Tuesday

Rebutlah Gelaran Ikhwan

http://www.weblagu.com/11-Rebutlah-Gelaran-Ikhwan-id-Z21Zc1ZzQk0.html

Mawaddah -Rebutlah Gelaran Ikhwan

Rebutlah gelaran ikhwan di akhir zaman
Yang disabdakan dari lidah Rasul junjungan
Agar kita menjadi orang yang membuktikan
Golongan yang baginda rindukan

Tika para sahabat itu bertanya
Siapakah yang diberi gelaran itu padanya
Membara cemburu di hati mereka
Hingga menitiskan airmata


Lantas baginda menyambung lagi
Ikhwan itu mengamalkan sunnahku
Bagai menggenggam bara api
Dan mereka amat menyintaiku
Sekalipun tidak pernah bertemu

Ukhwah mereka bagaikan susunan batu bata
Saling menguatkan di antara mereka
Umpama satu ibu dan satu ayah
Fikiran, keyakinan dan keselarasan

Perjuangannya ibarat singa di siangnya
Bagai abid pula di malam harinya
Ruhbanu fillaili wa fursan finnahar
Gelaran yang baginda berikan.

Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan
Mereka pilihan di atas pilihan
Bilangannya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan
Kerana dosa amat dihindarkan

Tika para sahabat itu bertanya
Siapakah yang diberi gelaran itu padanya
Membara cemburu di hati mereka
Hingga menitiskan airmata


Luar biasanya taqwa Ikhwan
Kerana taqwanya diberi pertolongan
Kerana taqwanya diberi rezeki
Dan dunia diselamatkan Tuhan

Wahai pencinta-..pencinta kebenaran
Yang menagih janji Tuhan
Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman
Ia tawaran yang tiada tandingan

Kalaulah ada oven...

Saya memang suka memasak di rumah untuk anak-anak dan suami. Memang susah nak makan di luar..Suami saya cakap saya ni terlebih paranoid...kadang-kadang dia bengang kalau saya tak bagi beli sebab saya lihat orang yang jual tu terlebih rugged..tak tutup aurat atau sedang buat aksi tak sepatutnya macam baru baru ni ada orang jual air tapi sambil tunggu pelanggan dia usap perut dia sambil baju dia nagkat ke dada..belum masuk paranoid bab pelaris dll..huhu teruk gak..tanggung sendiri le..masak semua kat rumah..

Nak sangat ada oven tapi tak cukup duit lagi. Sejak pengukus telah dipecahkan tudungnya oleh seekor kucing dah banyak bulan tak buat kek coklat untuk Umar dan Ammar.  Nak makan pulut kukus ngan durian pun tak boleh..waaaa..dah le musim durian ni...kat parit raja ni mana nak jumpa pengukus rega 16 ringgit macam yang kat wang kelian tu..:)

Kalaulah ada oven..saya nak buat biskut untuk anak-anak..nak buat pizza..nak buat roti burger..banyaknya benda nak buat..:)

Tentu anak-anak suka..:)

Sekarang ni buat biskut goreng je..resepi mak..mak ajar sejak saya kecil lagi..masa tu darjah 3 kot..darjah 4 buat sendiri dan bawa ke kelas untuk jamuan akhir tahun kot..kawan-kawan suka sampai saya pun tak sempat nak amik sikit....

Cakap pasal biskut dan kek..ayah memang encourage anak-anaknya memasak. Dulu ayah selalu belikan tepung kek yang ready made..cuma tambah telur saja..mula-mula ayah buatkan..kemudian kami plak buat. Ingat lagi masa saya buat tu, kurang masak..Ayah tetap kata sedap dan ulang makan sampai habis..huhu itulah ayah tak sedap pun dia kata sedap...nak encourage anak-anak..

Hmm..bila leh beli oven ni..kena tunggu kerja gaji ok sikit kot...ade sesapa nak bagi oven?? hihihi

Monday

Norlina ALawi

Saya pernah menulis tentang Kak Nor Alina Alawi ni pada 2011 dengan tajuk Dia sanggup bela 50 anak.

Beberapa minggu lepas pada 6 Jun Kak Nor Alina Alawi datang ke UTHM..Saya nekad untuk pergi tapi langkah saya mati sebab saya tahu saya akan menangis teresak-esak hanya dengan mendengar namanya sahaja..Sungguh...

Jadi saya tunggu, untuk melihatnya di UCiTV UTHM..Bila saja mendengar pengacara menyebut nama Ketibaan Kak Nor Alina Alawi masuk ke dewan, saya di depan laptop ni terus sebak dan air mata saya jatuh..Tambah plak soundtrack sedih la plak kan..

Kalau saya bercakap dengan suami dan menyebut nama kak nor alawi ni memang saya akan menangis sambil bercerita..

Kenapa saya begitu sebak...Menjadi ibu dan bercakap tentang anak cukuplah kita berasa sebak dan terjatuh air mata...inikan pula kisah kak nor alina alawi ini yang menjaga anak-anak seramai 50 orang tanpa ORANG GAJI..

paling sebak ketika anak-anaknya dipanggil illahi..

Meruntun benar hati ni..Carilah pasal kak nor alina alawi ni..doakan kesenangan dan kebahagian untuknya.. Bantulah jika mampu...


UIA-Parit Raja 9 Jun--is my Bday..:)


Kita ni Hamba Allah atau Hamba Duit?
kalau takda duit hamba Allah akan tenang tak gelabah..kalau hamba duit takda duit lupa Allah

Masuk Syurga dengan perbuatan. Bukan hanya dengan perkataan
Orang beragama akan buat amalan untuk masuk syurga..Tak boleh pakai kalau hisap dadah atau minum arak bila tanya nak masuk syurga atau neraka di jawab nak masuk syurga...syuga itu diperolehi dengan Perbuatam bukan hanya Perkataan..

Thursday

Keluarga

konvo ida di shah alam..Adik memang macho man..:)
sambut bday ida, mak dan uddin..masa ni masih menyewa di taman manis..mak tau kakak lom cukup stabil..mak datang masa cuti sekolah tengok kakak di johor..

Raya di rumah baru Taman Permai..mak datang raya di Parit Raja...

mak tengah kira duit raya..kat belakang yang pakai tudung pink jugak tu tok..lamanya tak jumpa dia..sebab dah lama tak balik perlis..rindu jadinya...

ni ayahanda..dah lama pergi jumpa allah....rindu sangat..masih terasa hangat salam dan pelukannya.rindu masakkan ayah..ayah pandai masak sebab dia chef...ayah juga demi chef dan departie chef..bab siang ikan ayam ayah ajar dr kecil2..
teringat first time masak sayur sawi letak tomato..ayah kata itulah sayur paling sedap di dunia..tapi ayah turunkan ilmu kalau sayur sawi dengan tomato tak ngam..tak sesuai sawi ngan tomato...tapi ayah asik puji inilah masakan tersedap..hihihi..
ayah cakapnya selalu terkesan..selalunya bila ada sesi cakap-cakap dengan ayah, belum sempat apa2 bila ayah tanya "anak-anak ayah ada masalah ke?" terus nangis tak tentu pasal..bukan sebab takut tapi kata-kata ayah selalunya buat anak-anak terharu dan lembut hati..
ayah oh ayah..:)..ayah cuma percaya kak long saja..kalau nak kluar boleh kluar dengan kak long saja..:)

Yang baju biru tu mak mertua saya..Baru sudah buat baju jubah sama-sama..Alhamdulillah keadaan amat baik sekarang ni..we have great time together as MIL and DIL..Rindu mak di perlis, tak sabar nak balik raya jumpa mak..:)



adik beradik...kami lima perempuan dan seorang lelaki...adik seronok sebab ramai kakak...semua kakak manjakan dia..umur 13 tahun masih kakak atau mak yang sikatkan rambut..:) tentu adik sunyi ayah takda.. ini kat rumah tok...
mak masa konvo izzati..alhamdulilah semua dah masuk u..uddin masih kat sekolah menengah...
syikin yang baju biru..tengah tunggu panggilan universiti..baru abih matrik...Rindukan bila cakap pasal keluarga..



Friday

gajah sama gajah

Pernah tak dengar bila gajah bergaduh sama gajah pelanduk mati ditengah-tengah..

hebat sekarang ni ..macam mak ayah nak sekat anaknya panjang langkah, potonglah atau catulah elaun bulanan....

sama le juga kes sekarang ni...
Yang jadi mangsa anak bangsa jugak...
UNISEL dan KUIS tu macam anak yang mak ayah dia potong duit elaun la..

KUIS tu majikan Ustaz Don tau....Ustaz don pensyarah disitu..
sapa minat ustaz don angkat tangan!!!
Saya!!!

Cakap pasal ustaz Don teringat ustaz azhar pulak..kemudian ustaz kazim kesayangan hamba juga...semua mereka dah jadi fenomena...esok Ustaz azhar datang parit raja ..plan nak pergi tapi dengar dr dalam kereta je.almaklumlah Umar dan Ammar juara xplorace..agak2 BN rasa terancam tak dengan fenomena ni...agak2 depa nak buat tak macam depa buat kat Dr Asri dulu...:(

berbalik hal UNISEL dan KUIS

Takkan la takleh beza mana satu politik, kepentingan anak bangsa dan agama..bukan semua agama tu politik..tapi politik tu kenalah ikut agama..

kalau betullah depa nak jaga hak anak-anak bangsa tentu mereka fikir andaikata PR tak mampu (tapi saya percaya depa mampu dan saya doakan mereka boleh agar dapat buka mata rakyat dan BN), tentulah mereka tidak sesekali akan memperjudikan hak anak-anak..sedih la pulak..saya berterima kasih dalam banyak hal yang saya perolehi dibumi malaysia ini.ya rezeki itu hak allah tapi terima kasih la juga walaupun tak sebesar pujian kepada allah untk mereka yang menjadi wadah agar rezeki itu tersampai kepada saya...tapi tak bermaksud saya suka dengan kesalahan yang mereka lakukan...

Rindunya islam yang benar bertapak di malaysia ini...rindunya islam yang benar pada kepimpinan hari ni...rindunya

sedih..:(

Lupa gamaknya walaupun tak menang di beberapa negeri, rakyat disitu masih bayar cukai itu dan ini...zakat lagi...

Sian la tengok..buat benda yang makin mengundang kebencian..Daripada senamam punggung, sebutan haram jadah dan ntah apa-apa yang tak munasabah..eloklah ye..buatla lagi..

dah macam buat perangkap untuk diri sendiri...


http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/ptptn-tarik-balik-pembekuan-pinjaman.html

The Dumbest Thing that i've ever made!!

Tajuknya saja dalam bahasa Inggeris...Isinya dalam bahasa melayu..:)

Aduhai, Agaknya Allah gertak saya setelah sekian lama tidak ditimpakan bencana buat diri ini dan ketika itu baru terkesima dan mahu muhasabah diri tentang segala dosa-dosa.

Semalam, setelah 8 tahun membawa kereta tanpa kemlaangan oleh diri saya sendiri, saya terlanggar seorang penunggang motorsikal dan anaknya. Mujurlah tidak jatuh.

Sebaik saja sampai disimpang antara jambatan taman melewar dan jalan dekat sekolah pistas puding , saya dah berhentikan JKU sebab ada kereta dan motor..saya tunggu semuanya clear dan kemudian saya mula bergerak. Tapi memang saya pun tak tahu macam mana boleh berlaku dan ntahla saya dah lupa dan tak tahu nak cerita detik tu saya dah telanggar sebuah motor. Dah tahu terlanggar saya berhentilah terus dan turun dr kereta kemudian melulu ke pakcik dan anaknya..mujurlah tak jatuh ke apa..Saya terus peluk anak perempuan dia dan minta maaf sangat-sangat..Saya tak sangka yang diorang ada..air mata mula keluar...bukan takut sebab saya salah tapi risau sebab saya terlanggar diorang..patah riuk ke apa...arghh sungguh saya tak tahu macam mana boleh berlaku..Pakcik tu mula-mula nampak saya terusla marah..'eh awak tak nampak ke, awak langgar anak saya!' tapi bila nampak saya peluk anak dia dia slow down ..mujurlah..kalau tak,tak tahulah bagaimana nak terangkan pada dia..Kereta di tengah-tengah jalan jadi saya minta izin nak alih...

tahu tak apakah perkara paling bodoh itu???? Saya tinggalkan anak-anak didalam kereta dengan enjin tidak dimatikan dan saya berada bebereapa meter dari tempat kejadian..saya sibuk periksa kaki anak perempuan dia dan mujurlah tak ada apa..cuma luka segaris...

Bila dia beri no phone , kami berpisah disitu dan bila saya duduk saja dalam kereta terus terlintas dan hati saya bagai disiat-siat...saya terus cakap dalam hati "Masyaallah anak-anak aku..aku tinggal dalam kereta dan biarkan enjin hidup!!"

itulah rasanya perkara paling bodoh saya buat antara yang bodoh bodoh.. Saya tak handle situasi dengan betul.risaukan orang lain tapi saya lupa nak care tentang anak...sedangkan sebelum ini saya memang pastikan pintu kunci dan enjin mati kalau nak tinggalkan anak sekejap..itupin pergi kedai yang dekat dan bila masuk saya nampak mereka dalam kereta. Hilang duit takpa tapi kalau hilang anak..Saya pernah cakap dengan suami..memang seronok kalau allah ambil ank kita awal sebab depa tak payah nak hadap pancaroba dunia dan pasti masuk syurga tapi dalam pada itu kekalkah keseronokan dunia bagi kita sebagai ummi dan ayah....apatah lagi kalau hilang diambil orang yang jahat..Na'uzubillah...

Sedih saya bukan sebab JKU rosak tapi sebab kebodohan saya dan saya rasakan Allah beri warning sebab saya leka dan menurut nafsu dalam dosa-dosa saya...

Rabiatul Adawiyah mahu mati dan rindukan mahu berjumpa Allah kekasihnya...Sedangkan saya bila benda ini berlaku semakin takut mahu berjumpa tuan punya ruh ini kerana saya kenal diri saya...

Allah....sperti Allah beri warning dan pastinya setiap bencana itu ada hikmahnya,,,

saya baru telifon pakcik tu dan alhamdulillah semuanya ok. Dia pun dah tak marah lagi. Perkara dah settle tapi JKU lah tercedera..Sian JKU...Tunggulah bila ada rezeki saya baiki kamu ya JKU....Insyaallah....

Thursday

Masa depan Malaysia?

Kata Imam Ghazali..
"Jika Mahu Melihat Masa 
Depan Sesebuah Negara, 
 
Maka Lihatlah Keadaan 
Anak Mudanya Pada Hari Ini"

Tuesday

Tak tahu bila Allah nak panggil...

Bila ada anak kecil di panggil Allah, beruntungnya dia sebab syurgalah tempat tinggalnya
Kalau ada anak remaja yang soleh dan solehah meninggal, untunglah juga kerna dia tak punya banyak dosa.

ntahlah bila tertulis di luth mahfuz saat ajalnya kita
sedetik ini
sejam lagi
esok
lusa
tahun depan
bila?

makin difikirkan makin diri ini banyak yang tidak bersedia..
menghadapi alam kematian yang lebih panjang dari kehidupan

andaikata tidak sempat bertemu
mafkan diriku

andai tidak terus bersatu
redhailah diriku

andai tidak lagi dapat menantap wajahmu
jadilah anak-anak yang soleh wahai amjadku.

semalam aku terbangun dari tidur
setelah terbau satu haruman yang sangat kuat wanginya
Apabila terjaga haruman itu serta merta hilang
tapi baunya lekat dihidungku
aku tanya suami adakah dia juga bau yang sama?
tidak katanya..

pagi-pagi telefon bonda bertanyakan khabar
adik yang menjawab terus berdebar
rupanya bonda sedang solat..

suami kata mungkin sebab terlupa tutup sliding door..
selama ini tak tutup tingkap belum pernah jadi begini...

tidak pernah ku alami seumur hidup ini...
aku tidak bisa tidur untuk beberapa jam
malah untuk menutup lampu juga tidak boleh
aku takut..siapakah gerangan makhluk yang datang
adakah malaikat yang bersedia ingin mencabut nadiku..
terjadi pula disaat suami  perlu ke endau hingga jumaat.
tetiba resah dan berdebar......



Ahmad Umar dan Muhammad Ammar

video 
 Temubual bersama Umar


video
Main sama-sama..Umar said pu yau bila ammar start cubit umar...sometimes umar memang mengalah....but most of the time he is the boss!!
but umar and ammar could never be bossier than Ummi!! hihi..luv you!

Relax Minda di Teluk Gorek

gambar anak-anak je..takde yang lain..tengokle gambar laut dan pantai yang cantik tu...

isu tetap sama..kenapa ada orang tak reti urus ampahnya sendiri?

lain kali datang nak try pergi duduk chalet sebelah tu..ada macam2 aktiviti...