Mengimbau saya 10-15 tahun dulu, SEKARANG saya adalah manusia culas terhadap ibadat saya. Jika dulu saya keluar rumah dengan menyempurnakan solat dan ibadah, ada satu2 masa saya benar-benar culas. Maksudnya jika dulu saya solat dahulu sebelum keluar rumah, kadang2 saya ambil ringan jika saya cuma keluar sekejap saja dan punya masa untuk melaksanakannya. Jika dulu saya menyelak selembar demi selembar alquran setiap hari, kini dengan keletihan dan kesibukkan mungkin saya cuma dapat 2-3 hari sekali. Lebih teruk adakala menjadi seminggu sekali. Saya melihat muka laptop saya lebih dr melihat alquran kiranya.
Kini bukan zaman bermenung dan mengamalkan sikap sekular tehadap agama. Apatah lagi culas dan menculaskan. Banyak benda yang harus dibaiki. Banyak benda yang harus dilakukan secara istiqamah. Setiap kali memikirkan kematian yang bakal menjemput dua perkara utama yang saya fikirkan. Jika Allah jemput diri ini, bagaimana anak-anak yang kucintai ini. Ya allah, bertapa terguris memikirkan mereka terpaksa melalui hidup sebagai yatim. Keduanya jika Allah menjemput, apakah amalan yang saya bawa ini seperti kain sutera atau seperti kain buruk yang jika diberi kepada Allah, Allah lempar semula ke muka.
Dunia ini semakin tua. Makin lama, kita sendiri akan sentiasa terfikir akhirat yang bakal tiba. Bagaimanakah kita akan menghadapinya dengan amalan yang kadang subur dan kadang kemarau ini. Kini bukan masa kita mempertahankan "apa akan orang kata", bercakap sana-sini secara sia-sia, mempertahankan inilah yang aku sering lakukan dan sekular terhadap agama. Kerana dunia yang makin tua ini, ini adalah masa-masa untuk diri sendiri menilai setiap amalan adakah bertepatan dengan kehendak Yang punya Alam atau amalan diri sendiri cuma mengundang Murka. Manusia kini melakukan semua dosa yang telah dilakukan oleh umat terdahulu. Cakap saja, semua ada. Zina, dedah aurat, ingkar ibadah, homoseksual, bongkak dengan kemodenan dan cakap apa saja semuanya ada. Mungkinkan pembalasannya pada hari yang hanya rahsianya Allah saja yang tahu.
Berat memikirkan keculasan diri. Dalam bersungguh ada lunturnya. Dalam bertegas ada ingkarnya. Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk beristiqamah. Semoga Allah bantu agar bertemu jalan ketaatan.
No comments:
Post a Comment