Monday

Kad Raya Istimewa



Zaman teknologi canggih ni jarang dah orang nak hantar kad raya. Sekarang semuanya mudah dihantar dengan ucapan melalui facebook ataupun SMS. Tapi saya tetap menerima kad ucapan paling mahal didunia ni :). Mak dan adik-adik hantar kad raya pada kami sekeluarga disini. Mak siap pos duit raya kat cucu-cucu jugak. Saya tahu mereka semua rindu sebab tahun ni saya tak dapat pulang beraya disana walaupun pada hari raya kedua. Tahun ni memang giliran beraya di rumah mertua. Tapi selalunya walaupun beraya disini mesti dapat juga balik pada hari kedua raya. Memang dapat bonus tapi ditolak keperluan wang itu ini yang wajib dibayar sebelum raya dan yang perlu disimpan sebab elaun belajar tamat bulan sepuluh macam tak dapat juga balik. Kesiannya mak dan adik-adik rindu :(. Tengok la gambar sebelah ni, mak siap tampal gambar kartun. Yang pakai baju biru tu bondala, yang budak lelaki tu Umar dan Ammar. Aduhai mesti mak rindu sangat. Insyaallah mak, kakak dan abang zaree akan cuba kona-kona budget ni. Biarlah tak meriah duit tapi boleh balik jumpa mak dan adik.Sob sob sob. Bila tengok kad raya ni sedih sangat. Takpe insyaallah pasni mesti ada rezeki lebih. Allah tidak pernah menyusahkan diriku.

Friday

Ummi Sorry : Ammar Jatuh

Memang tak dapat nak maafkan diri sendiri hari ini. Saya tak sangka tindakan saya meninggalkan Ammar dia atas sofa sementara nak basuh botol dan bancuh susu menyebabkan Ammar terjatuh dari sofa.  Muhammad Ammar bermain di bahagian tepi pemegang sofa agaknya. Main panjat-panjat seperti nak naik motosikal tu. Saya percaya mulanya akan okay sebab Ammar dah tahu bahaya tempat tinggi. Dia tahu kalau dia buat sesuatu yang boleh menyebabkan dia jatuh. Tapi sangkaan saya silap sebab dia hanyalah anak kecil yang masih tak mampu mengawal langkah dan mengimbangi badannya. Walaupun dia tahu untuk menilai keadaan tapi dia tak mampu mengawal pergerakkan dirinya dengan sempurna. 

Kali ni memang mendebarkan, sebab dahinya pecah darah, hidungnya tercalar dan lebam, gigi susu yang baru nak tumbuh luka dan tempat penyambung gusi dan lidah juga luka. Yang membuatkan saya cuak dan menangis ialah hidungnya berdarah!!

Selalunya bila Ammar jatuh  cuma lebam sedikit sahaja. Tapi kali ni dari dahi, hidung dan gigi ada luka. Saya telefon suami tapi suami tengah meeting jadi saya tak sampai hati nak bagitau. Tapi bila darah di hidung keluar lagi saya terpaksa telefon lagi dan bagitau. Suami balik dan bawak anak ke Pusat Kesihatan Universiti.
Alhamdulillah takda apa yang serius. Tapi untuk anak kecil jika anak terjatuh dan ada simptom serius seperti sawan, berdarah atau muntah memang kena ambil berat. Malah kalau bengkak menjadi terlalu sakit dan mengelembung dengan teruk juga ke ambil serius sebab anak kecil sangat "fragile". Apapun boleh jadi serius akibat terjatuh. Walaupun ketinggian tidka sampai sekaki.

Malah Ustaz Kazim pesan kalau anak atau diri kita ada sakit-sakit banyak, cuba ingat balik kita pernah jatuh terhantuk bahagian belakang kepala atau tidak. Sebab bahagian belakang kepala banyak kawal saraf badan. Kadang2 sakit kaki atau perut berpanjangan disebabkan bahagian otak di belakang kepala gagal mengawal /lupa untuk urus saraf tersebut akibat dari kita terjatuh. Jatuh terhentak di bahagian belakang kepala yang serius boleh mengakibatkan hilang ingatan yang serius. 

Alhamdulillah, Ammar tak apa-apa. Kalau anak jatuh dan kita melihat keadaannya teruk kena segera bawa ke hospital. Memang saya tak dapat maafkan diri sendiri. Ohh pasni harapnya semua akan okay dan takde dah jatuh jatuh ni..Na'uzubillah. 

Lagi satu ibu bapa kena ada pengetahuan asas bantuan kecemasan dan ilmu untuk kenalpasti kecemasan. Penting! sebab bila tak tahu kita boleh jadi super panik. Kat rumah pun mesti ada alat-alat asas untuk bantu semasa kecemasan. Contohnya termometer. Perlu tahu bila jadi kecemasan sekiranya anak demam dan suhu meningkat contohnya. Bila suhu meningkat 40 darjah ia dikira kecemasan dan anak kena segera bawak ke hospital jika kaedah cooling dengan air/ais tidak berkesan. Lagi contoh ialah penyedut hingus untuk anak kecil. Jika selsema teruk peralatan ni boleh membantu melegakan hidung anak dan membantu dia bernafas. Selainya macam handyplus, salap dada (century, vick), pek ais/ais dan sebagainya perlu ada.

Begitulah seorang ibu bukan saja ibu dirumah, tapi dialah doktor, jururawat dan penenang bagi ahli keluarganya. Belum lagi sebagai perangcang kewangan, penasihat fesyen, chef, penasihat diet dan makanan dan berpuluh lagi macam tugas..Tough kan jadi Umi?? Apapun kejadian hari ni janganlah berulang lagi..

Pasal bayi jatuh boleh panjangkan bacaan ke Bayi saya jatuh tapi Ok


Thursday

Merdeka

Ini sebahagian tulisan yang dipetik dari ceramah Ustaz Kazim Elias. Nak kongsi bersama-sama pembaca lebih lebih lagi tentang merdeka. 
************************************************************************

Perkara-perkara mungkar tu banyak yang dibaca oleh Nabi sebelum baginda wafat. Nabi baca diatas mimbar dari Subuh hingga ke Asar. Nabi baca perkara - perkara yang akan berlaku hingga ke hari kiamat. Kata sahabat siapa yang yang kuat ingatan akan ingat, siapa yang kuat lupa akan ingat sebahagian saja. Nabi guna Mimbar setiap kali ceramah. Bukan guna setakat khutbah Jumaat sahaja. Tapi senario di Malaysia mimbar berharga 60-70 ribu tapi guna Jumaat sahaja dan diketika hari-hari raya.

Nabi pesan dalam khutbah yang panjang perkara-perkara mungkar tu apa maka siapa yang melihat perkara mungkar hendaklah dilarang. Diterangkan perkara-pekara maksiat yang banyak dimana di akhir zaman perkara maksiat tidak dianggap maksiat dan perkara ibadat pula dianggap maksiat. 

Penyanyi menyayikan 2-3 lagu dapat perolehan 17 ribu. Agaknya sebab tu mak ayah berlumba-lumba nak jadikan anak jadi penyanyi. Ustaz pula yang ilmunya guna sampai ke akhirat kurang di beri pengiktirafan. Sekarang nilai penyanyi tu tinggi malah tidak dianggap maksiat bila penyanyi diberi pengiktirafan dan anugerah yang bermacam-macam dan mewah.

Bila cakap pasal merdeka apa yang anak muda kita faham dengan merdeka. Adakah countdown tu merdeka? Kemudian bunga api tu bunyi macam bom. Padahal di zaman jepun dulu bagi tok nenek kita bunyi mercun tu menakutkan. Tapi anak muda hari ini lepas bunyi mercun jerit merdeka!! Anak- anak muda ambil bendera dan letak belakang motor kemudian bawa keliling kampung. Adakah itu merdeka?? Bagi anak muda kita merdeka tu rilek-rilek, lepak-lepak, nyanyi-nyanyi sampai pagi dan tidor tepi jalan.

Tok janggut yang digantung kepala dibawah dengan pakai cawat sahaja. Datuk Maharajalela dibunuh dan digantung. Pumtum digantung, Raja Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles, Ngah Ibrahim tak dapat balik ke Perak meninggal tanam di Singapore. Kenapa mereka sanggup bersusah payah, sebab nak tengok bangsa dan agama kita kuat.

Sambutan merdeka bukan setakat lekat bendera dikereta atau ditepi-tepi jalan. Bagaimana penghayatan merdeka itu sendiri. Ngah Ibrahim tak pernah minta rakyat hisap dadah. Datuk Bahaman berjuang bukan minta orang melayu terima rasuah. Mat Kilau tak minta kita jual tanah kepada bangsa asing. Dol Said tak pernah harap orang melayu mengkhianati orang melayu. Tok Janggut tak bercita-cita agar islam dipandang rendah oleh masyarakat lain. Abdul Rahman limbong tak pernah pun bercita-cita dalam hati dan jiwanya nak lihat orang melayu sesama melayu bergaduh.

Apa makna sambutan merdeka jika semangat perjuangan perjuang dahulu di diketahui dan dihayati. Sepatutnya dalam bulan merdeka ni buang semua unsur-unsur penjajah. Semangat cintakan negara harus dipupuk. Buat lagi banyak cerita-cerita merdeka. Tiap-tiap tahun cerita sama saja, bukit kepong, leftenan adnan dan senarainya boleh dibilang sedangkan drama british banyak sangat. Macam mana nak rasa cinta pada negara dan menghargai kemerdekaan. 

************************************************************************
Apa makna sambutan merdeka? Betul cakap ustaz kazim, perlu ada banyak usaha untuk kembalikan semangat cinta negara dan menghargai kemerdekaan. Salah satunya filem-filem mengisahkan cerita merdeka dan perjuangan pejuang lama. Bagi saya sendiri bila melihat filem - filem tersebut memang jiwa ketika itu terisi dengan semangat. Tapi lama-lama kelamaan ibarat bateri yang tidak dicas ia kembali lemah. Begitulah pada hari ini , buang segala sifat kepartian dan asabiayah. Memang sukar untuk membawa jiwa anak muda hari ini untuk menghayati makna merdeka kerana mereka tidak pernah mengenal erti susah. Lantas, perlu ada satu perkara baru yang dapat membuatkan kita cinta pada Malaysia. Pada hari ini apa yang ada di Malaysia yang boleh buat anak muda rasa cinta dan sayang pada negara???