Tuesday

Rebutlah Gelaran Ikhwan

http://www.weblagu.com/11-Rebutlah-Gelaran-Ikhwan-id-Z21Zc1ZzQk0.html

Mawaddah -Rebutlah Gelaran Ikhwan

Rebutlah gelaran ikhwan di akhir zaman
Yang disabdakan dari lidah Rasul junjungan
Agar kita menjadi orang yang membuktikan
Golongan yang baginda rindukan

Tika para sahabat itu bertanya
Siapakah yang diberi gelaran itu padanya
Membara cemburu di hati mereka
Hingga menitiskan airmata


Lantas baginda menyambung lagi
Ikhwan itu mengamalkan sunnahku
Bagai menggenggam bara api
Dan mereka amat menyintaiku
Sekalipun tidak pernah bertemu

Ukhwah mereka bagaikan susunan batu bata
Saling menguatkan di antara mereka
Umpama satu ibu dan satu ayah
Fikiran, keyakinan dan keselarasan

Perjuangannya ibarat singa di siangnya
Bagai abid pula di malam harinya
Ruhbanu fillaili wa fursan finnahar
Gelaran yang baginda berikan.

Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan
Mereka pilihan di atas pilihan
Bilangannya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan
Kerana dosa amat dihindarkan

Tika para sahabat itu bertanya
Siapakah yang diberi gelaran itu padanya
Membara cemburu di hati mereka
Hingga menitiskan airmata


Luar biasanya taqwa Ikhwan
Kerana taqwanya diberi pertolongan
Kerana taqwanya diberi rezeki
Dan dunia diselamatkan Tuhan

Wahai pencinta-..pencinta kebenaran
Yang menagih janji Tuhan
Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman
Ia tawaran yang tiada tandingan

Kalaulah ada oven...

Saya memang suka memasak di rumah untuk anak-anak dan suami. Memang susah nak makan di luar..Suami saya cakap saya ni terlebih paranoid...kadang-kadang dia bengang kalau saya tak bagi beli sebab saya lihat orang yang jual tu terlebih rugged..tak tutup aurat atau sedang buat aksi tak sepatutnya macam baru baru ni ada orang jual air tapi sambil tunggu pelanggan dia usap perut dia sambil baju dia nagkat ke dada..belum masuk paranoid bab pelaris dll..huhu teruk gak..tanggung sendiri le..masak semua kat rumah..

Nak sangat ada oven tapi tak cukup duit lagi. Sejak pengukus telah dipecahkan tudungnya oleh seekor kucing dah banyak bulan tak buat kek coklat untuk Umar dan Ammar.  Nak makan pulut kukus ngan durian pun tak boleh..waaaa..dah le musim durian ni...kat parit raja ni mana nak jumpa pengukus rega 16 ringgit macam yang kat wang kelian tu..:)

Kalaulah ada oven..saya nak buat biskut untuk anak-anak..nak buat pizza..nak buat roti burger..banyaknya benda nak buat..:)

Tentu anak-anak suka..:)

Sekarang ni buat biskut goreng je..resepi mak..mak ajar sejak saya kecil lagi..masa tu darjah 3 kot..darjah 4 buat sendiri dan bawa ke kelas untuk jamuan akhir tahun kot..kawan-kawan suka sampai saya pun tak sempat nak amik sikit....

Cakap pasal biskut dan kek..ayah memang encourage anak-anaknya memasak. Dulu ayah selalu belikan tepung kek yang ready made..cuma tambah telur saja..mula-mula ayah buatkan..kemudian kami plak buat. Ingat lagi masa saya buat tu, kurang masak..Ayah tetap kata sedap dan ulang makan sampai habis..huhu itulah ayah tak sedap pun dia kata sedap...nak encourage anak-anak..

Hmm..bila leh beli oven ni..kena tunggu kerja gaji ok sikit kot...ade sesapa nak bagi oven?? hihihi

Monday

Norlina ALawi

Saya pernah menulis tentang Kak Nor Alina Alawi ni pada 2011 dengan tajuk Dia sanggup bela 50 anak.

Beberapa minggu lepas pada 6 Jun Kak Nor Alina Alawi datang ke UTHM..Saya nekad untuk pergi tapi langkah saya mati sebab saya tahu saya akan menangis teresak-esak hanya dengan mendengar namanya sahaja..Sungguh...

Jadi saya tunggu, untuk melihatnya di UCiTV UTHM..Bila saja mendengar pengacara menyebut nama Ketibaan Kak Nor Alina Alawi masuk ke dewan, saya di depan laptop ni terus sebak dan air mata saya jatuh..Tambah plak soundtrack sedih la plak kan..

Kalau saya bercakap dengan suami dan menyebut nama kak nor alawi ni memang saya akan menangis sambil bercerita..

Kenapa saya begitu sebak...Menjadi ibu dan bercakap tentang anak cukuplah kita berasa sebak dan terjatuh air mata...inikan pula kisah kak nor alina alawi ini yang menjaga anak-anak seramai 50 orang tanpa ORANG GAJI..

paling sebak ketika anak-anaknya dipanggil illahi..

Meruntun benar hati ni..Carilah pasal kak nor alina alawi ni..doakan kesenangan dan kebahagian untuknya.. Bantulah jika mampu...