

Teringat masa nak sambung diploma kat UTHM. Masa tu dah pindah kompleks guru, jadi ayah bawak jumpa wacah dan pakman. Wacah menangis mengenangkan aku terpaksa mengaji jauh2.

Masa ayah ada, tiap 2 minggu ayah akan bawak jumpa wacah dan pakman. Bila kami nak balik Pakman mesti nangis sebab pakman sunyi. Sian Pakman. sampai sekarang pun begitu.

Pas ayah meninggal, lagilah jarang jumpa wacah dan pakman. Lagila wacah dan pakman sunyi.

Tapi bila ada kesempatan ke sana, Wacah dan pakman akan masak gulai, ikan bakar dan bila pokok bacang berbuah mesti wacah buat sambal belacan buah bacang. makan bertambah2 sampai kenyang sangat.

alih2 mak dapat pindah ke perlis. Kadang-kadang dek kesibukkan terlupa nak tanyakan khabar wacah yang kalut suh zuraida tipon tanya kami semua sihat ke tidak.

Walaupun dah berkahwin aku mesti dpat duit raya juga dari pakman..Mmmm, rindunya gulai ayam wacah.

Masa aku nikah wacah buat 2 balang asam jawa dan belimbing untuk aku. Asam jawa tu tak abih guna pun lagi. Masa balik langkawi masa raya, wacah bagi lagi 2 pek kecil, baru guna setengah pek, alih2 masa mak balik langkawi hari tu wacah kirim lagi asam jawa tu. Mmm, bila terpikirkan ada orang yang dekat ngan aku di parit raja ni kalau balik, lansung tak layan pun. payah benar nak rasa air tangannya, apatah lagi buah tangan. lagila duit raya kalau bukan untuk aku tapi umar..huhuhu...

walaupun asam jawa tu lekeh nilainya tapi ia penuh dengan kasih sayang dari wacah dan pakman. Ingatannya untuk kami sangat besar nilainya. Harap2 niat untuk bertemu bulan 6 nanti kesampaian.

jasanya untuk keluarga kami sangat besar. Ayah pernah pesan apa yang kami adik beradik buat jangan buat jahat ngan mak dan jangan lupa pada wacah dan pakman.

Tuesday

Halangan Perkahwinan???

Sebelum kahwin ramai pasangan bercinta dibebani dengan persoalan nafsu dan usaha untuk mengawalnya. Waktu-waktu itu sungguh memeritkan. Sehinggakan jikalau kehidupan ini seperti memori di dalam komputer waktu bercinta itu ingin dipadam dari simpanannya. Ramai yang tidak boleh menjadi diri sendiri ketika zaman bercinta. prinsip-prinsip yang dipegang kadangkala tergadai begitu saja.Alhamdulillah bagi2 pasangan2 yang telah berkahwin. Perkahwinan yang di capai itu seolah-olah melepaskan batu yang terbeban diatas bahu dan kepala.

Ramai diantara kita inginkan zaman pericintaan yang suci dan bersih dari dosa tapi ada juga yang mengambil enteng akan hal ini.Namun jika terlari dari prinsip2 suci dan bersih itu, amatlah menyedihkan.Namun ia adalah realiti. Walaupun beprinsip untuk tidak melakukan maksiat tapi
Semuanya berlaku tanpa kita sedari.

Pernikahan adalah penawar bagi dua orang yang sedang angau bercinta. Ada juga suara-suara yang melarang sekiranya masih belajar namun ingin bernikah. Realitinya remaja 12 tahun pun sudah pandai berbicara tentang perkahwinan dan seks. Malah kelakuan dan percakapan juga matang melebihi usinya yang sepatutnya bersifat keanakkan dan comel. Tak percaya cuba tengok rancangan Bintang Kecil. Rupa dan gaya mereka tak ubah seperti orang dewasa. Inikan pula mereka yang berusian awal 20 an itu.

Kadang-kadang memikirkan cakap-cakap orang memang dillema. Ada yang kata pernikahan adalah jalan singkat untuk menyelesaikan isu "angau" ini. Esok2 selepas kahwin akan timbul masalah lain pula.



PERKAHWINAN mana yang tiada masalah. Hatta perkahwinan yang tidak terlibat dengan maksiat pun didatangi masalah. Masalah kewangan, anak, suami dan isteri mertua dan banyak lagi akan datang tanpa kita pernah bayang pun semua masalah tu sebelum nikah. Tapi apa guna ada orang bijak disekeliling dan ibu bapa yang dapat mebantu. Mengakui diri daie tapi bila anak muda dilanda masalah perkahwinan disalahkan keranan terburu2 berkahwin kerana nak selesaikan masalah "angau" ketika bercinta dahulu.

Belum lagi halangan orang tua. Kadang2 kita faham, mak dan ayah inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Namun melihat situasi kebejatan akhlak walaupun kadang-kadang mereka pun dari golongan keluarga beragama, ibu bapa patut bantu untuk anak-anak bernikah. Ketepikan pasal wang, pasal hantaran, pasal takut orang kata. Alah kalau buat majlis beribu2 pun ada gak orang kata.

Seronok mendengar keluhan adik angkatku.. Dia pun sedang menunggu saat disunting. Alhamdulillah ayahnya benar-benar berpegang untuk melaksanakan yang wajib dan membantu. Cuma pihak lelaki saja yang mungkin segan sedikit dan sedang berusaha mengumpul sekadar mampu. Ada lagi ke ayah yang macam ni? selalunya yang di tanya kerja apa? duit adake?..duit duit duit...kan bagus kalau ayah sporting macam ayah adik angkatku itu.

Cuba la tanya pandai solat? pandai ke ilmu rumahtangga, nak belajar pakcik leh tolong...
yang penting perkara pertama sekali fikir pada zaman yang canggih manggih ni zina tu sangat dekat ngan anak-anak bila dia telah bertemu ngan pasanagan. sekiranya nampak anak kita boleh membawa diri, mak ayah tolong bantu agar anak-anak dapat memulakan kehidupan berumahtangga, baik dari segi kewangan dan ilmu.

Namun paling menyedihkan bukan semua ibubapa berilmu dan beragama. Ramai yang jadi caca merba. Hasilnya anak-anak jadi lagi kacau bilau. Golongan ni bukan saja tak endah pasal zina, malah terang-terang berzina tanpa malu2..bagaimana pula nak menolong golongan ini?????

Monday

Second Baby is coming...Insyaallah

Pejam celik pejam celik Umar dan setahun sebulan dan seminggu. Dari hari 1 di dunia terkuek kuek dalam kain bedung sampai dah boleh buat aksi yang mendebarkan hati umi dan ayah, umar menggembirakan umi dan ayah setiap hari.

Adik (insyaallah) plak semakin aktif bergerak dan berpusing2 dalam "beg kasih sayang umi". Adik dah pun berusia 25 minggu 1 hari dalam kandungan umi. Hari ni umi pi check kat klinik. Alhamdulillah ummi sihat, adik pun sihat. Saja umi rahsiakan adik dari sesetengah orang sebab taknak bersedih bila orang tersebut cakap yang bukan2. Bila umi dah cakap adik dah 6 bulan, diorang terkejut sebab perut umi kecik. jadi diorang pun senyap je.tak masuk campur apa.pahamla agaknya maksud umi. Umi taknak menangis2 lagi sebab nanti jadi macam Abang Umar.PENYEDIH.

Syukurnya pada allah bila adik dikurnikan untuk umi (insyaallah). Masa mula2 adik hadir, umi dihujani beribu-ribu persoalan. Yang memusingkan hati dan fikiran adalah perkara tanggunjawab. Takutnya sekiranya umi terabaikan Abang Umar dan Adik. Risau yang sangat-sangat. Umi terperangkap dengan analogi kelahiran selang 2 tahun, penyusuan 2 tahun dan pembahagian kasih sayang seadilnya dan umi terlupa bahawa allah punya sebab kenapa allah hadirkan adik. Malah kiranya umi tak merancang memang allah dah takdirkan sekian tarikhnya adik akan hadir. (Tak sama ngan kes anak luar nikah ye).

Makin hari umi makin yakin dan ketakutan untuk membesarkan 2 anak kecil serentak semakin hilang. Umi yakin dengan kehadiran adik akan bertambahlah kegembiraan umi dan ayah. Malah adik dan Abang Umar akan jadi kawan yang akrab.

Apapun kerisauan umi, ini adalah tanggungjawab umi untuk cepat2 tune sikap dan jadual kerja rumah/opis untuk anak2 umi. Umi gembira bila adik bergerak dalam rahim umi dan Abang Umar akan tunjuk perut Umi bila Umi tanya mana adik.

Abang Umar dan keletahnya memang memenatkan. Yala, abang umar panjang meja, abang umar panjat kerusi, malah abang umar nak panjat gril..Paling terkejar2 bila abang umar kutip semut dan serangga masuk lam mulut dia..Allah, mau nak muntah umi sebab geli tapi Abang Umar rilek je..Umi tak sabar tunggu adik lahir. Ingat tau anak-anak umi, takpala kalau ada orang tak peduli, yang penting anak-anak umi dan umi bersatu sampai bila2.....