Thursday

Tip layanan kepada suami

Semalam abang tak kerja Tapi terpaksa jugalah hantar anak le taska sebab abang sakit badan dan saya kena siapkan thesis. Rasanya tak sempat hantar 30 june. Mungkin terpaksa lewatkan 3 4 hari. Minggu depan, 4-5hb anak-anak duduk dirumah sebab ibu yamah nak hantar anak dia masuk poli. tak cukup orang pula di taska dengan cikmah masih berkursus penjagaan kanak-kanak. Takpelah sebab  ibu yamah tak berkira dengan saya, sayapun selalu je tak hantar anak-anak bila ibu yamah minta pertolongan untuk berbuat begitu bila di taska ada hal. Tapi takpa anak-anak, pas siap je thesis ummi ni, tiap-tiap hari pun boleh dok kat rumah..yeay!!!  Pagi semalam setelah siapkan anak-anak, saya pun dah bersiap, abang pun baru sudah bersiap saya tanya abang.

Saya    "abang, abang nak pakai minyak rambut ke? "
Abang  "ntah la ye, topi abang kat mana eh?"
Saya    "oh abang tak mau minyakkan rambut la ye?"
Abang  "nape ayang tanya, pelik hari ni?"
Saya    "Saje tanya, kalau abang nak boh minyak rambut ayang nak tolong abang sapu"
Abang  "oklah oklah, nak pakai minyak rambutlah hari ni tapi pelik betul hari ni"

Hihi, saya pun minyakkan rambut abang dengan minyak rambut HPA itu..:)

Malam tadi saya tanya abang..

Saya     "abang dah potong kuku ke?"
Abang  "kenapa pulak ayang tanya?"
Saya     "Yela tadikan abang cari ketip kuku"
Abang   "Bila?"
Saya     "Tadi yang kita cari kat celah kusyen tu, abang dah potong kuku ke?"
Abang   "abang bukan potong kuku, potong isi lebih kat kuku ni je"
Saya     "ohh, kalau nak potong bgtau ye, nak tolong potongkan"
Abang   "esoklah"

Tapi pagi tadi abang dah siap potong pulak...
Hihi..sebenarnya saya tengah melaksanakan tip tips yang Rasullulah pernah pesan kepada anaknya fatimah iaitu:

" Mana-mana wanita yang

  1. melayani suaminya
  2. meminyakkan rambut suaminya
  3. menyikat janggutnya 
  4. menggunting misainya
  5. memotong kukunya
maka di akhirat dia

  1. diberi minum oleh Allah daripada air syurga
  2. dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut 
  3. dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga 
  4. dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka 
  5. dan selamat melintasi Titian SIrat tanpa menempuh kesusahan."

Menggunting misai dan janggut pernah jadi kira pernah sikat la jugak masa nak gunting tu..:) tapi jarang sangatlah buat bab ni.

Ada benarnya ilmu ini kena selalu dipelajari dan diingati. Kadang-kadang kita belajar tapi sebab kita jarang buat kita lupa. Namun bila kita selalu belajar, mungkin kita akan dengar perkara yang sama berulang kali namun pasti akan mencetuskan semangat semnagat baru untuk melaksannaya...

Jangan segan dan jangan berhenti menuntut ilmu walaupun pada benda yang sama...

Wednesday

Matawang Akhirat = Amal Soleh

Halaqah Sentuhan Qalbu ulangan TV9: Didunia ini ada stesyen-stesyen akhirat yang mendekatkan kita kepada amalan soleh iaitu:
  1. Tilawah alquran dengan pemahaman
  2. Majlis ilmu
  3. Ziarah kubur
  4. Selalu bersama orang berilmu
Jangan sibuk dunia tapi lupa akhirat. Orang yang berjaya adalah orang yang dalam sibuk tetap mengingati akhirat. Kita mungkin sibuk didunia mencari matawang dunia untuk kesenangan kita. tapi mungkin terlupa mengumpul matawang di akhirat iaitu amal soleh.

Tatkala kita berpakaian segak hari ini,
tatkala kita makan cukup hari ni,
tatkala kita kaya hari ni,
Nabi muhammad dahulu, beribadah hingga bengkak kaki, tiada makanan dia berpuasa, dia miskin dan tidak kaya. Bukan niat baginda untuk menyuruh umatnya ikut ibadah sampai bengkak kaki atau menjadi miskin tapi ingin mengingatkan hari akhirat yang paling penting
.

Janganlah hari ini kita segak didunia tapi selekeh diakhirat
Janganlah hari ini kita kaya didunia tapi papa diakhirat
Janganlah kita tiada matawang akhirat yang perlu kita bawa iaitu amal soleh.

Teringat kata-kata A samad said. Manusia menganggap dunia ini lama, tapi sebenarnya perjalanan akhirat itu lebih lama.

Ya Allah tuntutan dunia yang mencengkam ini membuatkan kami semua sibuk. Ya allah jika kami berlaku salah tunjukkanlah kami salah. Jika kami berada di jalan yang baik teruskan kebaikkannya. Ampunilah dosa kami. Semoga kami bahagia didunia dan diakhirat. Amin. 

Tuesday

49 juta!! Gila banyak???

BERBANGGALAH DENGAN KEKAYAAN DAN KEHEBATAN NEGARA KITA

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau tak dapat perangi kezaliman pemimpin didunia ini, TUNTUT saja diakhirat nanti.bukan senang nak jadi pemimpin. tapi depa senang ja nak guna 49 juta , 16K,..arghh cakap saja berapa amaunnya. Duit dan kekayaan berlegar dikalangan keturunan dan kroni.

Sedangkan Saidina umar lampu pun dia tutup bila tidak mengerjakan urusan negara, Pen pun ada dua untuk urusan negara dan peribadi..Pemimpin kita??? depa dok umah besar, ada rakyat papa kedana. depa pakai baju segak, ada rakyat pakai baju koyak..dan kita semakin tercengkam dengan banyak keperluan mendesak...

Dengan percaturan dan percakapan mereka terasa bagaikan diri ini hamba!!. mereka suka hati memperkotak katik diri kita sebab depa punya kuasa!! tak pa..tunggu saja akhirat nanti bila mana bukan sedikit persoalan dan tuntutan yang akan dibangkitkan....

Ya allah luaskan rezeki kami..kuatkan semngat kami. mudahkan urusan kami. Sesungguhnya kehidupan kami, kesenangan kami hanya dari nikmat dan rahmat kurniaanmu ya allah. bukan tertakluk pada mereka atau sesiapa saja. Ia milikmu yang mutlak...