Friday

AHLAN WAHAI RAMADHAN YANG MULIA

RAMADHAN dah sangat hampir.kurang dari 24 jam lagi ramdhan akan tiba..mudah-mudahan saya sempat menghabiskan ramadhan kali ini.....

dan keghairahan untuk meningkatkan amalan membersihkan hati supaya dapat menjadi lebih baik hati saya diasak dengan kesedihan dan kerinduan yang amat terhadap bonda di kampung..

sedihnya memikirkan puasa dan raya tanpanya disisi pada tahun ini..hibanya mendengar adik2 berkata tak seronok kak un tak dapat balik raya...

terkedu bila adik inah pesan supaya jangan balik tanpa suami..walaupun diizinkan

tak seronoknya memikirkan raya ditempat dan keluarga yang asing ini....

mengapa payah benar hatiku ini....adakah aku terlalu mengangungkan ibu sehingga aku rasa orang lain tak layak dilayan setaraf ibuku walaupun sedikit..aduh PARAH....

saya tak pernah mencium tangan org yang lebih tua..atau memeluk nya dengan penuh kasih, atau berbuat baik seikhlasnya..kerana saya fikir orang lain tak layak di layan setanding emak kerana di hati ini dia berada di kedudukan yang paling atas dan paling mulia..dan bila saya berbuat sesuatu kepada orng lain hati ini rasa saya mengkhianati mak..saya akan menjadi rindu yang amat..saya sedih kerana di saat ni saya berbuat baik terhadap orng lain..sedangkan mak saya terpaksa tinggalkan di kampung(berpisah)..ADAKAH INI PARAH....!!! kerana saya tidak berupaya untuk mengaggungkan MIL ditambah dengan asakan masalah yang bertimpa2....

hmmm...mak. kakak minta maaf sangat2..tahun ni tahun pertama kakak tak dapat puasa dan raya dengan mak..sedihnya...kakak tau mak rindu...lately mak yang telefon kakak....kalau tak mak takkan telefon sebab dah cukup kakak yang telepon tiap2 hari....
insyaallah kakak usahakan balik juga..mungkin raya ke 2 atau 3...mak tunggu ya...

sayang mak...

selamat berpuasa semua
saya minta maaf atas setiap keterlanjuran kata dan perbuatan yang melampau dan melukai hati sesiapa saja...

mudah-mudahan sinar yang baik akan tiba.....

Thursday

Im Addicted to NUR KASIH


tak sabar nak tunggu episod 11 esok.. Masa mula2 nak ikut dari episod petama. tapi ada saja hal yang membuatkan tak berpeluang nak tonton. sampai episod ke 7 saya masih gagal untuk menonton drama ni. Bila start tengok saya betul2 teruja. boleh dikatakan cerita ini betul penuh emosi dan menyentuh jiwa..

pengarahan yang baik saya kira. cuma dari segi batasan pergaulan terlampau terbuka. dari cerita konsep islamik jadi meluat tengok beberapa babab walaupun lakonan nya begitu natural..

namun nur kasih tetap memikat hati...munkin di lain cerita bagi cerita berkonsepkan islamik, emosi perlu di serlahkan, selindungkan adegan suami isteri, pegang bepegang atau membuka aurat dengan cara yang paling halus dan simbolik. tak perlu disuratkan dengan begitu nyata....

Suami saya TAK MAMPU nak tengok cerita NUR. :) dia kalah dengan emosi. selalu ajak dia tengok sama. tapi dia menolak sebab nanti terpengaruh dan dia plak marah pada kejahatan adam...atau sedih dengan kesedihan nur. Suami kalau nak tengok cerita dia lebih suka cerita kelakar atau aksi. cerita yang penuh emosi dia akan tolak ke tepi.

Monday

Umar Tak Sihat.

Setelah 4 bulan setengah umur Umar, ni la first time Umar tak sihat. Mula-mula jadi masa kat kedai Gunting rambut.Ntahla apa yang Umar nampak, Umar menangis tak henti-henti. Jenuh Mak Teh Ati Nak Pujuk. Tukang gunting rambut tu kalut-kalut potong rambut aku. sian kat umar. Bila pergi rumah orng terbawa-bawa nangisnya bila nampak orang yang tak kenal. Sampai nampak Papa Azli pun Umar Nangis.

Selang Beberapa hari Umar demam. Kebetulan Ummi pulak makan durian. Badan Umar Panas. Nila first time umar demam teruk. Umar merengek je supaya ummi duduk ja dekat2 umar. Pegi ambil Ubat makan tiga kali badan umar naik rash yang teruk. Ingatkan campak, alhamdulillah bukan campak, bila keesokkanya rash tu hilang beransur2. Bila ummi check ubat yang umar makan tu memang ada kesan unexplained rash.

Umar dah pergi taska baru. Nur Ilham Kasih nama dia. Mama-mama yang jaga umar semua muda-muda. Kali ni bila hantar kat situ Aku rasa tenang saja. Tak macam dulu masa hantar kat pengasuh lama, ashik teringat saja kat umar. Kali ni Alhamdulillah.
Tapi biasa lah bila dah bercampur kat taska senang nak sakit. Umar kena Selsema dan batuk..Sian Umar..batuk sampai muntah2.habis keluar susu dan ubat. Sian kat umar,,,

Sedihla ummi tengok umar. Ummi minta maaf sebab ummi tak dapat jaga umar. Hari ni Ummi kena kerja. Tapi Ummi janji akan balik awal sikit. Hati ni serba salah sangat bila anak sakit aku tak dapat nak jaga. Rasa bersalah bila dia sakit2 macam ni..

Semoga umar cepat sembuh ye.. Jangan sakit-sakit lagi ye..Sayang Umar...