Tuesday

Nasihat Tentang Hijab



Wahai Saudari jangan Teperdaya dengan hasutan Syaitan
Sesungguhnya KEWAJIBAN hijab datangnya dari tuhan kita yang Maha Memberi
Kita telah mendengar kata kata ajaib saudari kita 
Ungkapan mereka yang tidak menyenangkan tentang hijab
Mengatakan diantara pakaian yang hitam gelap
Bagaikan diikat khemah diatas tengkuk
Kononnya mereka mengajak untuk membebaskan para gadis
lalu ditulis tentangnya didalam buku
Mereka melakar cara berhias yang kononnya tidak akan merugikan para pemuda

Wahai saudariku inilah lolongan pembenci umapama serigala
Maka nerakalah seburuk buruk tempat pembalasan bagi orang zalim
Allah akan membentangkan segala kezaliman mereka dihari perhitungan
Dan Surgalah sebaik baik tempat kembali



Saengil Chukha Hamnida-Happy Birthday Abang

Semalam 3 Oktober hari lahir abang. Saya cuma buat kek coklat kukus, sate goreng, nasi impit dan kuah kacang. Lagi satu ialah Air teh yang dijanjikan kerana air teh tengahari pagi semalam itu telah dimasukkan Elmo seperti yang diceritakan dalam entry Elmo Lemas.

Semalam adalah kali pertama wat buttercream frosting untuk kek. Sebenar tak jadilah rasanya, macam terlebih gula icing..Saya dapat resepi yang salah kot. Tambah2 takda electric mixer..lenguh tangan memukulnya. Abang yang banyak tolong pukul buttercream tu..

Kemudian pipping beg, taukeh kedai lupa masukkan dalam beg..Saya pun terlupa juga nak amik..Huhu..Jadi decorating jadi comot sangat..Tapi bolehlah,,sebab fisrt time lah katakan...

Alhamdulillah, dapat makan bersama dengan hasil air tangan sendiri...Selamat Hari Lahir Abang..Semoga Allah memberkati usia dan perjalanan hidupmu..Sayang selalu dari Isterimu yang setia..:) Alhamdulillah hari ini suamiku masih disisi....



Monday

Elmo Lemas


Elmo ni adalah hadiah dari seorang kawan.. Dah lama saya simpan dia. Sayang tau...Sekali tadi nak lunch dengan husband, kelam kabut sana sini..(makan, nak elak anak cepuk lauk itu dan ini..

Umar cakap kat saya "Umi, ni dah kat dalam"

Sekali pandang terus saya sebut "Masya Allah"

Elmo dah lemas dalam Air teh yang saya buat pagi tadi (Sejug)..Ada baki bawak tengah hari la..Taktahulah Umar atau Ammar yang menyebabkan Elmo Lemas...:)

Nak Buat camana..Takdapatlah husband Minum....Malam nanti lah ye Abang..

Hari ni 3 Oktober..Birthday Abang...

Elmo's Song--Feveret Anak2..

This is the song
La la la la
Elmo's song.
La la la la,
La la la la,
Elmo's song.

La la la
La la la la, la
La la la
La la la la, la

He loves to sing,
La la la la,
Elmo's song.
La la la la,
La la la la,
Elmo's song.

He wrote the music.
He wrote the words.
That's Elmo's song.