Tuesday

Rebutlah Gelaran Ikhwan

http://www.weblagu.com/11-Rebutlah-Gelaran-Ikhwan-id-Z21Zc1ZzQk0.html

Mawaddah -Rebutlah Gelaran Ikhwan

Rebutlah gelaran ikhwan di akhir zaman
Yang disabdakan dari lidah Rasul junjungan
Agar kita menjadi orang yang membuktikan
Golongan yang baginda rindukan

Tika para sahabat itu bertanya
Siapakah yang diberi gelaran itu padanya
Membara cemburu di hati mereka
Hingga menitiskan airmata


Lantas baginda menyambung lagi
Ikhwan itu mengamalkan sunnahku
Bagai menggenggam bara api
Dan mereka amat menyintaiku
Sekalipun tidak pernah bertemu

Ukhwah mereka bagaikan susunan batu bata
Saling menguatkan di antara mereka
Umpama satu ibu dan satu ayah
Fikiran, keyakinan dan keselarasan

Perjuangannya ibarat singa di siangnya
Bagai abid pula di malam harinya
Ruhbanu fillaili wa fursan finnahar
Gelaran yang baginda berikan.

Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan
Mereka pilihan di atas pilihan
Bilangannya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan
Kerana dosa amat dihindarkan

Tika para sahabat itu bertanya
Siapakah yang diberi gelaran itu padanya
Membara cemburu di hati mereka
Hingga menitiskan airmata


Luar biasanya taqwa Ikhwan
Kerana taqwanya diberi pertolongan
Kerana taqwanya diberi rezeki
Dan dunia diselamatkan Tuhan

Wahai pencinta-..pencinta kebenaran
Yang menagih janji Tuhan
Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman
Ia tawaran yang tiada tandingan

5 comments:

  1. Salam,
    Ohhh dapatkah diri ni memburu gelaran ini?

    ReplyDelete
  2. kadang2 malu dengan cita2 sendiri kan..tapi apalah daya ia tetap juga dirindukan..mudah mudahan kak..kita berkasih sayang walaupun jauh ia juga satu tangga untuk org yang amalkan sunnah nabi...

    menangiskan dengar lagi ni....:(

    ReplyDelete
  3. mengamalkan sunnah kerana kasihkan dan rindukan nabi...

    ReplyDelete
  4. aduh! terasa diri begitu kerdil nak merebut gelaran itu. Malu.....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Rulza

    Insyaallah
    kita bercita-cita dan berusaha untuk mencapainya

    ReplyDelete