Monday

Jikalau Tiada Hati

Jikaulau Tiada Hati
Nanti Jadi Macam Zombie

Jikalau Tiada Hati
Nanti tiada Kasih Suci

Jikalau Tiada Hati
Nanti Hati Pun Mati

Jikalau Tiada Hati
Allah pun Tak Diingat Lagi

Tapi Bila Ada Hati..
Ada yang Busuk Hati

Bila Ada Hati
ManusiaDengki

Bila Ada Hati
Asik Sakit Hati

Kenapa tak Jaga Hati...


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Ehh, Anak Kamu ni Kenan Beruk Ke???

Bila nak berdepan dengan cakap2 sesetengah orang tua seperti ini, terkedu la sekejap. Saya mencari-cari jawapan yang paling baik dan paling saintifik. Saya tak suka benar..!!!

Walaupun ada setengah orang tua yang tak pandai buat research dan menjawab secara saintifik tapi tolonglah jawab dengan berpandukan moral dan rasa lojik akal yang paling baik mengikut agama.

Pernah tak anda berdepan dengan situasi gambar begini..



Sesetengah bayi akan lahir dengan bulu yang banyak.Ia dipanggil "lanugo".Lazimnya ia tumbuh dimuka, belakang badan dan belakang telinga. Tapi ia adalah normal dan bulu2 tersebut lazimnya akan gugur selepas beberapa bulan..Ia bukanlah kecacatan atau terkenan. Selalunya memang semasa di dalam perut ibu bulu-bulu tersebut tumbuh ketika usia kandungan 32 minggu.

Bila bayi lahir dengan lanugo sebenarnya bayi tersebut lahir terlampau awal atau kekurangan lemak semasa di dalam kandungan ibu. Premature baby akan lahir dengan lanugo.
malah ia adalah tanda starvation bagi orang dewasa.

Dulu masa Amir Arieffudin (adik) lahir bulu di belakang telinganya sangat banyak sampai mandi pun telinga susah nak basah. Tapi mak tak pernah sebut terkenan apa2...Alhamdulillah ia hilang..

Memang menjadi kerisauan ibu bila lihat bulu di badan anaknya banyak. Tapi tolonglah bercakap perkara yang positif dan baik2...Kenapa mesti nak cakap Kenan beruk..Macam beruk...
Kang kalau jadi perangai beruk sapa yang salah..Mulut Mak juga....

Thursday

Coretan Buat En. Saiful Zaree

Sudah lama rasanya ayang terlupa
Sudah lama benar rasanya tidak mengucap cinta
Sudah lama juga ayang tidak membicarakan tentang cita-cita

Lama-lama hati jadi kosong
Lama-lama hati makin degil
Lama-lama hati pun resah juga

Hati masih cinta
Hati masih sayang
Hati masih kasih

maaf emosiku lebih dulu dari perasaan cinta kita
maaf emosiku lebih dulu dari semuanya

terima kasih kerana kau memahami
terima kasih kerana tidak mengungkit
terima kasih sebab cakap sedap je bila ayang tanya sedap tak lauk hari ni..
terima kasih kerana masak nasi bila ayang terlupa
terima kasih sebab buatkan susu umar setiap malam
terima kasih sebab sidai dan basuh baju
terima kasih sebab tolong kemas rumah sama-sama
terima kasih sebab bawak pegi makan mcd, beriani dan pizza
terima kasih sebab prihatin bila ayang sakit
terima kasih sebab kejutkan subuh bila ayang tak sedar sebab kepenatan
terima kasih sebab dodoikan dan tidurkan umar
terima kasih sebab tetap sayang dan sayang
terima kasih sebab mandikan umar setiap pagi
terima kasih atas segalanya