Tuesday

Selamat hari ibu Mak



Bila menjelang saja hari ibu teringat kisah lucu masa nak sambut hari ibu..hari tu planning dah cukup bagus dah..

Saya dan adik-adik keluar beli barang dapur untk masak yang best2 malam tu. Siap beli kek lagi untuk mak..kemudian beli hadiah untuk mak. Kami plan untuk ciptakan kelainan malam tersebut.Masa ni Ayah dah takda. Pas Ayah takda mak sibuk ja dengan sekolah. Mula2 kami semua tak faham. setiap hari doa, agar mak balik rumah tepat kul 1.25. Lapar dan penat tunggu mak balik pukul 4 untuk lunch sama2..bg kami kalau makan dulu macam betray mak..huhu..mak tak suruh tunggu pun tapi kami rasa tak best kalau makan dulu sebelum mak. Sebab ayah dah didik makan mesti sama2...

Tapi mak tetap balik lambat. Lama2 kami faham..Mak nak hilangkan rasa rindu pada ayah..Tapi mak tak pernah abaikan kami semua. Pas Ayah takda, dialah mak dialah ayah.


Malam hari Ibu tu, kami beli satu bentuk love yang sederhana besar. beli stiker floresen untuk tampal disekeliling love tu dan untuk tampal tulisan mak i love you.

kami bertungkus lumus dari siang hari...kebetulan jugak mak kena pi skolah..jadi kami agak memang suprise.

malam tu plak mak sibuk dok dalam bilik. dok buat kerja skolah.lagila memudahkan kerja kami untuk lekatkan stiker2 tu..sekali dah siap hidang dan tampal stiker kami kluarkan kek dan pasang lilin la...pastu semua orng get ready nak suprise kan mak..

Saya tutup lampu...kira-kira cam blackout la...sekali dah tutup lampu, uddin tetiba ja menjerit2 dan menangis...

" kakak buat apa ni adik takut...adik takut.."

masa tu uddin baru darjah 3 4 la kot..silap tak bagi tau uddin yang aku nak tutup lampu.
bila dengar uddin teriak macam tu apa lagi mak pun keluar la dengan garangnya...dia marah la...dia ingat kami semua buat perangai dan bergaduh..

mak bising lah.....

dah macam tu mana sempat nak tunjuk floresent2 tu semua..mak dah pergi on kan main switch tu....

hihi semua sedih la...syikin dan uddin dan nangis2..saya plak hot la sebab uddin spoil pastu mak lak marah2..semua orang masuk bilik....

sebab dah plan malam tu nak romantik2 ngan mak..saya ngan adik2 semua kluar la..mak lak pujuk ajak makan...

huhu.....

kami pun switch off balik current semata-mata nak tunjuk mak floresent2 tu.."mak i love u"

hihi....mak memang suprise....

Arwah ayah lagi pandai suprise..Ada satu kali hari ibu masa aku form 5, kami cakap ngan ayah,

" Ayah jom belikan kek kat mak"

pastu ayah cakap

"buat apa nat beli kek kat mak..tak yah la beli2" mula2 sedih la gak..

sekali petang ayah bawak balik lauk dia siap belikan kek untuk mak..ayah siap suh sembunyi2 jangan sampai mak nampak."

Adoi yaii mak, kami semua merindui mak.....

rindunya kat mak...dulu kalau hari ibu, saya sempat nak plan dan sambut best2 untuk mak...
rindunya...sekarang jauh, cuma dapat ucap dan doa saja..adiklah dirumah plan hari ibu untuk mak...

Thursday

Semakin Sihat dan Membesar


Semakin hari semakin sihat. Ya Allah jadikan Ahmad Umar Sentiasa sihat. Ya Allah jadikan Umar anak yang soleh. Ya Allah jadikan Umar anak yang cerdik dan Bijaksana, Ya Allah Jadikan Umar Anak yang lemah lembut dan sopan santun. Amin

Tuesday

Agihan Tugas Di Dalam Rumah Tangga


Senario Isteri berkerja bukan lagi suatu yan ganjil pada hari ini. Kebanyakan para isteri bekerja kerana mereka mempunyai kelulusan yang membolehkan mereka bekerja. Salah satu faktor besar isteri bekerja kerana pendapatan suami tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas rumah yang semakin bertambah. Taraf hidup zaman kini tak sama seperti dulu. Sekarang semua benda nak kena beli di kedai. Dulu isteri-isteri tak perlu susah hati. kebanyakkan keperluan untuk makan boleh didapati diluar rumah saja. Tinggal petik, bawa masuk rumah dan masak.

Saya ada baca pasal satu artikel tentang isteri beleter. sedikit petikan daripada tulisan beliau

""Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu.

Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.

Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu."


Saya tak bersetuju dengan apa yang di katakan oleh penulis tersebut. Saya faham, ketaatan seorang isteri terhadap suami sesuatu yang tak boleh dinafikan. namun jika meletakkan senario isteri bekerja dan meminta suaminya menolong melakukan kerja rumah adalah tidak wajar. Suami jangan hanya pentingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan di atas ketaatan yang patut isteri beri.

Bayangkan dari pukul 5-8 bekerja, setelah pulang dari kerja isteri perlu menunaikan tanggungjawabnya di rumah. Bukan saja untuk menguruskan diri tapi perlu urus anak-anak dan suami. Jadi wajar kah bila suami tak menolong.

Suami selalu tidak dapat membayangkan kepenatan isteri. Suami tak patut bila balik kerja duduk depan tv baca surat khabar dan minta isteri buat air kopi. Sedangkan isteri terkocoh-kocoh siapkan anak. Kemudia memasak untuk makan malam. Suami lepas solat dan mandi cuma duduk tunggu untuk makan. Bila malam sikit kadang-kadang nak minta manja-manja tapi tak perasan isteri dah penat.

isteri minta tolong elok-elok tak buat, jadi bila dah rasa penat dan stress mulalah nak beleter. Semua benda jadi tak ikhlas...

Memanglah berdosa. Tapi suami juga main peranan dalah urusan rumah tangga bila kedua-dua kita bekerja. Bila suami mebantu isteri rasa kurang beban.Jadi isteri tak lah nak beleter.

Apa salah bila balik kerja suami tolong urus anak-anak. Isteri pula buat kerja dapur. Bila hari minggu bila isteri basuh baju suami tolong sidai, Bila sudah makan suami tolong basuh pinggan, bila rumah bersepah suami tolong kemas sama, bila anak nagis malam gilir2 buatkan susu.

Lagi sedikit dari penulis tersebut

"SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOCIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan karena berfikir bahawa SUAMI misti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

Dengan berbuat begitu, ISTERI berkenaan mengabaikan SUAMI yang berfungsi sebagai PEMEGANG AMANAH(nikah-isteri) yang disandang sejak AQAD-NIKAH yang telah diijab WALI-NIKAH(Atok, Bapak dsb)

'Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.'

Saya fikir TABIAT-ISTERI suka meleteri suami mistilah dihentikan demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT."


Isteri beleter memang tak hormat, tapi tak terfikir ke sebab suami juga. jangan lah kerana islam suruh kerja rumah isteri yang buat suami pula lepas tangan. Kita jangan sempit. kalau suami mampu sara anak dan isteri, isteri tak bekerja tak patutla isteri meleteri suami pula.. ini kalau isteri pun bekerja tapi suami kat rumah balik kerja pun goyang kaki patut ke...???

Kalau dari segi nafkah suami yang patut menyediakan secukupnya. Malah perlu sedia apa yang isteri dapat sebelum berkahwin dulu sekiranya mampu. Tapi sudahlah tak mampu nak sara isteri dan anak-anak sepenuhnya. Isteri rela nak tolong sama-sama cari nafkah tapi bila kat rumah suami canang hak suami. Sepatutnya bukan cakap pasal hak malah sama-sama menunaikan hak.

Rasulullah pun boleh buat kerja rumah sendiri. Jadi tak patutla suami marah bila isteri yang sama-sama bekerja beleter.. Sebenarnya saya tak rasa isteri beleter. Kadang-kadang isteri minta tolong cuma keluhannya panjang. jadi suami dah rasa macam beleter.

Isteri juga janganlah mengherdik dan mengunkit perkara yang tak patut. Kalau dah sebut dan minta tolong tapi suami buat taktau juga sabarlah...berdoa banyak2 semoga allah lembutkan hati suami untuk sama menolong.

Macam mana nak didik zuriat ke suatu budaya ibadat jika sikap ketua kelaurga yang hanya tau mengarah dan goyang kaki di rumah.