Wednesday

Minggu-Minggu ke Alam Barzakh

Sejak terlantar di rumah sakit 3 minggu yang lalu disebabkan jangkitan paru-paru dan jantung makin lemah dia sudah tidak bermaya lagi. Cakapnya, geraknya, sendinya semuanya sudah lemah dan perlu berpapah.

Kami cuma dapat balik menjenguk pada hari minggu dan sebelah petang hari kerja. Hanya menolong meringankan beban si emak yang menjaga nenda. Kemudian membacakan ayat-ayat quran dan zikir berharap mejadi bantuan menhadapi saat-saat dugaan makhluk dilaknat Allah yang bergayutan di depan pandangan mata untuk menyesatkan diri agar dijemput kembali dengan suul khatimah. Na'uzubillah. 

Baringnya semakin dihenyak sendi yang sudah tidak bermaya. Sabtu lepas pulang meneman sekejap kerana emak ada perkara yang hendak diuruskan. Itulah kali terakhir berjumpa dengan nenda. Dengan cakapanya sudah tiada bunyi. Nafasnya tercungap-cungap dan sepetang air matanya mengalir.

Sudah dikhabarkan kepada emak yang isnin abang perlu ke KL atas perintah ketua. Tak dapat dielak kerana perkara itu sudah dijadualkan acaranya. 11 pagi abang terima perkhabaran keberangkatan nendanya ke alam barzakh. Namun Abang masih di KL. Pergi bukan dengan kenderaan sendiri bukan mudah pula hendak bergegas balik. Orang juga ada agendanya sendiri. Saya terima berita jam 5 petang. TERKILAN. Sebab saya sudah berniat saya ingin memandikan nenda yang kepalanya, rambutnya dan batang tubuhnya yang saya pernah usap dan urut sabanhari semenjak 3 minggu yang lalu. TERKILAN abang ada telifon dan mesej tapi dek kerana telifon sudah pecah skrin itu, saya ralit dan tak menyemak mesej atau panggilan menggunakan perisian khas di laptop. TERKILAN.....

Walau nenda itu bukan darah daging saya, saya sayang kerana saya sayang suami saya dan saya ingat akan nenda saya yang jauh.

Dulu  seawal usia perkahwinan, hati saya selalu memberontak bila berbuat ihsan kepada orang selain emak saya. Hatta kepada mertua dan nenda abang. Hati memberontak kerana wujud satu perasaan khianat kepada emak dan nenda saya sendiri. Seringkali terdetik saya menjaga emak orang tapi emak sendiri di kampung jauh dari mata. Namun usia perkahwinan dan seiring pelajaran dan pengajaran di dalamnya, kasih sayang terhadap suami dan sayang suami terhadap saya membuatkan sayang terhadap metua dan keluarga abang subur dengan sendirinya. Dan kini jika berbuat baik kepada mertua saya yakin emak dan ayah saya pasti mendapat ganjaran pahala.

Petang Isnin baru dapat balik ke parit bakong. Tiada apa lagi yang dapat dibuat hanya bertahlil dan berkumpul saudara mara.

Semoga roh nenda ditempatkan di kalangan orang yang selamat dan bahagia. Amin..
Innalillahiwainnailaihiraji'un
Al FATIHAH buat Nenda Hasnah Binti Omar.

Ya Allah, sempatkanlah masaku bersama bonda dan nendaku di utara sana..Insyaallah Amin.

Friday

Langit Ilahi

Bila membaca komen dua-dua pihak saya lebih pro terhdap tulisan hilal kini dan insyaallah selamanya.Well written dan good job. Penulisan yang bagus dan berlemah lembut hinggakan saya sendiri berasa hendak menangis.

Subhanallah dan alhamdulillah sedetik ini saya masih percaya dan tidak menolak apa yang telah saya pelajari selama ini. Saya mohon pada Allah janganlah dia yang boleh membolak balikkan hati ini membuatkan saya terpesong. Kerana di saat ini saya juga ada persolan-persoalan dan kadang kala memikirkan kenapa, bagaimana, dll tentang zat allah yang maha luas tu. Namun bila saya melampaui batas diri dan akal, saya wajib berhenti dan berpegang bahawa Allah tetap ada dan semua yang diciptakan itu dibawah pengetahuannya yang KUKUH.

"Antara" jawapan mak kepada saya bila saya bertanya soalan-soalan seperti dimana Allah, bagaimana, kenapa begitu begini mak saya akan jawab "jangan fikir terlalu banyak nanti boleh jadi gila". Sebabnya Allah itu bukan seperti yang ada dalam setiap pemikiran manusia.

Untuk bercakap dan membahaskan tentang agama islam ini bukan boleh didasarkan dengan logik akal. Kerana jika difikirkan sesetengah perkara memang tak dapat dijawab dengan logik dan akhirnya iman juga kena membenarkan apa difikirkan. Bila iman cakap kerana itu hak allah, kerana allah lebih berkuasa, kerana allah lebih tahu, perasaan bolak balik akal lojik itu, sendiri akan hilang kerana hati INGAT dan SEDAR Allah itu lebih hebat dan dia tahu semuanya.

Begitulah hal hudud. Kalaulah hudud itu rekaan dan mengikut acuan dan kehendak politik, APA JADI DENGAN SILIBUS PENDIDIKAN ISLAM KITA??????

kenapa diletaknya HUDUD dalam silibus. KALAULAH IA REKAAAN, aduh rosaklah dan pincang sebenarnya sistem pendidikan...

TAPI ADAKAH BEGITU?? tentulah tidak.. 

Saya pun tak berani mengulas panjang. sebab saya bukan orang yang berhak. Malah ilmu saya amatlah sikit. cuma TOLONGLAH sesiapapun walaupun hati ada ragu-ragu janganlah dibiarkan ia melarat. tolong beri ia noktah. cukuplah dengan percaya bila ia ditulis dalam alquran ia adalah benar dan allah tetap maha benar. Dan Bukankah islam itu CARA HIDUP. Ia lengkap dari sekecil hal sperti makan atau ke tandas apatah lagi hal hukuman. Dalam perintah dari Allah dalam alquran, ia adalah well known facts untuk muslim, apa yang kita buat berdasarkan perintah allah dalam kitab sucinya bukan diambil secara literal. Ada panduan dr sunnah, ijmak dan qiyas. Sebab tu kena pandang tinggi alim ulama. Kalau kita rasa depa ni orang biasa, bila ada hujah tak berkenan dengan nafsu kita, kita nanti mudah pula nak perlekeh depa...Jangan..Jangan..jangan...Sebab tu juga asas ilmu agama ni penting...kalau asas tak kuat mudahla runtuh dan sukar nak terima benda yang betul..

Sedih bila ahli agama menerangkan dan tidak sebekas dengan pemikiran sesetengah mereka, dikutuk pulak mereka yang menyatakan hudud itu benar. Sudah-sudahla. Jangan bila ada orang bercakap bab agama dikatakan pulak "tengok bahasa kau ni dah tau dah kau parti mana"

jangan-jangan-jangan.....ini bukan sebab kepartian..jangan main hentam saja..dahlah tak tau pergi hentam2 dan carut2 lagi..nanti lebih nampak kebodohan diri sendiri...
Dan PENTING sekali untuk luaskan ilmu agama kita. BUAT DENGAN CARA yang BETUL..BERUSAHA dan terus BERUSAHA buat dengan betul contohnya pakai tudung, alasan pakai tudung, kesungguhan dll. Kena FAHAM CARA BETUL baru boleh buat dengan BETUL..kalau tak faham jadilah macam pakai tudung tapi tayang dada, nampak bentuk telinga dan over fesyen...
begitulah hudud ni..tentulah ada mereka yang arif tentang perlaksanaan hudud.

semoga ada lagi anak muda seperti hilal dan allah terus membuka hati dan memberi hidayah kepada kita semua..

Tolong doakan "Jiran k f r saya" agar mereka juga allah beri hidayah...saya sayang mereka sebagai jiran yang baik tapi kasihan dalam kebaikkan mereka itu, mereka bukan ahli kita...semoga mereka beroleh hidayah ..:) Amin


boleh lihat lihat link ini:

3. http://www.youtube.com/watch?v=2fEZNoDKez8 Kenyataan Che Det tentang Hudud di UNIMAS
4. http://www.youtube.com/watch?v=uzBK1rmJhSs Komen UFB




Tuesday

Setiap Pertemuan Ada Perpisahan


Setiap Pertemuan Ada Perpisahan
Ini versi Ida yang baru saja balik perlis semalam.

Sedih
bila nak berpisah saja mesti sedih..Adoihai..
Semalam bergurau dengan ida,
"itula lain kali jangan mai umah kakak lama-lama, nanti bila ida nak balik kakak rindu"

Alahai..Air mata yang mengiring kepulangan ida ke perlis
Bukan saja ida, bila mak dan adik-adik yang lain datang taman permai,
Bila mereka semua nak balik perlis rasa taknak lepaskan mereka pulang..
Nak je suruh duduk lama-lama lagi...

Nasib baik Umar tak menangis nak ikut maklang naik bas..
kalau tak jenuh nak pujuk dia..

Umar pun dah faham
bila tanya maklang mana?
dia jawab "Maklang naik bas balik jumpa bonda.."

Sunyi pagi ni bangun tengok bilik ida duduk kosong.
Ida balik perlis sebab dah dapat interview di KL, jumaat lepas
Selepas habis tamat belajar di uitm Shah Alam,
Ida datang Taman Permai nak lepaskan rindu kat Umar dan Ammar
Umar dan Ammar Idalah yang menjaga mereka masa saya dalam pantang.
Dia jugaklah menguruskan masak dan saya ketika pantang hingga saya kuat selepas dua minggu bersalin. Tak taula kalau dia plak ada anak, boleh ke saya ni nak jaga dia...Kena boleh jugak jasa dia yang banyak.

Hari ni bukak lagi magika untuk anak-anak..Cerita yang di copy dr laptop ida. Wahhh teringatnya ida. Rasa DEJAVU itu berserta lemah dan sebak didada. Persekitaran jadi kedap serta merta..
Teringat ida cakap dia suka lagu Penyembuh rindu tu...Alahai menangis lagi..:(

 

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu