
Hari ini adalah hari kelahiran junjungan besar Nabi yang Allah cintai. Sudah lama nabi meninggalkan kita. Kadangkala kerinduan padanya ada walaupun dia sudah lama pergi. Tapi yang banyaknya pada diri adalah kealpaan yang membuatkan saya tidak mengikut apa yang nabi mahu.
Saya mengasingkan diri bukan kerana ingin memutuskan silaturahim. Nabi suka pada mereka yang menghubungkan silaturrahim cuma saya rimas dengan telahan dan asakan yang salah terhadap diri. Kalau ya saya akan cakap ya dan kalau bukan saya tetap akan kata bukan. Mungkinkah juga sikap saya membuatkan orang memusuhi saya? Saya juga tidak pasti. Saya menilik-nilik diri. Kenapa jadi begitu. Jujurnya saya memang tak ramai kawan kerana saya tidak suka ramai kawan. Maksudnya kawan baik. Bila berada dalam kelompok ramai pasti saya sendiri yang akan mengasingkan diri sendiri. Tapi hakikatnya perkara ini benar-benar buat saya berasa sedih kerana saya melanggar apa yang nabi mahu..Tapi biarlah saya bersuluk agar saya dapat menjadi insan yang lebih baik dari hari ini.
Bila menilik diri dan membandingkan diri dengan sifat rasulullah, maha hebat Allah yang memberikan sifat-sifat terpuji bagi Rasulullah, terasa amat jauh dan hinanya diri. Jika dikira, perbandingannya, masing-masing cuma dibuat kurang atau lebih sikit 50%. Telahan saya, entah-entah mungkin kurang lagi.
Sempena hari ini apabila pagi hari, ingatan pertama adalah kepada Rasulullah, saya perlu memperbaiki diri. Menjadi lebih baik dari semalam. Bagaimana beribadat seperti Rasulullah? Bagaimana bercakap seperti rasulullah? Semuanya perlu kepada menuntut ilmu yang lebih lagi.
Teringat kisah dari seorang guru. Beliau menaiki kapal terbang dan duduk disebelah seorang arab. Tiba-tiba dia meminta segalas arak dari pramugari. Guru tersebut bertanya kepada arab tersebut. "Apakah agama kamu". Orang arab tersebut menjawab " Saya beragama islam dan sangat cintakan rasulullah" sedangkan di tangannya memegang segelas arak. Begitula, bagaimana cara kita menzahirkan rasa sayang dan cinta biarlah berlandaskan redha Allah dan seperti sunnah rasullullah.
No comments:
Post a Comment