Thursday

Umar dan Cloth Diapers -CREDIT to DERQ

Wahh, sangat pening nak wat application software untuk STEP-NC ni... paling pening relationship antara entity semua..Nape ni..BLURR...

Aduh rehat japla dengan menulis pengalamanku menggunakan Babyland Cloth Diapers ni setelah Derq mnenanyakan di Wall ClothDiaper Babyland. Secara amnya, pengalaman menggunakan Cloth Diaper amatlah menyeronokkan dan menyenangkan..

Mula2 masa cloth diaper baru diperkenalkan harganya sangatlah mahal. Sekeping CD dan 1 Insert berharga RM60-RM80 1 set. Jadi dalam percaya dan tidak percaya terhadap keberkesanan CD tak belila, sebab mahal sangat...


Membeli CD
Then baru2 ni dalam 2, 3 minggu lepas Derq promote2 tentang CD yang dia jual. Harganya jauh sangat murah.

Babyland CD Button + 2 insert = RM27
Sweet Flute Minkee + 2 insert= RM33.

Pastu derq offer kalau beli 5 dapatlah diskaun

Babyland CD Button + 2 insert=RM24
Flute Sweet Minkee + 2 insert=RM30

Lagilah teruja nak beli. Jadi saya cuba 5 CD. Beberapa hari kemudian sampailah CD2 tu ke rumah. Sebagai mana tip yang Derq beri sebelum guna CD, saya basuh 3 kali. maksdunya 3 kali basuh dan kering. Ini untuk 'mengajar' CD dan insert lebih menyerap basahan hasil buangan anak-anak kita yang comel itew. Buakan tahi yang comel tapi anak kita tau.


Tujuan Membeli CD
Sebenarnya memang nak beli CD memandangkan anak kedua akan lahir tak lama lagi..MAMI POKO is out of range. Tak mampu lak nak beli MAMI POKO sehingga kedua2nya besar. Jadi keluarkan sedikit simpanan untuk CD. Lagipun CD2 tu leh guna sampai adik2 yang lain.


Pengalaman Pertama
First time Umar pakai CD, saya ingatkan Umar tak kencing pun bila bukak CD keesokkan pagi. Rupa-ruoanya air kencing Umar semuanya diserap ke insert. Permukaan CD sangat kering malah warna kuning pun takda. Saya sangat teruja dan dengan semangatnya terus basuh CD dan insert2 tersebut. Huhu sebenarnya salah satu concern tidak membeli CD ialah :
  1. Takda Diapers leh lawan Mami poko. Takde duit pun tetap pakai mami poko. Sebab sian peha anak melecet dan punggung berpeluh
  2. Malas nak basuh CD.
Tapi dengan CD2 tersebut saya tidak menipu bahawa ia setanding dengan mami poko dan punggung umar tidak berpeluh.


Membasuh
Nak membasuh pun sangat senang. Sebab masih dalam percubaan saya cuma basuh tangan saja. Samaada di sinki bilik air atau kat kitchen. Kadang2 pakai shower gel atau sunlight sahaja. Sangat mudah mencuci. Kalau anak berak, saya buangkan najis ke dalam toilet dan terus sental pakai tangan dibawah aliran paip dengan shower gel. Sekarang dah hantar taska basuh terus dalam mesin basuh. Pakai Mesin Basuh lebih cepat kering. Tak lama pun tunggu untuk kering. Lagilah seronok.


Jadual Pemakaian
Dalam sehari Umar pakai 4 CD dan 8 insert lebih kurang. Kadang-kadang saya cuma tukar insert sahaja disebabkan permukaan CD masih kering.



Sekarang dalam proses penukaran ke CD Sepenuhnya sebab stok kedua dari DERQ dah sampai..

Overall saya sangat Puas Hati..BEST!!! Berbaloi untuk anak yang dekat2 ni..ekekeke...
Kalau nak beli leh tanya ngan saya atau contact terus dengan DERQ di

ClothDiapers Babyland, DeRq SyuHadah di FaceBook atau

http://cutebabynsuch.blogspot.com/


Wednesday

Duitku DuitMu -Notes From Semanis Kurma


Dalam sibuk dan menyibuk dengan kerja-kerja research yang banyak, tertangguh dan kabur ini, sempat jugak tengok Semanis Kurma kat Catch TV9. :)

Kali ni saya ambil note apa yang Ustazah Bahiyah dan Ustaz Wan Akashah Tulis. Nak buatla Himpunan Nota2 berguna kat sini. Nanti tak Lupa..Saya dengar saya Lupa, Saya Buat Saya Ingat...

Panel Jemputan Kali ni 4 Orang. Pasangan Suami Isteri Ahmad Idham dan Pakcik Zul.Episod kali ni berkisahkan Hal Nafkah kepada Isteri dan Anak2 dalam Tajuk Duitku Duitmu. Maksudnya Duit Suami duit isteri juga. Dan Duit Isteri Duit Suami Tidak Sepenuhnya. Namun begitu atas dasar perkongsian hidup sebagai suami isteri saya percaya kepada perkongsian dalam apa jua perkara.

Yang nak tergelaknya, tetapi mendalam juga erti bila pasangan pengacara berpantun

"Mula-mula kahwin suamilah hero, Belanja ditanggung tak perlu diminta, Lama-lama kewangan dah jadi zero, Isteri juga yang menderita"

Dari pantun tu sendiri kita dengan jelas dapat fikir bertapa besarnya impak terhadap isteri jika pengabaian hak nafkah ini berlaku. Ia adalah satu penganaiyaan.

Kenapa Suami Perlu Memberi Nafkah. Ada 5 sebab iaitu:

  1. Akad nikah yang merupakan tali pengikat antara suami dan isteri
  2. Isteri adalah dibawah kekuasaan suami
  3. Isteri Wajib Taat kepada suami
  4. Perintah daripada Allah
  5. Amanah Daripada Ibu Bapa Perempuan.
Saya nak highlightkan perintah allah dan amanah daripada ibu bapa perempuan. Sebagai lelaki bergelar suami adakah kita tidak berasa malu jika kita khianat dengan suruhan allah dan amanah ibubapa isteri. Perlu dingatkan, walaupun isteri tidak melakukan kerja rumah suami wajib beri nafkah. malah isteri bukanlah babu. Nabi sendiri kata kalau mampu kena sediakan pembantu rumah untuk bantu isteri.

Antara perkara wajib yang allah sebut sebagai nafkah bagi isteri ialah:

  1. Tempat tinggal tang suami mampu
  2. makan
  3. pakaian dan termasuklah
  4. pendidikan
  5. perubatan
Pakcik Zul sebut buatlah ikut kemampuan suami. amatlah memalukan kiranya suami lansung tak kerja atau kerja tapi tak bagi nafkah, malah makan lak duit isteri sesuka hati. Saya paling suka bila dia sebut:

"Sikit cara sikit, banyak cara banyak"

Ada satu pemanggil menelefon bertanyakan soalan tentang isterinya yang ingin bekerja sedangkan ia mampu untuk menyara keluarganya. Suami concern yang sekiranya isteri bekerja takda siapa nak jaga anaknya yang ramai.

Saya suka pendapat ahmad idham. Sebagai suami isteri, perlu duduk berbincang secara baik dan telus. Jangan menggunakan kuasa veto suami tapi sebaliknya kena ada researve untuk bertanyakan dan memahami kenapa isteri minta sesuatu. Jangan terus mengeluarkan perkataan awak "hak saya kena ikut cakap saya." Isteri juga manusia. Malah perlu seadilnya memberi peluang untuk isteri kerana zaman sudah berubah. Contohnya sekarang Perempuan mempunyai pendidikan yang tinggi. Beri peluang kepada isteri untuk membuat apa yang telah dia pelajari dahulu. Mungkin isteri terlampau sunyi atau bosan di rumah. Daripada isteri idham plak, sekiranya risau anak-anak terabai, boleh buat kerja yang dekat ngan anak-anak. contoh mengajar atau pilih kerja yang bukan 8-5.

Ustazah wat lawak tentang nafkah suami isteri ni...

" Isteri bagitau suami "Bang-bang, cuba tengok langsir rumah kita ni, dah 3 tahun dah tak tukar", sekali esok tengok suami tukar sport rim" tak adil kan....

Kesimppulan dari perbincangan yang hangat itu ustazah dan ustaz menyebut yang 100 % tanggungjawab pemberian nafkah adalah tanggungjawab suami. Suami yang kena tanggung malah suami yang kena jawab depan allah esok2 di akhirat. Besar pahala suami namun sekiranya isteri membantu meringankan beban suami, bersyukurlah dan amat bertuahlah suami.

Dan apapun masalah yang terjadi didalam rumah tangga semak hubungan kita dengan allah dan ibu bapa.

"Anda buat Anda Dapat"


Penderaan Suami terhadap isteri


Tuesday

Anak Lelaki Tak Payah Buat Kerja Rumah

Sebelum tu didedikasikan buat Encik Saiful Zaree although he do not know much but He has learn a lot to manage our marriage, kid and home. Thank You so much for being such a good husband and helping me a doing the housechore..You are my VERY BEST BUDDY!!!!

Kali ni, saya rasa macam nak tulis tentang didikan anak lelaki dan anak perempuan yang berbeza dan berat sebelah dalam masyarakat melayu. Mungkin ramai yang tak menyedarinya tapi berat sebelah tersebut membuatkan wanita dan lelaki punya watak yang sangat berbeza dari segi rasa tanggungjawab dan kebolehan untuk menguruskan rumahtangga. Sedangkan hal urusan rumahtangga hendaklah dilakukan secara bersama. Tetapi, dapat dilihat dengan jelas hal rumah tangga banyak diuruskan oleh wanita dan lelaki hanya menyediakan wang dan mengikut apa yang telah dirancang oleh suami.

Ni saya Quote dr FB member..Bila menjadi Ibu dan Isteri :

" I Am A Mother, Wife,Graduate Research Assistant, Chef, Cleaner, Laundry Maid, Babysitter Cum Nanny, Teacher/Ustazah, Lawyer, Nurse, Driver, Personal PA, Home Designer, Nutritionist, Motivational Speaker, Fashion Stylist, Storyteller, Banker, And Manager! I Don't Get Holiday Pay, Sick Pay, Or Days Off. I Am On Call 24 Hrs ..."

Alhamdulillah sekiranya pasangan yang dapat menggembeling tenaga untuk menguruskan rumahtangga. Seronok sangat jika suami dan isteri dapat menguruskan rumah tangga bersama-sama. Banyak yang dapat diringankan dan dimudahkan.

Berbalik kepada cara orang melayu mengajar anak lelaki dan perempuan tentang urusan rumahtangga, sebenarnya kita sendiri boleh sebut yang selalunya anak perempuan, kita akan ajar anak mengemas rumah, menjaga adik, menolong emak memasak malah kebanyakan kerja rumah, anak perempuan pasti menolong. Oleh itu, anak perempuan lazimnya terdidik dengan rasa tanggungjawab, prihatin dan peka dalam menguruskan rumah tangga.
Tapi anak lelaki kita jarang sangat nak suruh dia jaga adik, tolong mak masak, tolong kemas rumah sebab sentimen dalam masyarakat melayu anak lelaki tak perlu buat kerja rumah tapi anak perempuan..

sebab tu ada suami2 yang boleh cakap kat isteri kerja rumah ni orang perempuan punya kerja...sebab dia pun tak tau nak buat apa lam rumatangga tersebut.
Saya rasa ini sangat salah sebab rumah tangga terbina dengan kerjasama dan peranan kedua2 suami dan isteri. IA akan lebih bahagia dan romantik sekiranya suami isteri share housechores. Penat memang penat kalau isteri buat kerja tanpa bantuan suami tapi isteri pun dah tak larat nak cakap dan minta tolong. Suami masih takde kesedaran..Kena ketuk baru jalan..

Kalau boleh cakap kat suami takpala, ni ada yang kalau cakap kena maki hamun adala..

Dalam hal urusan rumahtangga, suami dan isteri kena plan apa yang yang nak diuruskan dalam rumah tangga. Dari segi kewangan, pendidikan anak, housechore, malah apa semua yang terkandung didalam rumah tangga perlu dibincang dan dilakukan bersama. Dan kemudiannya untuk lebih teratur dah mudah diikut tulis semua dalam bentuk jadual.