Monday

Kangkung oh kangkung

Kangkung goreng
Antara makan kegemaran saya dan suami ialah kangkung goreng. Kalau makan berlaukan kangkung dan ikan goreng pun dan cukup menyelerakan. Resepi saya mudah saja. Saya percaya rama diantara kita mneggemarkan kangkung goreng. Tambah-tambah lagi kalau kangkung goreng belacan. Kalaula saya tak alergik belacan, sudan tentu saya goreng dengan belacan. Wow, rasa terliur dan sungguh sedap..

KANGKUNG GORENG SAYA (2 orang)

Kangkung dalam anggaran 20 pokok
*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sebiji cili padi/cili besar
*sedikit ikan bilis
minyak untuk menumis
garam

CARA MEMBUAT

Tumbuk semua bahan bertanda *. Panaskan kuali. Tumis semua bahan yang ditumbuk. Bila naik bau, masukkan kangkung. tumis hingga layu. Boleh masukan sedikit air jika nak berkuah. masukkan sedikit garam dan tutup api. Siap boleh dihidangkan.

Ekeke. saya percaya semua orang sudah tahu bagaimana menggoreng kangkung. Saja saya kongsi resepi saya. :)  sambil menunggu suami pulang untuk makan tengahari bersama. Lapar sudah ni..:)

Petang ni nak meneruskan aktiviti mengerat batang-batang kangkung yang masih di dalam peti ais untuk ditanam di laman rumah yang tanahnya seciput itu. Tiba-tiba terus bersemangat sebab kangkung yang ditanam melaui keratan batang dua tiga hari yang lalu sudah bertunas. Teruja sangat. Dalam rumah ada beberapa biji benih tumbuhan yang menunggu masa untuk ditanam. Tapi disebabkan tak cukup ruang dan kurang bajet nak beli pasu, benih-benih okra, tembikai betik, dan cili masih tersimpan tak terusik.

Seronok juga menanam ni. Pokok rosselle menunggu pasu yang baru. Pandan juga sudah membesar elok. Tapi seperti yang diberitahu, belum cukup bajet untuk membeli pasu. Pokok rossele perlukan pasu yang besar untuk ditanam. Teringat syifa yang suka air rossele asli yang dibuat. Benihnya kami beli dari pasar pagi khamis beberapa tahun dulu. Semasa kami sama-sama tinggal dirumah sewa.


Demi berjimat dan berusaha untuk menyimpan, aktiviti bercucuk tanam memang menyeronokkan. Teringat makcik cina dekat taman siswa. Ruang tanah rumahnya diguna sebaik mungkin. Malah dia menjaga tanamannya sebersih sebersihnya. :)

Tunggula beberapa minggu lagi. Bagaimana hasilnya tanaman kangkung saya ni. Harap2 menjadi. Dan yang penting jangan suka tanam je, sila jaga tanaman anda dengan baik ye nurul zakiah.

Muhammad Ammar sudah kuat!!!!

Pejam celik pejam celik Muhammad Ammar dah masuk 7 bulan. Sekejap saja masa berlalu. Perkembangan Muhammad Ammar alhamdulillah normal dan baik. Cuma kadangkala demam saja yang datang menjengah dan masalah selsema batuk yang sukar hilang.
Jika dulu Ahmad Umar pada usia 6 bulan sudah tumbuh gigi pertama tapi Muhammad Ammar belum lagi. Yang mengejutkan Muhammad Ammar sudah kuat untuk memapah dan memanjat. Habis kerusi dipaut dan berdiri dengan badan yang terhoyong hayang. Sedangkan Ammar belum duduk, malah merangkak juga belum. Tak boleh lepa dan leka sebab aktiviti baru muhammad ammar agak berbahaya sebab dia belum mampu nak tampung badan bila berdiri tapi ada hati nak memanjat dan membuat aksi2 lasak. Sudah dua kali terjatuh..tapi mujurlah ada toto atau bantal. Risau juga dagu tersangkut ke meja. haih.
 Seronok melihat ammar semakin aktif, tapi risau dan kadang2 tak tertengok keaktifannya. Kalau ikut buku perkembangan bayi, pada waktu ni baru nak belajar duduk. Harap-harap dalam masa terdekat Ammar boleh mengimbang badannya. Tumbesaran anak-anak sangat pantas. Kadang-kadang kita sendiri tak sempat mengikut rentak mereka. Alih-alih dek kesibukkan dan keperluan kerja tiba-tiba saja kita sedar anak kita sudah besar. dah masuk universiti dan tengok-tengok dah nak kahwin pula. huh. Cabaran masa di zaman material ini sungguh menekan. Semoga kita semua diberi allah kelapangan dalam apa jua urusan. lebih lebih lagi kelapangan untuk istirehat dan bersama keluarga. Lebih lebih lagi masa kepada Yang punya Alam ini.

Friday

Terima kasih Umi

Pagi semalam seperti biasa, selepas memasukkan baju2 dan CD kedalam beg, basuh botol susu dan sediakan bakul, siap masak oat utk abang sarapan, saya angkat anak-anak untuk diletakkan kedalam car seat. Mula-mula letak adik dulu, kemudian baru letak Umar. Saya pasang tali pinggang umar dan umar terus mengucapkan terima kasih. Sperti biasa saya cium pipinya dan dia bersalam dengan saya, dia ucapkan terima kasih pada kali ini.

Malam semalam Umar dah terlalu mengantuk dan ingin tidur dalam buai. Saya ayun buai guna tali yang diikat dibuai. Tapi Umar tak bagi, dia suruh pegang kain buai dihujung kakinya. Dia tersenyum sambil mengucapkan terima kasih..


Terharu juga. Terima kasih Ya Allah. Semoga tingkah laku baik ini berkekalan dan dapat menjadi contoh buat adik tersayang Muhammad Ammar :)