Friday

Pernikahan Inah



Alhamdulillah akhirnya nor zakinah selamat di satukan dengan pilihan hatinya tanggal 11 june 2010. Dalam debaran adikku menantikan saat berbahagianya aku juga resah melihat adakah suaminya pilihan yang paling tepat untuk membimbing dan menjaga sepanjang hayatnya.

Agaknya debaran ini jugalah yang dirasakan oleh mak baik pada pernikahan aku dan inah..

Seumpama seorang ayah yang berdebar-debar melepaskan anak gadisnya ke tangan pemuda yang baru dikenali berbanding dirinya sebagai bapa yang telah menatang, menjaga dan mendidik anak gadisnya sejak dari dilahirkan sehingga saat dia bergelar isteri.

kenduri kali kedua ni mak lah yang paling penat. inah juga begitu. sampaikan inai dipakai sejam sebelum majlis. Namun alhamdulillah dengan pertolongan suami,tok Pakcik sham, makcik ani, maklang, pak lang dan semua adik-adik2 baik adik kandng dan adik-adik sepupu semuanya berjalan lancar. Terima kasih sangat atas pertolongan semua orang.

mudah-mudahan inah berbahagia dengan suaminya.Sama-sama menyahut cinta allah dengan tautan cinta kalian. Rahmatnya terbuka luas. Namun dalam gembira, siapkanlah diri untuk melayari pancaroba alam rumah tangga. Ia perlukan semangat kedua pasangan. Dalam rumah tangga suami isteri harus main peranan yang besar. Zaman mencabar dimana isteri terpaksa berkongsi beban mencari nafkah, isteri perlu mencari ruang agar suami tidak mengambil kesempatan atau terlalu manja kerana fitrah isteri aku adalah hak suamiku dan isteri selalu mengalah...

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. insyaallah kalian akan berkekalan. harapnya pandailah manage hidup bersama mak, dan adik2 di bawah satu bumbung dengan suamimu tercinta.

Thursday

KAMI ADALAH KAMI- SELAMAT HARI BAPA AYAH...

Setelah ayah meninggal tanggal 16 11 2001, setiap ahli keluarga terpaksa menggantikan tugas2 ayah. Bukan setakat Mak tapi aku, inah, ida, ati, syikin dan uddin terpaksa berkorban sesuatu.

Semasa hayat ayah, dialah perancang kewangan keluarga, dialah penasihat dan pemujuk, dialah yang menguruskan kepeluan makan minum, dialah pemandu dan dialah semua.

Kebergantungan kami kepadanya sangat tinggi. malah bila ayah meninggal, semuanya ambil masa untuk disesuaikan bila mak fobia nak bawak kereta, terpaksa menyusun kewangan yang selama ini ayah yang uruskan. malah untuk melenyapkan kesunyian bila dia tiada sangatlah payah.

melihat sisa rambut yang tertinggal selepas ayah gunting rambut di bumbumng kereta bahagian driver, tulisan ayah, baju bajunya membuatkan air mata berjurai jurai turun tak dapat ditahankan. Sesungguhnya hingga saat ini kami merindui ayah.

Mak berbanding ayah sangat jauh berbeza. Mak dengan cara mak yang selalu 'Senang saja'dan direct speaking berbanding ayah yang sangat berhalus. Namun gadingan keduanya membuatkan kami ingin bersama mereka selalu.

namun selepas ayah tiada semua orang terpaksa menjadi ayah. bukan mak saja..

Tapi yang paling banyak berkorban adalah nor zakinah adikku yang tengah. Dia sanggup duduk dengan mak, menjaga mak, keperluan dan memantau adik-adikku.

Sekarang mak dah pindah ke perlis semata-mata nak jaga tok yang duduk sorang. Bab ni syikin ngan uddin yang paling banyak berkorban.

Ditambah mak fobia nak bawak kereta, budak JAHAT di sekolah ramai dan kefobiaannya dibuli budak2, inah terpaksa menangguh hajat untuk mencari kerja kerana kesiankan mak.

selang sehari mak akan bergilir2 tidur dirumah tok sebab nak teman tok. malah hari minggu, minggunya di rumah tok. udin dan ikin duduk berdua saja pada malam hari..

rumah tok dan sekolah mak agak jauh. jadi bila inah hantar mak dia akan stay juga di sana sebab nak hantar mak ke sekolah pada esok pagi.malah kalau ada kelas tambahan pada hari cuti dan hari minggu inah akan tunggu mak dari kelas mula hingga tamat sebab mak minta. mak takut kalau anak2 muridnya buat perangai.
belum kira mak nak lawat cik zan, mak nak kursus, nak kesana sini. Inah dah cukup penat.setelah inah berkahwin tugas semua jatuh kepada asyikin. entah dapat ditunaikan atau tidak bila syikin pun tengah struggle dengan SPM.

Lagi 3 tahun saja lagi mak nak pencen. kesian mak, bila tukar sekolah kena berdepan dengan segerombolan manusia yang kurang didikan dari rumah. Berbanding masa di langkawi budak pandai dan baik ramai tapi budak jaht sedikit. namun di seberang ramai budak baik boleh dikira.

Semoga apa yang mak korbankan mendapat keberkatan di sisi allah. moga tiada cacat celanya sebab sedikitpun mak tak pernah merungut. malah dalam marahnya terhadap kami walaupun kami yang buat perangai mak yang terlebih dulu memujuk. Apatah lagi nak bercakap buruk tentang orang.

Begitu juga ayah, dalam cercaan di masa hayatnya, dia sanggup benarkan mak balik beraya dengan tok saban tahun dek kerana malu dengan kata2 orang. namun sedikitpun dia tiada dendam..
ayah selalu pesan "dalam apa jua keadaan ayah cuma ada mak, dan hampa anak-anak..apa yang hampa buat jangan pernah lupakan mak.."

Rindunya ayah..rindunya mak..

Selamat hari bapa ayah..semoga ayah berbahagia di sana. ya allah kasihanilah ayahku sebagaimana dia telah berjaya, menyayangiku dan mengasihaniku dari kecil. ampunkanlah dosanya dan jauhkanlah dirinya dari siksaan kubur dan api nerakamu yang dasyat. Amin..

Berpantang Sendiri

Adik insyaallah akan lahir pada 11 july 2010 paling awal. Namun begitu doktor bagi dua date as i not sure with my last menstrual date.

Tahun ni nampak gaya akan berpantang ngan suami je . Kesian plak nak suruh mak datang ke Batu pahat semata2 nak jaga saya dan anak. Tambah-tambah time tu bukan cuti sekolah. Insyaallah kali ni mungkin dapat berpantang dengan lebih baik sebab masa berpantang setelah melahirkan Umar dulu pun berpantang kira sendiri gak la kot. lepas umar lahir, Ida dtg bantu, tapi hal Umar macam mandikan saya yang buat. Ida datang seminggu saja, kendian saya la yang uruskan diri sendiri sementara nak tunggu mak datang minggu ketiga pantang yang kebetulannya cuti sekolah.

insyaallah kali ni mungkin lebih baik kot..cuma harap takdala komplikasi yang teruk yang membuatkan saya terpaksa menyusahkan mak di perlis dan suami yang cuma cutinya tinggal 20 hari saja kini..

Tapi perancangan untuk persedian pantang ni :

  • Pertama-tamanya mesti nak cari tungku besi hitam. Renyah lah pakai tungku2 moden atau stim ni. Nak panaskan lama tapi tahannya tak smpai 10 minit. Di parit raja susah nak cari tungku hitam tu sebab kebanyakkan orang sini makan jamu. Insyaallah balik perlis minggu depan mungkin dapat cari.
  • Abang dah kena start belajar masak yang ringkas2 cam sup ayam, sayur sawi. Alhamdulillah kalau takat masak nasik dan goreng ikan/ayam/telur abang dah expert.
  • Rumah dah kena start kemas sekemasnya. bilik untuk anak kena siapkan. Baju2 lama umar kena basuh dan kelaskan. Baju baru adik dah siap basuh dah.
  • Bengkung dah ada. Pakai yang zip zap tu je. hihi
  • Jamu mungkin tak kot, insyaallah makan supplement saja. To worried to take jamu sebab kandungannya serbuk akar kayu yang boleh merosakkan buah pinggang. Bila dah ada history kena kencing berdarah dulu takut nak konsum sesuatu yang mungkin ada kesan kepada buah pinggan. tapi kalau dapat air rebusan akar kayu dr mak ok gak la kot.
  • Hubby dah plan nak bagi makan ikan haruan banyak2 untuk legakan luka. kalau tak dapat yang segar mungkin beli poleney tu je la kot. macam time umar gak.
  • Kendian mesti beli pain killer dan krim untuk cepat sembuhkan luka. Manala tau terbesalin kat BP GH. Diorang memang tak bagi pain killer. taktaula kalau masa Umar dulu saya takut2 nak minta ke..terlupa nak minta ke :) tu yang derang tak bagi.
  • Masa pantang nanti kena makan oren banyak2 agar mudah nak berak.
  • Air pun kena minum bnyak..
So far sama sajala kot cara berpantang. Macam masa umar jugak la kot.Barang2 bersalin pun dah siap masuk bag. kalau ikut history dan bila doktor dah assume i have big baby, mungkin bersalin awal gak kot...Untuk bersalin, rasanya dah pilih johor maternity kat kluang. Malas nak pikir cakap2 orang, harapnya oklah kot bersalin di situ dan suami dapat teman. Tawakal kat allah sajalah. Kalau terbesalin di GH hati ni dah bersedialah jugak walaupun Fobia masih ada lagi..:)

Kepada sesiapa yang mengenali saya doakan la ye. Maaf atas kesilapan yang membuatkan kawan2 semua kecik hati..kalau2 ada bagitaula dan saya mohon maaf sangat2.

Tak sabarnya nak bersalin ni. semoga semua berjalan lancar je...