Bagaimana diriku boleh berpaling dari menatap setiap kisah??
Bagaimana diriku boleh membantu setiap diri mereka dengan kekurangan diriku yang banyak??
Dalam hatiku bagaikan ada duri yang menikam tapi bagaimana boleh aku berpaling dari setiap kisah..
Allah yang maha banyak rencananya.
Allah yang maha tahu setiap sebab
Allah yang maha punya alasannya yang kukuh
pada setiap rencananya..
Satu persatu kisah hadir membuatkan hatiku bagaikan penuh duri.
Menikam hati kerana aku tak punya kapasiti besar untuk melakukan sesuatu yang besar
Aku hanya mampu hulurkan doa atau barang seringgit dua...
Bolehkah aku berpaling??
Bolehkan aku tidak ambil peduli?
Masakan Boleh kerana mereka adalah saudara ku yang beragama islam...dan kisah mereka, aku adalah manusia yang perlu tahu dan melunaskan erti syukur..
Apakah nasib anak-anak yang dihalau di rawang kini?
Apakah yang allah rencanakan untuk angah yang sedang sakit kini
Apakah yang harus kucakap bila melihat anak-anak yang banyak sakitnya kronik??
Apakah yang harus ku fikirkan bila ada anak ditinggalkan yatim piatu??
Apakah nasib rakyat rohingya, syria, palestin dan semua umat islam diseluruh dunia...
Dan Apakah aku boleh berpaling untuk menenangkan hati ni
dan tidak masuk campur supaya diriku tidak disapa perasan negatif atau sedih..
mana mungkin???
Wednesday
Friday
Merasmikan Oven.Syukur dapat Rasa Makanan Yang Sedap
Dah rasmi dah oven yang baru dibeli tu..Alhamdulillah dapatle buat pizza april style ni... Dalam rumah ni, makanan yang sebegini sudah dikira mewah..Bila hendak makan takkan tak terlintas tubuh tanpa isi daging sebab kebuluran dan kemarau di Somalia
Aduhai..Kadang-kadang serba salah nak makan sedap..
Tapi itulah nikmat Allah
Terima kasih Allah sebab beri kami sekeluarga merasa makan yang sedap..
Ini pula garlic bread..guna roti perancis jenama daily. Bila dibakar dan disapu dengan adunan marjerin,bawang putih dan daun sup..sedap abang kata..Sebenarnya banyak yang dah dimakan. Gambar diambil masa dan separuh jalan berbuka..Abang kata kalau beli dikedai sebanyak yang kita buat malam ni tentu lebih mahal...
Selalu pesan dengan anak-anak...jangan lupa syukur pada allah..Umar dan Ammar tau tak, bahawa ada orang di dunia ni tak pernah merasa pun apa yang kita makan..mereka nak tapi tak dapat pun..jangan membazir2
Ini sup berkrim...Memang selalu buat sebelum ni..
Asasnya saya guna marjerin, tepung gandung, susu sejat, ayam dan kentang..semalam tambah kentang dan daun saderi..Hirup panas-panas melegakan mulut yang berasa besi, tekak yang masam dan loya serta perut yang sentiasa ada angin dan sebu ni...
Alhamdulillah...
Bila berbuka jangan lupa doakan umat islam di rohingya, syria, palestin, di somalia dan merata-merata dimana umat islam ditindas..
Kita mohon agar allah beri keampunan, hidayah dan jalan keluar dari ujian2..
insyaallah amin...
Thursday
Terima Kasih Abang..Yeay dapat Oven ngan Mixer!!
Alhamdulillah tahun ini rezeki wang tak pernah kesempitan walaupun biasalah dihujung-hujung bulan tu duit tinggal sikit-sikit. Kadang-kadang sampai satu sen pun takda ditangan walaupun seminggu lagi baru nak gaji. Tapi alhamdulillah Allah pasti beri selepas duit habis dengan rezeki yang tak disangka-sangka.
Dulu masa awal-awal berdepan dengan situasi takda duit ada gak risau dalam hati tapi tak sampai menggelabah. Bila kita melalui dan belajar dari apa yang berlaku, Alhamdulillah sekarang bila habis duit kami yakin allah pasti beri rezeki lagi. Insyaallah sebab allah itu adalah apa yang kamu bayangkan.(tak ingat sapa cakap ni)...
Tahun ni dapat pulak bonus raya kan. Alhamdulillah rezeki allah. Kerajaan menunjukkan kemampuannya dan nyata mereka prihatin dengan kesusahan rakyat. Ya lakan kalau macam saya yang tak stabil lagi pekerjaannya ni memangla harap2 juga..dah 2 3 tahun tak beli baju raya. Tapi tahun ni pun tak beli jugak kot sebab nak jimat..huhu..pakai apa yang ada..kalau nak beli pun kat suami lah kot sebab dia asik pakai baju raya 2 3 tahun lepas..saya ada gak mertua siapkan baju dr kain kain lama saya yang dah lama tak bersentuh..
Alhamdulillah juga tahun ni abang dapat Anugerah Khidmat Cemerlang. Dapatlah duit lagik. Masa SKT dulu memang ketua jabatan dia rekemenkan untuk AKC tu. Alhamdulillah memang ia adalah rezeki yang tak disangka-sangka. Ada satu kisah yang saya rasa adakalanya sikap suami tu betul. Bukan apa, saya ni memang jenis kuat melawan kot..Yala kalau orang tu salah atau menyalahkan saya, saya memang menjawab. Tak kiralah bos ke apa..Menjawab jugalah untuk backing diri. Tapi baru-baru ni Big boss abg panggil..bukan ketua jabatan tapi ni yang head office tu. Kebetulan ada silap apa ntah abang mengaku gak kesalahan orang yang dipanggil sebelum ni sebab tak mahu panjangkan keadaan sebab orang tu dah kena panggil dan dah kena sebelum ni. Tapi bila dijawab begitu big boss ni cakap.."saya bagi awak AKC pun sebab tanda minta maaf sebab TUDUH awak MENCURI dulu"..Suami cakap dia diamkan saja sebab dia tahu ketua jabatan yang shorkan dan dia lebih banyak/mostly bekerja dibawah ketua jabatan. Abang diamkan saja dan malas menjawab sebab semua dah kenal benar sikap boss.
Kadang-kadang bila berdepan dengan orang yang begitu, diam dan ya kan saja lebih baik..Biarkan dia menang untuk menang..Prof muhaya pesan jangan pentingkan penilaian orang tapi selalu fikir apa perkara baik dan berfaedah yang kita boleh beri hari ni..
Alhamdulillah, mulanya saya minta oven kecik je..yang reganya cuma 69 je..sekali oven tu last stock kemudian rosak pulak..ish ish..jadi abang kata takpalah ambil yang besar sikitlah sebab yang harga bawah 100 semua habis..mulanya macam taknak beli sebab lebih 100..Suami selalu cakap saya ni tak munasabah..nak barang yang murah-murah..contohnya kalau cari baju, ada tak yang 5 ringgit..kalau cari baju anak anak ada tak yang 2 ringgit. Abang kata takde dah orang nak jual semurah tu..Nak murah tapi tak munasabah abang kata..
Abang kata belilah oven yang 149 tu..takpalah..di belikan juga dan tambah mixer supaya saya tak susah lagi untuk buat mayonis dan kek..Hihi best..Terima kasih abang..Dah lama tak beli apa-apa perkakasan lektrik kat rumah..TV pun belum berganti..Terima kasih sangat-sangat abang sebab belanja ayang..pasni boleh la buat roti, piza, kek..seronoknya buat sendiri..puas beri anak dan suami makan. Sebab bila buat sendiri kita boleh pilih dan yakin apa barang yang kita guna..seronok kan..

Subscribe to:
Posts (Atom)