Friday

Merasmikan Oven.Syukur dapat Rasa Makanan Yang Sedap


Dah rasmi dah oven yang baru dibeli tu..Alhamdulillah dapatle buat pizza april style ni... Dalam rumah ni, makanan yang sebegini sudah dikira mewah..Bila hendak makan takkan tak terlintas tubuh tanpa isi daging sebab kebuluran dan kemarau di Somalia
Aduhai..Kadang-kadang serba salah nak makan sedap..
Tapi itulah nikmat Allah
Terima kasih Allah sebab beri kami sekeluarga merasa makan yang sedap..


 


 Ini pula garlic bread..guna roti perancis jenama daily. Bila dibakar dan disapu dengan adunan marjerin,bawang putih dan daun sup..sedap abang kata..Sebenarnya banyak yang dah dimakan. Gambar diambil masa dan separuh jalan berbuka..Abang kata kalau beli dikedai sebanyak yang kita buat malam ni tentu lebih mahal...

Selalu pesan dengan anak-anak...jangan lupa syukur pada allah..Umar dan Ammar tau tak, bahawa ada orang di dunia ni tak pernah merasa pun apa yang kita makan..mereka nak tapi tak dapat pun..jangan membazir2



Ini sup berkrim...Memang selalu buat sebelum ni..

Asasnya saya guna marjerin, tepung gandung, susu sejat, ayam dan kentang..semalam tambah kentang dan daun saderi..Hirup panas-panas melegakan mulut yang berasa besi, tekak yang masam dan loya serta  perut yang sentiasa ada angin dan sebu ni...

Alhamdulillah...

Bila berbuka jangan lupa doakan umat islam di rohingya, syria, palestin, di somalia dan merata-merata dimana umat islam ditindas..
Kita mohon agar allah beri keampunan, hidayah dan jalan keluar dari ujian2..
insyaallah amin...


Thursday

Terima Kasih Abang..Yeay dapat Oven ngan Mixer!!

Alhamdulillah tahun ini rezeki wang tak pernah kesempitan walaupun biasalah dihujung-hujung bulan tu duit tinggal sikit-sikit. Kadang-kadang sampai satu sen pun takda ditangan walaupun seminggu lagi baru nak gaji. Tapi alhamdulillah Allah pasti beri selepas duit habis  dengan rezeki yang tak disangka-sangka.

Dulu masa awal-awal berdepan dengan situasi takda duit  ada gak risau dalam hati tapi tak sampai menggelabah. Bila kita melalui dan belajar dari apa yang berlaku, Alhamdulillah sekarang bila habis duit kami yakin allah pasti beri rezeki lagi. Insyaallah sebab allah itu adalah apa yang kamu bayangkan.(tak ingat sapa cakap ni)...

Tahun ni dapat pulak bonus raya kan. Alhamdulillah rezeki allah. Kerajaan menunjukkan kemampuannya dan nyata mereka prihatin dengan kesusahan rakyat. Ya lakan kalau macam saya yang tak stabil lagi pekerjaannya ni memangla harap2 juga..dah 2 3 tahun tak beli baju raya. Tapi tahun ni pun tak beli jugak kot sebab nak jimat..huhu..pakai apa yang ada..kalau nak beli pun kat suami lah kot sebab dia asik pakai baju raya  2 3 tahun lepas..saya ada gak mertua siapkan baju dr kain kain lama saya yang dah lama tak bersentuh..

Alhamdulillah juga tahun ni abang dapat Anugerah Khidmat Cemerlang. Dapatlah duit lagik. Masa SKT dulu memang ketua jabatan dia rekemenkan untuk AKC tu. Alhamdulillah memang ia adalah rezeki yang tak disangka-sangka. Ada satu kisah yang saya rasa adakalanya sikap suami tu betul. Bukan apa, saya ni memang jenis kuat melawan kot..Yala kalau orang tu salah atau menyalahkan saya, saya memang menjawab. Tak kiralah bos ke apa..Menjawab jugalah untuk backing diri. Tapi baru-baru ni Big boss abg panggil..bukan ketua jabatan tapi ni yang head office tu. Kebetulan ada silap apa ntah abang mengaku gak kesalahan orang yang dipanggil sebelum ni sebab tak mahu panjangkan keadaan sebab orang tu dah kena panggil dan dah kena sebelum ni. Tapi bila dijawab begitu big boss ni cakap.."saya bagi awak AKC pun sebab tanda minta maaf sebab TUDUH awak MENCURI dulu"..Suami cakap dia diamkan saja sebab dia tahu ketua jabatan yang shorkan dan dia lebih banyak/mostly bekerja dibawah ketua jabatan. Abang diamkan saja dan malas menjawab sebab semua dah kenal benar sikap boss.

Kadang-kadang bila berdepan dengan orang yang begitu, diam dan ya kan saja lebih baik..Biarkan dia menang untuk menang..Prof muhaya pesan jangan pentingkan penilaian orang tapi selalu fikir apa perkara baik dan berfaedah yang kita boleh beri hari ni..

Alhamdulillah, mulanya saya minta oven kecik je..yang reganya cuma 69 je..sekali oven tu last stock kemudian rosak pulak..ish ish..jadi abang kata takpalah ambil yang besar sikitlah sebab yang harga bawah 100 semua habis..mulanya macam taknak beli sebab lebih 100..Suami selalu cakap saya ni tak munasabah..nak barang yang murah-murah..contohnya kalau cari baju, ada tak yang 5 ringgit..kalau cari baju anak anak ada tak yang 2 ringgit. Abang kata takde dah orang nak jual semurah tu..Nak murah tapi tak munasabah abang kata..

Abang kata belilah oven yang 149 tu..takpalah..di belikan juga dan tambah mixer supaya saya tak susah lagi untuk buat mayonis dan kek..Hihi best..Terima kasih abang..Dah lama tak beli apa-apa perkakasan lektrik kat rumah..TV pun belum berganti..Terima kasih sangat-sangat abang sebab belanja ayang..pasni boleh la buat roti, piza, kek..seronoknya buat sendiri..puas beri anak dan suami makan. Sebab bila buat sendiri kita boleh pilih dan yakin apa barang yang kita guna..seronok kan..



Monday

Solehnya!!!

Assalamualaikum semua sahabat yang disayangi kerana allah..:)

Selamat berpuasa semua. Semoga tahun ni, kita dapat jadikan ramadhan ini, ramdahan untuk buat transformasi diri untuk jadi ibu, wanita dan anak yang solehah. Kita buat semuanya dengan betul..Tutup aurat dengan betul. ibadah dengan betul, bak kata biarlah menjadi serba serbi betul..

Mudah-mudahan kita semua dapat berpuasa dengan seronok-seronok, sihat dan paling penting kita keluar dari ramdahan ini dengan mendapat keampuanan dari allah. Disitulah hari raya akan bermakna, bukan bermakna dengan salinan pakaian baru, langsir, cat rumah dan keduniaan semata-mata..

Dr muhaya kata hari raya ni jika kita beli 8 pasang baju tak seronok sebenarnya..tapi cuba kita pakai 2 pasang saja dan 6 lagi beri pada orang, ituah keseronokkan sebenar..ada nikmat disitu

Ooo, raya lambat lagi...Jomlah kita tambah2 ibadah dulu..

Alhamdulillah tahun ni puasa dia awal trimester pertama takda apa yang bermasalah. Alhamdulillah juga saya kalau mengandung tidak ada masalah yang berat dan memberatkan..loya-loya tu biasalah..tapi saya akan lawan..kalau tak jenuhlah tak dapat masak..selalunya mula-mula saja bila nak masak tu loya..cam tak lalu nak makan dan bau..tapi bila dah masuk mulut ok saja..Alhamdulillah.

Sempena ini juga saya mohon maaf pada sahabat-sahabat semua pada apa-apa perbuatan yang melukakan hati. Mudah-mudahan kita masuk ke dalam ramdahan dengan dosa dengan orang kita dah minta maaf...Tak seronoklah tunggu raya kan..sebab bulan ramdahan ni kan bulan ibadah..tak best kalau kita masih banyak dosa dengan manusia....

Seperti tahun-tahun sebelumnya juadah berbuka, saya pasti akan masak sendiri. Jarang yang amat nak beli di kedai atau bazar..Adapun mungkin air kotak atau air tebu..Dalam sebulan mungkin 1-2 kali saja kami membeli makanan...

Selalunya saya akan masak ala kadar saja..takda yang istimewa sangat. Hari pertama tahun ni bersahur dan berbuka di rumah mertua. Hari kedua baru berbuka dirumah. Semalam saya masak mee kuah dengan ketayap. Air buat bandung soda. Kemudian goreng donut yang dibekalkan oleh mertua untuk anak-anak...
Alhamdulillah bila anak-anak makan dan suami makan dan puji sedap, kira spesellah tu..:)

Semalam agak kepenatan sebab mengemas rumah dan dapur. Kami berbuka jam 7.20++ disini. Alhamdulillah siap makan dalam pukul 7 45 tu saya dan suami duduk-duduk sekejap nak bagi makanan turun, tapi sebab badan penat sangat saya tersengguk-sengguk dan terlelap.

Kemudian tak lama lepas tu saya rasa kaki saya diurut-urut..Memang kaki saya lenguh sebab time mengandung selalunya memang macam tu..Saya ingatkan apa bendalah yang dok urut kaki saya tu, sekali bukan mata saya lihat Umar sedang sapu minyak dakam di betis saya..

Ohh terharunya..Masa tu suami saya pun terlelap juga...hihi..masing-masing macam penat sangat semalam. Saya terus peluk Umar dan cakap dengan dia "Terima kasih, terharu sangat Ummi, solehnya Umar ni"....Kemudian Umar sapu minyak di kaki dia pula. Saya cakap dengan Umar "Meh sini Ummi sapukan"

Kemudian saya baring kejap dalam bilik. konon nak baring kejap tapi terlelap lagi. Masa tu Umarlah yang manjaga adik. Dia betul-betul jaga Ammar. Bila ammar buat danger action dia terus  cakap "adik ni"..bila Ummi bangun nak lihat Umar cakap "takpe-takpe ummi, biang abang tengok.."

Allahuakbar, saya terharu lagi..saya cakap lagi benda yang sama pada Umar. Kemudian saya terus bangun untuk magrib. Saya cerita kat suami dan dia terus peluk Umar. Dia cakap "Adakah sebab bisikannya ketika Umar sedang tidut petang tadi.."

Masa saya wuduk Umar nak mandi. Selesai wuduk saya biarkan Umar mandi dulu. Suprisingly, saya lihat Umar ambil berus lantai dan tonyoh lantai bilik air..Kemudian selesai solat saya masuk ke bilik air. Umar pun dah selesai mandi. Saya lihat berus lantai tu Umar snagkut balik ke tempatnya...

Malam tadi banyak sangat perkara yang Umar buat...Seronok dan terharu..Ummi harap Umar dapat jadi contoh yang baik untuk adik-adik semua..Sayang Umar..Biarlah solehnya Umar berkekalan sampai ke akhir hayatmu...Amin