Thursday

Sajak Untuk Kakak : From nor zakinah

Surat  yang adik tulis masa last sem degree di UTHM

KHAS UNTUK KAKAK KU..

kakak…
kejayaan mu
kejayaan ku jua
jadi…
belajarlah rajin-rajin
adik yakin kakak akan berjaya
usaha dikerah takkan sia-sia
sebab…
kejayaan mu
kejayaan ku jua
kecewa mu
kecewa ku jua….

bahagia mu
bahagia ku jua..
jadi..
cubalah untuk ceria
adik tak mahu derita
adik tak mahu sengsara
sebab…
bahagia mu
bahagia ku jua
derita mu
derita ku jua..

Rindu mu
rindu ku jua..
every week call cakap asyik rindu saja
skrg dah last sem la..
adik pun rindu juga
mak n adik2 yang lain pun rindu juga
tapi…
kalau semua asyik rindu n menangis saja
tentu kakak kat sana jadi cacamerba..
jadi..
kami pakat2 buat derk saja
semoga kakak senang hati sentiasa…

tanggungjawab mu
tanggungjawab mu jua..
adik tak mampu untuk handle nya
kakak pilot keluarga
adik cuma co-pilot saja
zahida,izzati,asyikin jadi peramugari
udin jadi peramugara..
nak tahu sapa penumpangnya???
mak la…
layanan VVVIP tip top punya….

:::::ini bahagian yg paling penting:::::
dalam organisasi keluarga
mak jadi pengetua
kakak jaga pentadbiran n keselamatan..
zahida jaga bahagian kauseling..
adik jaga bahagian disiplin..
jadi….
kalau adik marah tu..
paham-paham aje la..
cari apa yang tak kena…
bukan nak marah saja-saja…….

to my sister..u know how happy our
family are..
even arwah ayah is not here anymore..
we are happy than ever..
ayah already make us useful…
like u always said..ayah is SUPERDAD..

so tak payah la dok sedih2..
family kita ok..
dont worry..jst go on with ur study..
kakak juga yang setkan lagu tema family
kita..
nyanyi cket…

:::i love u::::
:::u love me::::
:::we r hepi family::::
:::with de great big hug::::
:::and the kiss from me to u::::
:::wont u say u love meeee tooooo::::

masa tu kakak darjah 6 kot…nyanyi
satu rumah..tulis lagu tu kat mesin
basuh la..kat dinding la..
masa tu adik darjah 5..dalam
hati…"ee…geli btol kakak aku
ni.."but thats u…and u r jst look
exactly loving like that song..

actually..wut i want to say is…
after ayah gone…
both of us doing great job to our
family…
ok..
dont worry..be happy..
we miss u so much..

Friday

Salam Aidilfitri 2010< Mak Di Taman Permai>

Salam Aidilfitri 2010 kepada semua pengunjung blog. Salam kemaafan bagi setiap coretan yang mengguris hati sesiapa saja. Alhamdulillah Aidilfitri tahun ini dapat disambut dengan meriah bersama mak, suami, adik-adik serta anak-anak, walaupun pada tahun ini mak yang datang ke Parit Raja untuk beraya bersama kami. Ditambah lagi dengan kehadiran Muhammad Ammar pada tahun ini. Alhamdulillah, dengan kurnian sepasang Ahmad dan Muhammad dalam keluarga ini sangat membahagiakan.

Terima kasih mak sebab datang kesini untuk beraya bersama kami. Ada juga cakap orang mak menyembah anak, tapi kakak selalu pegang kata-kata mak, Insyaallah sekiranya hubungan kerana allah, walau jauh dan macam mana keadaannya, pasti ia akan tetap berasa manis. Terima kasih mak sebab mak sajalah yang bersungguh-sungguh untuk mengjenguk kami dan cucu cucu. Di tempat yang asing ini, hanya sahabat sahabat yang banyak membantu dan Alhamdulillah mak sangat memahami.

Insyaallah bila ammar dah besar sikit tahun depan, awal tahun bila mak cuti sekolah, kami pulak balik jenguk mak.

Dulu masa berdua dengan suami. Jika mak datang ke parit raja, hati ni sukar nak lepaskan mak balik. Bila mak naik bas, air mata ni dah berhambur keluar. Bila balik rumah, lalu saja bilik yang mak dan adik adik duduk, terhambur lagi air mata, dan aku akan menangis seperti anak kecil yang betul2 ditinggalkan emaknya. Tapi bila ada umar dan ammar, hatiku terubat dengan anak-anak. Air mata ku menitis juga sekejap mengenangkan mak bersedih untuk tinggalkan kami.


Salam Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir dan Batin

Thursday

Adik-Adikku Yang Disayangi

Buat Zakinah, Zahida, Wan, Izattie, Izzati, Asyikin dan Uddin
Adik-Adikku yang amat kakak sayangi. Hari demi hari kalian semakin dewasa dan ligat menerokai alam kedewasaanmu itu. Semakin hari semakin banyak pengalaman dan cabaran baru yang dihadapi. Kalian akan mendapat pengalaman dan pengetahuan baru dari segi pelajaran, kehidupan, keagamaan malah percintaan. Dalam dunia yang semakin mencabar dan melalaikan aku sendiri sangat risau melihat kalian melangkah. Kadang-kadang kalian melangkah gagah namun kadang-kadang jatuh juga.

Adik-adikku, aku ingin melihat kalian berjaya dan selamat dalam setiap urusan duniawimu. Apatah lagi urusan akhiratmu. Aku tidak mahu kalian terkecewa kerna perhitunganmu yang salah sedangkan kau tahu diwaktu itu perkara itu salah. Namun kau mengiyakan dek kerana nafsu dan terburu-buru.

Fikirlah yang paling baik dan matang. Kukuhkan dirimu. Jadilah orang berilmu.

Aku tidak mahu dikala tanggungjawab terbeban dan tergalas di bahumu, kau masih terkial2 dalam mengejar pekerjaan. Aku tidak mahu kalian menjadi mangsa kepada suami atau isteri dan keluarga yang tidak bahagia di masa depan.

Kakakmu sentiasa mendoakan kalian mendapat kebahagian didunia dan diakhirat. Dijauhkan dari kejahatan dunia yang melalaikan. Mendapat SUAMI atau ISTERI YANG BAIK dan KELUARGA MERTUA YANG BAIK. Mendapat pekerjaan yang baik.

Ya allah bertapa gusarnya melihat adik-adikku yang sempurna dicalarkan hatinya dengan orang yang baru dia kenali. Gusarnya sekiranya adik-adikku terluka dengan kezaliman dunia sekarang.

Adik-adikku fikirlah secara matang. Dahulukan yang patut didahulukan. Jangan terbuta hati....

Kakak sayang adik-adik semua. Kita patut berubah menjadi yang lebih baik dan menilai apa yang terbaik untuk diri. Jangan kerana nafsu kita gagal mengawal diri.

Hidup kita bukan hanya untuk kita. Suatu hari nanti kita akan punya anak dan keluarga. Mahukah dek kerana kesalahan hari ini, kita punya keluarga yang porak peranda di masa depan.

Bukan hanya kerana cinta tapi kena kukuhkan hidup dengan menjadi manusia berjaya!!!

Dalam percintaan, pemilihan pasangan itu penting. Pasangan itu yang akan membawa kita kepada zuriat yang soleh dan solehah. Pasangan juga yang menjadikan rumahtangga rukun atau tidak. Carilah pasangan yang mampu menegakkan agamanya. Yang ada peribadi dan prisip dalam kehidupannya. Yang bertanggungjawab serta dapat membela diri kita. Yang mampu menjadi ayah yang mithali kepada anak-anak kita. Yang bukan hanya mampu menolong isteri dan menguruskan hidup bersama.

Aduhai adik adikku. sungguh aku tidak mahu kali tercalar hati dek kerana tersilap memilih pada waktu ini. Diri kalian terlalu berharga untuk dikecewakan oleh lelaki/wanita yang tidak berguna.

Kalian ada akal untuk memilih. Pandanglah dengan mata hati.