Friday

Hikmah sebuah Bencana

Bencana-bencana dasyat yang Allah telah turunkan

Muktahir ini, banyak bencana dan ujian berlaku. gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, ribut salji, banjir, di kala bumi semakin tua ini, cakaplah apa, pasti semuanya ada. Apabila bencana alam menimpa, pasti terjadi banyaknya kematian, kehilangan, kemusnahan malah kesugulan. Tapi hikmah Allah tu maha besar dan luas. Tak tercapai akal bila bencana besar terjadi. Kita mungkin nampak Allah datangkan kesedihan tapi kita mungkin tidak sedar mungkin Allah sedang menitipkan kesedaran, kebaikkan, kasih sayang atau apa saja yang kita tidak jangka. 

Kenapa Berlaku Bencana

Kenapa berlakunya bencana, kita sebagai manusia sukar untuk menelah. Hanya Allah yang tahu hakikat sesuatu perkara kerana Allah maha mengetahui. Dari sirah lampau, terjadinya sesuatu bencana kerana allah ingin menghapuskan kaum yang ingkar, Ingin memberi ujian untuk melihat iman hambanya, sebagai peringatan kepada manusia dan banyak lagi sebab musabab yang hanya Allah yang tahu.Dan kini manusia melakukan semua dosa yang telah dilakukan oleh kaum yang lampau. Hanya tunggu masa atau allah sedang beri masa untuk hamba-hambanya sedar dan bertaubat.

Pengajaran Dalam Hidup

Dalam hidup juga begitu. Allah akan timpakan ujian demi ujian dalam pelbagai bentuk. Mungkin kita menghadapi kematian. kemuflisan, kesugulan, keresahan hati, datangnya penyakit dan lain-lain. Pastinya allah turunkan ujian dengan hikmah yang pebagai. Sukar untuk menelah tetapi sebagai manusia yang tidak buruk sangka pada Allah kita harus percaya semua ini kerana Allah sayang. Allah sayang sebab Allah nak tengok tahap iman kita, Allah sayang sebab Allah nak letak kita dikalangan orang yang sabar, Allah sayang sebab Allah nak ajar kita supaya kita insaf, Allah tetap sayang.

Dulu masa ayah baru meninggal, saya sering berkalau-kalau. Astagfirullah, bila ada yang menegur berkalau-kalau itu maksudnya kita tidak redha.

Dalam menghadapi ujian dan kesedihan, tidak salah kita menangis dan bersedih. Macam Dr Tuah cakap "Frust boleh tapi sikit-sikit saja"

Tapi yang paling penting bila kita terkena ujian nilailah diri dan cuba kembali kepada Allah dengan seikhlas hati. Saya sendiri bukan seorang yang sabar. Apabila dihimpit sesuatu perkara saya boleh berdiam tapi bila diasak saya sendiri akan melakukan sesuatu yang tidak wajar. Walaupun ia nampak seperti betul tapi sperti kata Dr 'Aidh  kita mungkin terluka dengan persoalan-persoalan yang kita hadapi tapi perbaikilah diri dan allah akan redha.

Mudahan allah beri rasa rendah diri dan lebih takut menghadapi azabnya. Mudah-mudahan suatu hari nanti akan lahir sifat ikhlas dan kasih yang mendalam.  

Thursday

CJ7-Hakikat Sebuah Kehilangan Seorang Ayah

Abang selalu sebut pada saya,saya tidak takut pada kehilangan kerana saya tak pernah merasai sebuah kehilangan. Betul kah begitu??? Kenapa abang cakap macam tu, hihi sebab mula2 kahwin, saya paling kuat merajuk dan selalu cakap nak balik kampung dok ngan mak saya. Pernah packing beg dah. Abang sedih sebenarnya sebab kisah hidupnya yang sendiri. Sorry bang. Saya isteri yang tidak solehah ketika itu. membiarkan hasutan beraja dan menyulam bibit bibit derhaka.

Baru selesai tgk CJ7.Tau tak pada siapa ingatan saya di saat ini. Tentulah Ayah....:) Cerita ni mengingatkan diri saya padanya....sangat2..

kalau dapat result yang bagus, masuk pertandingan bercerita, menang saguhati pertandingan melukis DIDIK pasti ayah beri pujian yang besar.Paling ayah bangga bila saya dapat ke Kuittho/UTHM. Ayah cakap kat semua orang. Nampak sangat ayah gembira. Tapi tak lama. Pas satu sem saya di Kuittho, allah lebih dulu jemput ayah. Saya baru tunjuk result yang baik pada ayah. Ayah gembira sebab anak ayah dapat 3 pointer lebih. Lepas ayah takda sem 2-5 result merudum. Atas kesedaran sendiri cuba bangkit dan grad diploma dengan pointer cukup makan 3.00. Kalau nak cerita sehari semalam pun tak dapat habis kebaikkan ayah.

Ingat lagi masa sekolah. Ayah selalu elak untuk kesekolah dan nampakkan diri ayah. Macam CJ7 tu ayah kata, nanti ayah memalukan anak-anak ayah. Tapi kami selalu cakap pada ayah, ayah lah hero kami. Lagipun muka ayah macam jackie chan. Ayah akan tersenyum senyum malu. Kalau ayah merajuk ayat ayah hensem macam jackie chan paling berkesan. Ayah belikan laptop atau apa saja yang kami nak, kerana dia ingin kami rasa apa yang dia tidak pernah rasa. Walaupu ayah soal macam polis bila minta sesuatu tapi dalam masa singkat atau lama pasti ayah beri. Ayah selalu taknak ambil gambar. Jadi gambar bersamanya sikit. Dia kata ayah bukan sapa-sapa.

Kali terakhir dan pertama selepas saya dewasa dan baligh, saya cium pipi ayah dan peluk ayah pada umur 19 tahun dijeti kuah ketika ayah hantar saya naik ferry untuk balik ke Kuittho. Dan itulah yang terakhir.  Saat saya peluk ayah saya dapat rasa mungkin kali ni adalah kali terakhir ayah akan berjumpa dengan saya. Saya rasa saya yang akan tiada. Balik Ke kuittho setiap malam saya hadiahkan yasin pada ayah dan mak. Ketika itu terdetik dihati saya biarlah hadiah yasin ini jadi pembantu buat ayah dan mak jika ada apa2. Dua minggu selepas di Kuittho saya dikejutkan dengan berita kematian ayah. Saya mendapat berita di stesen bas Batu Pahat. Meraung saya nak balik langkawi sebab tiket bas semua habis. Kebetulan masa tu, esoknya adalah 1 ramadhan.

Saya dan kawan saya madiha dari UTHM ke batu pahat asalnya nak cari barang-barang untuk sahur dan berbuka. Dalam perjalanan kami nampak kemalangan yang sangat ngeri. Tangan terputus di atas jalan. Mangsa kemalangan terdampar di tepi jalan dengan kaki yang putus diletakkan di atas dadanya. Saya masih ingat lagi dadanya tercungap-cungap nyawa nyawa ikan. Lantas hati saya terdetik kau selamatkan hamba allah ini. Sampai di stesen bas, saya terima panggilan. Seorang lelaki suruh saya telefon ke rumah, dan ketika itu berita sedih sampai ketelinga.

Melilau cari tiket tak jumpa, kawan satu sekolah dulu, Adam dan Nazron minta tolong kawan hantar saya ke Melaka dan dari Melaka, maklang dan paklang bantu saya untuk balik bersama ke Langkawi dengan menaiki kapal terbang. Dalam perjalanan saya tetap tahan air mata. Saya tanam dalam hati saya ayah masih hidup. Tapi bila sampai rumah wachah, saya nampak jasad ayah. Ayah sudah tiada. Saya meraung ketika itu kerana terlalu sedih. Kali terakhir berjumpa ialah 2 minggu yang lalu. Mujurlah ada yang marah kerana saya menagis begitu kuat. Lantas saya ambil yasin dan baca hingga ke pagi. Sekali sekala saya usap tangan ayah, saya harap sangat berlaku keajaiban dan ayah hidup kembali. Masyaallah. Adik saya sentuh bahu saya dan dia bisikkan ke telinga. "kakak, ayah sakit". Saya hanya mampu menitiskan air mata.

Oleh kerana ini kes kematian pertama dalam keluarga, dengan urusan hospital dll ayah dikebumikan pagi esok. Kesian mak, dia begitu terkejut dan kelam kabut. Semua anak-anak tidur disekeliling jasad ayah. Rasa nak peluk ayah kuat-kuat. Ayah takda ramai anak lelaki bersama mak. Hanya uddin. Masa tu uddin baru berumur 6 tahun. Kalau ikutkan hati nak saja, saya mandikan ayah, uruskan kapan ayah atau turunkan jasad ayah ke liang lahad. Tapi saya tak boleh sebab urusannya dilakukan oleh imam dan orang kampung. Jika mak dan anak-anak perempuan buat, belum tentu berdaya dengan tenaga dan emosi yang sangat2 teruk. Ingat lagi masa tu uddin berumur 6 tahun. Ketika solat jenazah dia sendiri bangun dan seolah2 memahami untuk menyolatkan ayah. Walaupun tidak tahu, dia ikut perlakuan satu persatu. Uddin tidak menangis, sehinggalah saat ayah diturunkan ke lahad, dia memeluk saya dan menangis semahu-mahunya.

Bermula era krisis dalam keluarga. Bukan mudah untuk melaluinya. Hilang ayah bagai hilang pokok yang kuat bagi kami berteduh. Semua orang melayani kesedihan dengan cara yang sendiri. Alhamdulillah berkat kesabaran mak, dan dekatnya diri pada allah emak dan anak-anak kembali pulih perasaannya. Ketika di asrama sya paling hargai ketulusan kak bani dan derq yang sangup meminjamkan bahu untuk saya menangis bila teringatkan ayah. Saya ingat lagi mak derq kata " makcik suka derq duk ngan awak sebab derq kata awak asik baca buku". sebenarnya mata saya tengok buku tapi lansung tak boleh fokus apapun. Kalau makan nasi saya boleh menangis secara tiba-tiba kerana terlalu rindu. Kerana kehilangan ini berat bagi saya, dengan sendirinya saya sukar untuk menangis lagi kerana tidak ada yang paling sedih dari rasa kehilangan ayah. Hinggalah saya bertemu abang dan berkahwin, air mata ini kembali senang untuk dicurahkan.

Kalaulah cerita hidup saya ini boleh jadi macam CJ7 tu.Nak ja minta CJ7 tu hidupkan ayah.Bolehke? Katun tentulah boleh tapi realitinya.????
Saya masih ingin melihat dan menatap wajah ayah.
Saya masih ingin mencium tangan dan pipi ayah.
Tapi takdir allah itu lebih besar rahmat dan hikmahnya.
Siapa yang yang menginginkan sebuah kehilangan.Semua org tidak mahu.Saya sememangnya takut kehilangan semua orang yang paling saya sayang. Mak, abang, anak anak dan adik-adik...I really cant imagine my life without them. Tanpa ayah kerinduan ini sudah cukup memeritkan.Ayah selalu cakap, macam mana pun biarlah ayah pergi dulu. Mungkin ayah tak mau menghadapi SEBUAH KEHILANGAN.

Kadang-kadang mulut dan hati ni memang selalu menyebutnya tapi saya tak mahu Itu hanya lah emosi saya yang melampau. Sorry Abang.
Tgk CJ7 aku teringat betapa besar kasih sayang ayah.
Dia sanggup berkorban segalanya.
Dia sanggup bersusah payah untuk kami.
Ayah selalu sebut, di dalam hidup ini dan di dunianya yang sepi itu dia hanya ada mak dan anak-anak sebagai peneman dan penawarnya.

Ayah,
Sampai saat ini ku merindui dan memerlukan rimbun kasihmu. Dia siapa yang setandingmu.
bahagilah dikau di sana
Doa jua ku kirimkan buatmu.

Saya percaya siapa saja yang bergelar ayah pasti akan memikirkan yang paling baik untuk anak-anak. Setiap ayah adalah unik dengan gaya tersendiri. ayah yang mithali, penyayang dan beperanan sebagai ayah pasti tetap menjadi HERO dimata anakanda tercinta. 

Tuesday

Cinta ku Kepada CintaNYA

Kadangkala cinta membutakan mata... kadangkala ia menyesakkan jiwa... CINTA, IMPIAN, TANGGUNGJAWAB dan PERANAN.
Aku mengharapkan cinta yang bisa membawa cintaku kepada-NYA
Setiap insan mengimpikan CINTA yang sempurna...
Namun bukan mudah untuk menunaikan tanggungjawab terhadap CINTA
Tetapi peranan CINTA memberi kesan besar pada jiwa.....
Kadangkala pada suatu detik kita merasa kita sudah berjumpa insan yang sekufu dengan kita.. Kadangkala kita merasa sangat CINTA kepadanya.
Namun siapalah kita yang hanya seorang hamba untuk menafsirkan hati ini.. Mungkin bagi Allah ia bukan yang terbaik untuk diri....
Apakah usaha itu terbaik untukku.. Apakah ini akan menjadi turning point untuk diri..
mujurlah ABANG seorang yang memahami....
Aku tidak mahu lagi gagal menafsir hati dan diri sendiri....
Aku tidak ingin kehilangan peluang untuk diri sendiri walau hakikat yang jelas .

Aku bukan seorang pemuja CINTA...
Namun di hati ini aku tahu CINTA perlu ada..

1.Cinta yang dapat membawa cintaku kepada-NYA
2.Cinta yang aku perlu hambakan dan abadikan pada seorang insan bernama SAIFULZAREE
3.Cinta yang melahirkan aku sebagai seorang puteri yang bernama NURUL ZAKIAH
4.Cinta selamanya buat UMAR dan AMMAR
5.Cinta berpangjangan buat AYAHANDA dan BONDA
6.Cinta Untukku berikan kepada INAH, IDA, ATI, SYIKIN dan UDDIN
CINTA..CINTA..CINTA..CINTA.....

Rasa cinta perlu ada bagi makhluk yang bernyawa.

Akan ku usahakan biarpun x semulia khadijah tetapi biarlah ALLAH merestuiku menuju solehahnya khadijah.. insyaALLAH