Friday

Lagu JAwa Lagu CiNA : Lagu Jiwa Lagu Cinta

Abang selalu mengusik "anak-anak kita ni bukan lagi lagu jiwa lagu cinta dah"..
"Nanti depa jadi LAGU JAWA LAGU CINA"
Kih Kih
Ahmad Umar
Muhammad Ammar

Saya tidak layak untuk membenci sesiapa. Malah tak pernah state Saya Benci dia, dia, atau dia. Saya juga punya kelemahan yang tersendiri. Saya sayang pada mereka yang baik pada saya. Hanya itu yang saya tahu..

Mengingat kembali Suami Jawa saya Cina, Tergelak pun ada..
Saya pernah usik suami.."abang kalau balik utara, jalan2 kat pekan jangan cakap jawa, nanti depa ingat ayang kahwin ngan indon" Abang hanya gelak..
Tapi itu usikan sahaja....sayang selalu..

Dan tak larat nak jawab dah bila orang tanya "Macam Cina??"

Lagu JAWA lagu CINA..:)

Kucing yang ditinggal Ibunya dirumah kami


Baru-baru ni ada seekor kucing ditinggal oleh ibunya dirumah kami...Berat juga nak menjaganya sebab dia masih kecil. Belum pandai menjilat lagi..Mesti kena pakai botol untuk beri susu..Waaaa, macam dapat baby baru..

Bila nampak kelibat kami je, berbunyi la kucing ni dengan kuat...Kami tak mahu bela kucing sebenarnya. Tapi mesti ada yang datang. nak buang tak sampai hati. Sebab takut berdosa. Serba salah..Saya bukan orang yang sesuai nak bela kucing. Rasanya seperti takkan sempat. Kalau seekor boleh lagi, kalau dah banyak ekor kena penjagaan yang rapi.. Nak buat camana kalau dah nama binatang, tapi takut jadi masam hati pulak sebab kucing dok pi rumah orang...Kesihatan dan Kebersihan lagi. Kalau tak betul2 ahli rumah juga boleh dapat sakit.

Ini LAGU apa?? Mmmm, Taktahu lah 'LAGU'(Slang Utara) Mana.....

Ada sapa2 nak amik bela???

Thursday

Rindunya kat Depa


Hari ni Umar dan Ammar terpaksa dihantar ke taska...Bulan september ni belum hantar lagi. Hari ni hari pertama. Sampai Ibu Yamah acah nak potong nama. :) Rindu sangat. Memang sengaja ambil gambar small chair depa..

Taktaulah lepas abis elaun GRA ni kalau nak minta kerja nak tinggal anak2 ditaska lama-lama. Bayangkan 5 hari seminggu..nasiblah kalau 5 ari kalau 6 hari jenuh juga. Dulu-dulu Umar lebih dengar cakap Ibu Yamahnya. Yala, 8 jam X 5 hari X 4 = 160 jam duk dengan ibu dia di taska. Berbanding saya ketika itu cuma  4 ke 5 jam setiap setiap hari.

Berat hatinya nak tinggal kalau dah kerja. Tapi perlu juga sebab kewangan mendesak untuk hal jangka pendek dan panjang..Waaaa....

Rindunya kat depa...Depa rindu tak kat Ummi nih..:)


Tuesday

Dialog Malam Pertama

Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan...tidak pernah mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut....Si suami membasahkan tubuhnya...menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong...agak lama...sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu...Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil...umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur...itulah Cinta suaminya yang sejati...dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu...ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.
Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama

Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T

isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak Cantik....

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak...Wana'uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik...

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal...awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan...

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari...malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya Kurang faham... dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu ...Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada...nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36)

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti...

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi " (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur " (ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)

Isteri : Sohih tu bang...tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..

Suami: Baiklah...tunggu sekejap saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya ceritakan tadi...ingatkah?

Isteri : Oh..ada2 ingat....

Suami : maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .

Isteri : Alhamdulillah ..baru saya faham...maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya , apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya ..saya juga muzakarah dengan Awak , lagi satu...bidadari Syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana awak tahu?

Suami : buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).

Isteri : Wah....saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Isteri : Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima kasih abang...tetapi itukan banyak persoalan tentang saya...bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah...yang menghidupkan sunnah Rasululullah dan akan mendapat nikmat Syurga...bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan..biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya...nanti kita minta ahli-ahli u-jam tolong buatkan artikel!

Isteri : Asyik2 U-jam...Baiklah...jadi sekarang saya nak tuntut tanggungjawab abang!

Suami : Selamat membaca ya pengunjung u-jam...jangan lupa share artikel ini dan letakkan link u-jam sebagai sumber....penat dah menaip ni...hangpa copy paste ja... =)

Artikel Asal Penulis : Ibnu Rahman

Rujukan : Al-Quran & Hadith , Kitab Muktabar

http://u-jam.blogspot.com/2010/12/malam-pertama-dialog-suami-isteri-18sx.html

Ammar Pun Dah pandai Upin Ipin

Sambil lekat siap conteng ngan marker sekali..Hasil Kerja Umar dan Ammar

Dulu kalau nak masak atau buat kerja ruma payah juga sebab Ammar masih kecil. Dia cuma tau nak ummi ada dekat dengan diri dia. Kalau tinggal mulalah dia melalak atau ikut kemana saja ummi pergi.

Sekarang pula, kalau pasang upin ipin, Ammar akan duduk depan tv diam2. Tak kisahlah kalau dan seribu kali ulang. Sama je macam Umar. Jadi mudah la sikit nak buat kerja. Cerita lain boh layan.

Ammar suka tengok Upin Ipin je. Kalau Nusery rhyme arab, bm, bi, korea dan japan pun Ammar tak berapa khusyuk macam dia tengok upin ipin.

Umar dah besar sikit dah paham banyak benda. seribu kali gamaknya ulang Nemo dan Horton. Alhamdulillah Umar nak juga tengok video2 pelajaran...nasib baik jugalah depa tak tengok TV, kalau idak parahla sangat...

Upin Ipin ni takde nilai2 buruk kan..Cerita ni ok je kan..? Anak-anak suka sangat. Upin Ipin patut teruskan usaha buat cerita yang baik2..ada nilai pelajaran untuk anak2..Saya sokong!!

Gelagat bila tengah tengok Upin Ipin
New Chair untuk Ammar. Duduk sambil tengok Upin Ipin


Monday

Golongan yang mendapat pelindungan Arash Allah

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; " Terdapat 7 golongan orang yang mendapat lindungan arasNya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindunganNya..
  1. Pemimpin yang adil
  2. Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadat kepada Allah swt
  3. Seorang yang hatinya terpaut pada masjid
  4. Dua lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah swt
  5. Lelaki yang digoda oleh wanita cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat, tetapi dia menolak dengan mengatakan "Aku takutkan Allah "
  6. Sesaorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya.
  7. Sesaorang yang mengingati Allah ketika bersendirian, sehingga mengalir air matanya kerana Allah swt
Hadith riwayat Muslim.

Elak Hujan: Baling Kain Basah Atas Bumbung

Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah pernah pesan dalam apa perkara yang kita nak buat dalam kehidupan seharian , tak payah pikir jauh-jauh..Guna logik akal dan tanya diri sendiri apa musabab dan relevan kita melakukan sesuatu perkara. 

Baru-baru ni saya menghadiri 1 majlis perkahwinan. Bila ada makan-makan memang seronok tapi saya rimas dengan adat-adat yang masih digunakan walaupun tidak relevan dan tiada sebab yang kukuh berdasarkan syariat islam. 

Saya tak mahu sentuh pasal adat bersanding, tepung tawar dan lain-lain. Cuma saya nak kita fikir pasal satu adat yang ada sesetengah orang tua-tua masih amalkan.

Kebetulan masa hari kenduri cuaca sedikit mendung. Maka timbul kerisauan pada pengantin dan beberapa orang yang risau hujan yang turun mungkin mencacatkan majlis. Jadi adalah seorang makcik berpesan pada pengantin supaya selepas mandi lempar kain basahan ke atas bumbung. Agaknya pengantin ni orang muda maka dia ambil tak endah saja. Kemudian awan semakin gelap dan makcik tu berpesan dan menggesa pengantin agar mandi dan lempar kain basahan ke atas bumbung. Lepas tu saya lihat pengantin pergi mandi tapi saya taktahulah kalau dia mandi dan lempar kain basahan ke atas bumbumg.

Silap saya, mulut saya ni terkunci rapat tak bagitau itu kepercayaan karut. Berdosakah saya kerana tidak menegur. Bukan mudah nak tegur orang kita yang penuh adat ni. Saya diam sebab saya kira cakap saya nanti boleh jadi gaduh.

Tapi tidakkah kita yang sudah lama hidup, bersolat siang malam meng'esa'kan Allah tidak boleh fikir?? Cuba renung ayat-ayat saya ni??

"Lekeh sangat ke Allah tu, dengan kita melempar kain basahan ke bumbung maka dapat elakkan hujan. Sedangkan Allah itu tidak bersandar kepada makhluk. Kita pula nak gula-gulakan Allah dengan kain basah?? Bukankah kita percaya Allah itu esa..Allah berkuasa ke atas apa yang dikehendakinya.Kalau dari segi saintifik pun apa kena mengena kain basah dengan awan hujan yang besar tu? "

Seperti Ustaz Abdul Hadi kata, takyah la dok pikir jauh-jauh..kadang-kadang lojik akal saja boleh memandu apa yang kita buat ni betul atau salah disisi agama....

Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul..JOM!!

Thursday

Belajar Bahasa Arab

Ini satu link yang bagus untuk belajar Bahasa Arab. Saya suka chanel ni..Ringkas dan Mudah

http://www.youtube.com/user/LearnArabicTV

contoh-contoh video

 
The Weather is Hot & Sunny

 
One Wife is Enough

Dan banyak lagi video kat channel youtube beliau. Saya belajar banyak benda di youtube. Dari memasak, buat coding untuk vb, belajar tentang thesis dan viva dan macam-macam lagi..Youtube kalau guna dengan berfaedah ia ibarat gedung ilmu juga..:)

Kek Coklat Umar & Ammar - Kukus

Ni feveret Umar dan Ammar. Sejak Umar 12 mons saya dah buat kek ni untuk dia..Sumber resepi dari Myresepi tapi tak jadi masa mula2 buat first time..Ubah sukatan dan jenis tepung baru okay. Bila nak makan kek atau nampak kek dia akan request nak "birthday to you".

Meh nak kongsi resepi kat sini..Yang resepi ni Insyaallah jadi.

Bahan-Bahan
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula pasir
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat manis
2 cwn tepung naik sendiri
3 biji telur

Cara-Cara

  1. Campur serbuk koko, gulu, susu cair, susu manis & minyak ke dalam periuk
  2. Kemudian kacau hingga larut di atas api. Tak semesti hingga didih. Cukup sampai larut
  3. Kemudian sejukkan campuran koko
  4. Telur pukul satu persatu. Pukul sehingga kembang
  5. Campur dengan campuran koko.
  6. Masukkan tepung dan gaul sedikit demi sedikit
  7. Kukus sehingga masak. 
  8. Masa kukus tutup kek dengan aluminium foil atau kain. 
Selamat Mencuba!!


Wednesday

Umar, Ammar & Serbuk Kacang

video
 

Tiba-tiba terdengar Umar menyanyi La la la....Suka sangatlah tu dalam fikiran saya. Sekali saya tengok apa yang di buat, gambar-gambar diatasla hasil kerja anak-anak berdua tu...Memang tak terkata apa selain tergelak dan capai Hset untuk rakam....Habis berminyak lantai dengan serbuk kacang baki kuih gulung kacang popia tu..Badan Umar dan Ammar penuh dengan serbuk kacang. Di muka pun sama..Kalut nak vakum sebelum ayah balik, masak belum lagi. Nasib baik ayah call dia kata nak bawa balik nasi goreng. Lega. Nasi yang di masak makan malam nanti..Ohh anak-anakku...Sayang juga Geram pun ada...:)

Masa tengok balik video ni part yang saya tanya Umar dia ada jawab..

Ni elok ke No elok , Jawapan Umar ialah "No elok"
Macam mana nak kemas ni, Jawapan Umar ialah "Tak tahu"

Kahwin Berhutang


Semasa berkahwin berusaha agar TIDAK berhutang, rancang dari awal menyimpan jumlah yang perlu. Jika semasa bernikah sudah memulakan tabiat berhutang, itu tanda pasangan lelaki berpotensi terjerumus ke dalam masalah kewangan yang lebih serius selepas berkahwin. Masalah kewangan adalah salah satu punca terbesar penceraian. Berhati-hatilah.
Zaharuddin.net 

Ini satu-satunya persalinan semasa hari perkahwinan kami.
Sebenarnya banyak orang pertikai pasal nak buat majlis kahwin ni pasangan berhutang untuk memenuhi tuntutan majlis. Ramai juga dikalangan orang agama yang mengatakan hutang kahwin boleh bawa kepada kehancuran rumah tangga. Boleh lihat link ni. Betul seperti yang dikatakan oleh UZAR dan alim ulama yang lain namun perkara ini perlu dilihat dengan skop yang lebih luas dan menekankan kenapa dan hutang yang macam mana perlu dielakkan.

Yang saya terkilan bila kenyataan - kenyataan dipersetujui oleh penyokong dan pengikut2 seolah-olah berhutang untuk berkahwin adalah punca utama keruntuhan dan ketidakberkatan dalam rumah tangga.

Saya memang terasa sebab saya dan suami adalah antara pasangan yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pinjaman peribadi bank islam. Saya tak nafikan kebenaran setiap kata-kata alim ulama tapi saya rasa dalam hal ni perlu lihat punca-punca masalah kenapa ramai pasangan berkahwin dengan hutang dan menekankan hutang untuk berkahwin dengan mewah dan untuk menunjuk-nunjuk adalah salah. Malah hutang yang ada unsur riba juga harus ditekankan agar dielak.

Untuk hidup berdua memang cukup dan mampu tapi untuk kenduri utara selatan, belanja itu ini semuanya, besar belanja. ibu bapa tak setuju kenduri serba ringkas sebab orang mengata. tapi kami pula perlu segera nikah.

Mulut orang satu hal, even saya bunting pelamin ada orang mengata anak saya tak sah taraf..GERAM!! Mak saya tak desak buat kenduri serba mewah tapi biarlah nampak ada majlis sebab yang nak tinggal dikampung tu mak..yang nak dengar tohmahan mak. Anak-anak lepas kahwin dok kat tempat lain. Walaupun buat loan kami kahwin tanpa baju songket atau pelamin. Lepas nikah baru faham maksud mak bila orang kampung menyebut perkahwinan yang serba ringkas tu. Mujur jugak buat loan, gamaknya kalau nikah yang lebih ringkas lagilah org mengata.

Perlu lihat skop ni secara luas. Saya dan suami tetap akan berusaha buat yang terbaik untuk perkahwinan. Alhamdulillah kami masih bahagia. 
 

Namun jika buat hutang untuk menunjuk2 dan kenduri besar2 memang kena elak. Perlu tahu kemampuan untuk langsaikan hutang dan kenapa kita berhutang.

Bab Mak ayah perempuan letak hantaran tinggi Ustaz Kazim pernah jawab "Hangpa yang nak buat kenduri..kami pulak nak kena tanggung" . Hantaran ni adat orang melayu. sepatutnya bila anak minta nak nikah mak ayah wajib segerakan dan urus nikah. Kalau pihak perempuan beri kata dua kita minta doa banyak2 pada Allah agar dipermudahkan. Kalau tak carilah bunga yang lebih wangi.

Dulu belanja nikah murah. Juadah kenduri pun tak kisah kalau lauk asam pedas atau kacang panjang goreng. Lebih sedap dulu2 masak asam pedas keladi buat kenduri. Sekarang ni mana standard. Tukang masak walau pun rewang kena bayar bukan macam dulu semuanya gotong royong..

Tambah pula dulu selalunya nikah orang dekat2..sekarang kalau utara selatan dah jadi masalah kewangan.

Kalau mak ayah boleh bantu kewangan Alhamdulillah tapi orang kita banyak yang lepas tangan harap duit hantaran lelaki. padahal adat kahwin melayu dah jadi cam agama lain semakin menyusahkan..

Melayu pula memang suka mengata. Fitnah jadi merata. Kahwin awal dikatanya bunting, kahwin lewat dikatakan tak laku, Kahwin ringkas dikatakan kena tangkap basah, Kahwin mewah dikata jual anak. Macam mana?? Pi majlis kahwin orang , afdalnya bila melihat pengantin disebut SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KALIAN. Ini tidak dikomen tak sedondon la, itu dan ini.

Sekarang kena buang benda karut marut dalam perkahwinan ni. Basuh minda supaya mudahkan urusan nikah walaupun walimatulurus dengan sebiji kuih. Kalau mampu lebih dari itu Alhamdulillah. Buatlah besar mana pun yang penting jangan membazir.

SELAMATKAN ANAK-ANAK KITA DENGAN NIKAH...Saya ada dua anak lelaki. Dari pengalaman saya, saya berdoa agar anak-anak mudah nikah dan dijauhi dari cabaran zina malah berjumpa bakal isteri dan mertua yang seiring permikiran dengan saya dan suami...Besar cabaran zaman sekarang...huh...

Saya kira urusan perkahwinan anak dan segerakan nikah itu adalah tanggungjawab mak ayah dengan hadis ini. Jadi tak wajar dengan hantaran tinggi dan kenduri melebihi kemampuan. Malah kena ubah sikap dok cakap yang bukan-bukan kepada majlis orang. Biarlah kalau dia taknak pakai baju songket. Kalau dia nak pakai baju kurung je pun ada berdosa??? Jadi kalau permikiran ini dapat dibasuh saya kira nikah akan lebih mudah dan takdelah orang nak berhutang sebab nak nikah.
Abul Laits As-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad SAW bersabda: "Hak anak yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa ada tiga iaitu: Memilihkan nama yang baik ketika lahir; Mengajari kitab Allah SWT 
 (Memberi didikan agama); Harus dikahwinkan jika telah dewasa."
 
Saya kira kalau tak dapat elakkan maksiat lebih baik berhutang dengan cara yang patut daripada bergelumang dosa. Sama juga simpan duit terpaksa tunggu lama dalam pada masa yang sama ada bahaya zina. Kalau hutang secara patut , bayar lepas kahwin. Yang penting tak jadi benda pelik. 
 
Air mata saya akan jatuh kalau saya dengar cerita pesangan yang sukar nikah sebab masalah kewangan nak buat majlis. Memang sebak sebab teringat payahnya masa saya dan suami nak nikah dulu.

Apapun layari rumahtangga dengan ilmu dan sabar..yang tu yang penting..Kalau semua benda nak hutang pun payah juga. Macam saya cakap di awal entry kenalah tahu kenapa dan kemampuan untuk bayar hutang. Rasululullah pun tak larang kita berhutang.
.Lihat link ni
 
 

Monday

Sahabat Ketenangan

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”. 

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:


“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.

 Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan,  kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Wednesday

Susahnya Nak Ambil Gambar


Habis Nutrimoist Itu

Masa ni tengah susukan Ammar. Mulanya nampak Umar bukak nutrimoist tu, saya cakap dengan Umar supaya sapu pada tempat yang gatal..Sekali dia buat macam lotion daa..huhu tak tau nak kata apa..marah idak apa pun idak...takpalah Umar..It is your adventure..enkoy it!! Tapi pasni kalau Umar dah betul2 faham tapi buat jugak memang kena la kot!! :)

Lindungilah Bidadarimu-Harmony


Mulanya buka folder movie dalam laptop sebab nak bukak kartun kat Umar. Abang yang organize folder movie tu. Ada cerita yang masih belum tonton. Sekali saya terpandang tajuk cerita "Harmony", jadi saya rasa mungkin sesuai untuk Umar tengok..Tapi bila tengok sekali lalu, cerita tu bukan untuk Umar, tapi untuk saya. Saya pulak yang tengok.

Harmony ni mengisahkan kehidupan di penjara wanita Korea dimana mereka menubuhkan kumpulan koir setelah seorang wanita mendapat idea ia adalah suatu aktiviti yang baik apabila dia mendapat inspirasi setelah mendengar kumpulan koir dari luar penjara menyanyi untuk mereka.  Pelbagai kisah dari setiap penghuni penjara dari kumpulan koir tersebut. Watak utama ialah seorang wanita yang terpaksa menanggung hukuman penjara selama 10 tahun kerana terbunuh suaminya yang selalu memukulnya. Semasa dipenjara dia melahirkan anak. Seperti di Malaysia, apabila banduan melahirkan, anak tersebut akan berada dibawah jagaan ibu di penjara selama beberapa tempoh dan kemudian diberi kepada keluarga/keluarga angkat/rumah perlindungan untuk dijaga. Dia menjaga anaknya dalam cel penjara dan dibantu oleh rakan banduan yang lain. Dalam pada masa itu mereka menerima seorang banduan wanita paling muda yang juga terbunuh bapa tirinya yang telah menderanya secara seksual selama beberapa tahun. Dan juga banduan tua dalam gambar sebelah yang dipenjara kerana membunuh suaminya yang curang dengan pembantu rumah yang telah dilayan dengan sangat baik. Part-part menyedihkan dalam cerita ni memang membuat hati saya seperti ditusuk duri seakan-akan jika saya ditempat banduan2 wanita itu dimana saat menyerahkan anaknya, saat merindui anaknya, saat ada diantara banduan wanita yang risau anak-anaknya tidak mengenali dirinya, saat anak-anak dan ibu bapa yang membuang jauh diri mereka,

Apa yang benar benar menarik perhatian saya dalam cerita ini adalah bagaimanalah perasaan seorang wanita yang menjadi banduan kerana tertipu atau menjadi mangsa kerakusan nafsu jahat lelaki. Teringat saya kisah yang pernah dibawa majalah 3 dimana kebanyakkan alasan adalah mereka menjadi mangsa. Namun saya tak nafikan ada wanita yang jahat tapi kisah2 dalam harmony ni benar-benar membuat diri saya menangis setelah lama saya tidak menangis ketika menonton drama. Saya fikir jika saya di tempat si ibu tadi..bagaimanalah saya harus menghadapinya. Saat itu saya sangat bersyukur saya masih bersama anak-anak dah saya amat bermohon pada Allah jadikanlah perjalanan bersama mereka adalah baik tak kira apa jua keadaannya.
Apabila melihat cerita ini, dengan kisah-kisah sedih, semangat dan mereka menjadi mangsa kerakusan lelaki saya amat berharap agar seorang lelaki jadilah lelaki yang paling baik dan melindungi bidadarimu. Bidadarimu itu ialah ibu, isteri, adik, dan anak perempuanmu. Janganlah ada lagi kisah-kisah anak perempuan dirogol bapa, isteri dilacur dan tidak kira apa jua kisah wanita terpaksa menjadi penjenayah kerana kejahatan dan kegagalan lelaki mendidik bidadarinya.

Wanita memang insan yang lemah dari segi tenaga. Tapi percayalah wanita boleh kuat dengan desakan emosinya. Dia boleh menjadi gagah dan bangkit dari kesedihan dengan emosi kasih sayang dan perasaan tanggungjawabnya atau dia boleh menjadi syaitan dengan kemarahan atau penderaan terhadapnya. 

Lelaki pula dijadikan Allah sebagai pelindung kepada wanita. Memang memalukan bila lelaki menggunakan kekuatanya untuk merogol anak, merogol wanita, memukul wanita dan anak dan lain-lain yang tidak layak untuk kekuatannya. 

Saya kira tak rugi menonton Harmony. Paling tidak kita dapat menyelami kisah-kisah penjara dan dari Harmony ini sangat memberi inspirasi dan lelaki, LINDUNGILAH BIDADARIMU....

Monday

Rendang Paling Lazat Didunia

Bangga tak apabila rendang disenarai makanan no 1 paling lazat didunia apabila CNN membuat tinjauan selama 2 bulan  melalui facebook dengan 35000 undian. Antara 10 makanan paling sedap yang tersenarai ialah :

  1. Rendang
  2. Nasi Goreng
  3. Sushi (Jepun)
  4. Tom Yam Goong (Thailand)
  5. Pad Thai (Thailand)
  6. Som Tam (Thailand)
  7. Dim Sum (Hong Kong)
  8. Ramen (Jepun)
  9. Itik Peking (China)
  10. Kari Massaman (Thailand)
Sumber : Sinar Harian 10 September 2011

Sunday

Kepuk dan Nisan 2

Saya pernah menulis perihal kepuk dan nisan yang mana ia adalah respon terhadap cerita Kepuk & Nisan lakunan Saiful Apek. Boleh baca Disini. Dalam menulis memang setiap entry akan mendapat respon yang positif dan negative samada di blog atau di FB. Namun saya tidaklah menolak pandangan yg tidak selari dengan tulisan saya kerana mungkin pendapatnya betul. Atau saya tidak akan panjangkan komen untuk menegaskan pendapat saya kerana saya percaya ia akan membawa lebih keburukkan dari kebaikkan. Mula-mula terkejut juga mendapat komen dari seorang pembuat kepuk. Dari entry saya itu dia berasa saya mengondem pembuat kepuk. Saya mengaku saya silap kerana terambil foto2 dari webnya dan ia lebih menjadikan kerjayanya diserang.

Saya tak pernah berniat untuk menyerang mana2 pembuat kepuk cuma respon saya supaya kita mengambil iktibar dari cerita kepuk dan nisan itu dimana janganlah perniagaan itu dijadikan paksaan dan bisnes yang menguntungkan diamana mengambil kesempatan dalam urusan agama. Komen-komen En R tersebut telah saya delete apabila saya mendapat komen dari Anon dengan komennya "padan muka lancang sangat". Bukan apa, saya memang tidak bersetuju dengan pendapat En R tentang pandangannya terhadap binaan kepuk namun saya menghormati beliau kerana beliau sahaja yang tahu bagaimana perniagaan yang beliau jalankan. Pandangan beliau terhadap binaan kepuk yang dia mengatakan hadis-hadis yang saya letak adalah hadis lemah dan tidak salah membina kepuk yang berharga ribuan kerana ia adalah tanda sayang dari ahli keluarga. 

Tak mengapa saya hormat pandangan En R walaupun ada komen pedas terhadap saya dan saya tak sangka pulak yang komen2 pedas itu menjadi kegembiraan bagi si ANON.  Saya tetap menegaskan entry saya tulis adalah betul kerana setakat ini 2 orang ustaz mengatakan tak baik dan tak perlu membina kepuk yang melambangkan mewah dan kemegahan. Mereka ialah Ustaz Kazim Elias di Webnya dan  Ustaz Abdul Hadi Bakri di Tanyalah Ustaz TV9 dalam topik Membazir. Apa yang saya tulis ada disebut oleh mereka. Lihat link ini Membazir.

Saya tidak mengondem mengenai kepuk tradional yang boleh pasang siap tapi yang menjadi perhatian saya ialah kepuk yang dibina sehingga menampakkan mewah dan gah. Banyak hal yang mak saya pesan mengenai binaan ni. Selain dari membuat binaan tu menyerupai agama lain kita tak boleh buat binaan kubur sampai kubur kita berlainan dari orang dan menunjukkan status. Biasalah bila orang tua mengajar kita akan ikut dan ia diulang-ulang sampai lekat dalam kepala dan bila ada hujah dari ustaz/ustazah ia tak lekat sangat tapi ia menguatkan ajaran mak dimana dengan hujah mereka kata-kata mak adalah betul. 

Semalam setelah solat subuh saya terpandang buku yang sudah lama tidak dibuka. Buku tersebut adalah Bimbingan Pengurusan Mayat. Saya teringat ada perihal tentang kubur dalam buku tersebut. Buku itu adalah tulisan Akmal Haji Md Zain. Buku tersebut lengkap dari urusan sebaik sahaja jenazah nazak hinggallah urusan ziarah kubur. Ia memang lengkap. 

Dalam bab Hukum Yang Berkaitan Dengan Kubur, penulis menyenaraikan semua hadis yang membuat binaan dikubur. Saya petik dari buku tersebut beberapa hadis dan pendapat ulama.

Ulama bersepakat riwayat dari Imam Muslim dan Imam Bukhari adalah sahih. Jadi Dari Imam
muslim dan lain lainnya berkata:

" Kami berada didaerah Rhodus, Rum bersama Fadhalah bin 'Ubaid. Kebetulan seorang sahabat kami meninggal dunia, maka Fadhalah bin 'Ubaid menyuruh meratakan kuburnya, lanats beliau berkata: Saya dengar Rasulullah s.a.w. menyuruh meratakannya."

Dalam riwayat lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Hiyaj Al As'adi bahawa Ali bin Abu Thalib mengatakan kepadanya

" Mahukan engkau saya beri tugas sebagaimana saya juga diberi tugas oleh Rasulullah s.a.w ? iaitu setiap kali engkau melihat patung hendaklah engkau tumbangkan dan setiap kali engkau menjumpai kubur yang ditinggikan hendaklah engkau ratakan."

Dalam menganggapi hadis dari Abu Hiyaj imam al turmudzi berkata:

" Hal ini menjadi amalan dikalangan sebahagian ulamak. Mereka tidak menyukai perbuatan meninggikan kubur dari permukaan tanah, kecuali sekadar untuk menjadika tanda bahawa itu adlah kubur agar ia tidak dipijak atau diduduki" 

Dan imam syafii pula mengatakan;

" Saya ingin agar untuk menimbuni kubur itu tidak diambilkan tambahan dari tanah yang lain, memadailah apabila ia hanya ditinggikan sekadar sejengkal saja dari permukaan tanah. Saya juga ingin kubur itu tidak ditembok kerana itu merupakan hiasan dan bermegah-megah, suatu hal yang tidak layak menghadapi kematian. Dan saya lihat makam-makam para mujahidin ada ansar tidak ditembok dan saya saksikan pula beberpa orang petugas kawasan merubuhkan kuburan-kuburan yang ditinggikan dan tidak seorang pun diantara fuqahak yang mengezam perbuatan (merubuh kuburan) itu"

Cukuplah dengan ini, dan saya tegaskan disini, saya tidak menyuruh sesiapa nak ikut apa yang saya tulis. Hidayah dan pencerahan itu adalah dari Allah. Jika dikatakan hadis-hadis lemah ia bukanlah palsu dan tidak sah untuk dipakai. Dan takkanlah kita nak cakap juga buku penulis adalah salah???? Saya kira semua perawi adalah perawi yang boleh dikatakan terkenal.  Terpulanglah kepada masing dengan urusan agama masing-masing. Masing-masing lebih tahu apa dibenak hati. Cuma dalam islam ada garis panduan supaya kita tidak melampau batasan.

Kesimpulannya begini untuk diri ini saya menjadikan ia panduan dalam agama ini. Supaya urusan ini tidak melampaui batas. Jika saya masih mengatakan membina kepuk/binaan kubur sehingga puluhan ribu dan bermegah itu:
  1. Ditegah dan bukan sunnah Rasulullah
  2. Bukan layak bagi urusan kematian yang dunia akan ditinggalkan
  3. Bukan tanda sayang atas sebab no 2 dan lebih afdhal jika anak menyampaikan doa
  4. Pembaziran kerana untuk apa kubur bernilai puluhan ribu
  5. Bukan hak kita kerana kawasan kubur adalah wakaf dan bukan hak peribadi
ADAKAH INI SATU KELANCANGAN BICARA???? Begitu juga dengan isu-isu lain yang pernah saya tulis di blog ini. 

Jika tidak suka jangan baca waima ikut penulisan di blog ini. Saya bukan menulis untuk orang sememamngnya adalah untuk diri saya. Jika ada orang yang rasa ia berfaedah. Alhamdulillah. Namun jika ada kesalahan saya alu alukan dengan teguran yang berhemah dan menggunakan ayat-ayat yang baik tanpa carut dan makian. Walaupun saya pernah dihentam di blog ini saya yakin saya tidak pernah menggunakan perkatan buruk untuk membalas atau membuka pekung individu sewenang-wenangnya . Namun Saya minta maaf pada ketajaman tulisan yang mungkin menyakiti namun saya bukan ingin mengondem tapi ajakan agama. Saya juga banyak dosa. dan banyak yang masih perlu diperbaiki.


"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, 
bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. 
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, 
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, 
nescaya tidak akan ada pendakwah. 
Maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan."
Hasan al-Basri

Tuesday

Salam Aidilfitri Buat Semua Yang Tersayang


Salam Aidilfitri buat semua yang tersayang di alam maya dan alam realiti ini. Semoga ceria-ceria di Hari Raya ini Walaupun dan 6 hari berlalu. Dah start puasa 6 ka..? Kami baru nak mula..Dugaan juga bila puasa di bulan bukan ramadhan ni. Tambah2 ada kuih raya yang sedap-sedap dalam balang. Terasa hasutan syaitan semakin dasyat..Tapi yang lebih beratnya bila air hidung meleleh dan tertelan K***** bila batuk tak lepas Ewwww...:)..Bila macam ni rasanya nak ramadhan tu sepanjang tahun. Sebab semangat ramadhan dari segi jasmani apatah lagi roh itu sangat jauh berbeza. Rindu..

Alhamdulillah dapat puasa penuh tahun..Mengandung ke? Takdelah tapi sebab Miss Depo yang diambil. Raya setiap tahun tetap meriah walaupun 3 tahun kebelakangan ini keutamaan berpihak pada suami. Jadi dimana-mana raya pun tetap seronok janji suami ada bersama. Tapi tak dinafikanlah sayu dan sebak jugak bila tak dapat masak, gosok baju raya untuk mak dan peluk cium mak di masjid selepas solat raya bersama2 di masjid. Di sini kalau nak solat raya kena pi masjid besar. kalau setakat masjid kampung orang lelaki saja boleh sebab komform tak muat. Jadi solat dirumah sajalah. Tapi tahun ni tak sempat pun solat sebab kalut dengan anak2. Tahun ni masak untuk mak mertua pula. Kalau keluarga saya kami memang kaki makan. jadi sekejap saja habis. Tapi kat sini semua makan sikit2. Mula2 risau takut basi Tapi Alhamdulillah masak lodeh tahan juga 4 hari dan rendang akhirnya dijadikan serunding. Jadi takde sikitpun yang terbuang. Raya ke 4 masak bihun sup utara pula.

Ni nak masuk sesi mengondem.yela orang kata kerja saya mengondem je..Ye ke...bukan-bukan sesi menegur. Jika ada yang terasa minta maaf tapi ia adalah teguran ikhlas supaya kita tak terus dalam maksiat. Maksiat tu bukan takan zina arak saja. Apa-apa dosa un maksiatlah juga. Raya Melayu ni masih berbaki. Namun janganlah dibesarkan seperti raya pada hari pertama. Jangan silap konsep dikatakan raya sehingga sebulan. Namun tak salah nak sambung ziarah mana yang tidak sempat dengan cara yang berpada. Jangan beli baju sampai 30 pasang sudah!! Adeke???

Jangan salam yang bukan Muhrim
Ada setengah tempat especially selatan ni, yang saya perhatikan adat tu terlampau dipegang tanpa mengira hukum. Sampaikan asal raya salam asal salam raya lah tu (pinjam cakap ustaz kazim). Janganlah diambil ringgan hal ini. Walaupun ia boleh dibasuh dengan wudhu kerana ia dosa kecil. Mana kita tau dosa-dosa ni. Malah islam larang perbuatan yang boleh bawa kepada kejahatan. Aikk macam mana salam boleh jadi jahat pulak. Salam tu cuma nak tunjuk hormat, tanpa shahwat lagi..

Mana la kita tau pihak yang satu lagi. Bila kita salam dia pun terpikir "wah lembutnye tangan dia" atau pun "wah gagahnya tangan dia". Jadi tak mustahil boleh merebak jadi yang tak ketahuan hala. Bila balik rumah kita, kita boleh salam datuk, nenek, mak, ayah, adik beradik dan pakcik makcik belah datuk kita. sepupu yang dah baligh dah tak boleh. bila di rumah mertua kita boleh salam ibu dan ayah mertua kita saja. Kena ingat sangat. Anak saudara suami kita pun yang kecik-kecik saja. 

Aduh camana nak tolak bila depa dah hulur tangan? Pendekatan saya, saya akan cakap bila sepupu atau anak saudara sebelah suami hulur tangan especially yang dah baligh. "abang/kakak dah besar takyah salam ye". Kalau pakcik makcik yang dah terbiasa juga saya akan cakap "kita takyah salam ye cik, selamat hari raya". Kalau depa agak2 marah takpa nanti kita dengar ceramah ustaz kazim sama2. yela nanti jadi isu "saya ni pakcik suami awak". Yela pakcik tapi pakcik ni bukan pakcik saya...Kompleks kan?? tapi inilah ilmu yang perlu kita ada. Malah nak realisasikan dalam bentuk perbuatan juga. Kalau sebelah keluarga sendiri selalunya suami makcik kita yang kita rapat dan anggap seperti ayah dan kita juga faham dia anggap kita seperti itu rasanya mungkin berat sikit nak elak sebab memang rasa hormat terlalu tinggi. Apatah lagi keluarga yang sangat rapat. Memang dalam keluarga saya saya sendiri tak boleh elak bersalam dengan suami maklang saya. Sebab dia juga ibarat penggati ayah, dan adik sepupu2 semuanya tempat menumpang kasih. Tapi sepupu2 bila dan besar adalah batasnya. Cuma paklang jika saya berdosa saya minta allah ampunkan dosa. Cuma yang pelik dan masalah ntah sapa2 kita salam. Orang yang datang2 yang takde hubungan pun kita salam. Jadi camana tu??

Pakaian Jarang dan ketat
Ini paling sedih. Saya pun tak tahu kenapa nak pakai yang jarang. udahlah jarang tak de lining pulak malah tak pakai kain dalam. Inner tu tak boleh pakai tau sebab sama jugaklah kita dedah bentuk tubuh kita. Susahkah nak belajar tutup aurat dengan betul. Yang tukang buat baju pun kenalah alert jika kita buat baju yang tak tutup aurat mungkin kita juga akan tersangkut saham saham dosa si pemakai. Takpayah cakap banyaklah hal ini. Ini perintah Allah. Ustazah bahiyah kata kalau kita sayang dan cinta Allah pasti kita segera melakukannya. Malah islam dah mengankat martabat wanita dengan menyuruh menutup aurat. Seronokkah kita bila kita memeberi jamuan kepada mata-mata yang tidak sah dan suami atau bakal suami kita berkongsi sisa-sisa madu yang ada. Fikirkanlah.

Hidupkan ziarah yang berkesan
Kadang susur galur keluarga besar dan sekali datang berbelas kereta. Penuh satu rumah. Tapi pastikan ziarah ini ziarah yang berkesan. Apa guna ziarah bila yang tua2 saja yang bersembang dengan moyang dan anak-anak kuat bersembang sesama sendiri. Cubalah diam dan mendengar percakapan orang tua. Bila melihat anak-anak muda bersembang sesama sendiri tak hiraupun moyang, rasanya ziarah mereka cuma sebab seronok konvoi dan jalan jauh saja. Adat sahaja bila kita mengucap maaf ketika hari raya. Seharusnya kita menyebut semoga amalan-amalan saya dan kamu diterima Allah. Tapi tak salah nak cakap maaf tapi biarlah bersungguh. Minta dengan seihklas hati dan bukan berniat pasni boleh buat salah dan minta maaf lagi di raya akan datang. Kalau jumpa lagilah..kalau idak?? Amalan minta maaf seharusnya bukan di hari raya saja. Perlu pada bila-bila masa.

Apapun biarlah aktiviti di hari raya ni ibadah. Jangan belumba-lumba pada benda yang tak patut. Yang penting BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL!!!

Sayang selalu
Rulza


Menangislah!

Sebak juga melihat ibu Nuramfaizul yang meninggal dunia akibat terkena tembakan peluru sesat ketika bertugas di Somalia. Teringat detik detik melihat hanya tubuh ayah yang sudah terkapar kaku tanpa nyawa. Baru 2 minggu berjumpa ayah dan kemudiannya mendapat berita kematiannya tanpa sempat berjumpa lagi. Ajaibnya dunia ini. Sekejap Allah temukan kita dan sekelip mata saja Allah boleh pisahkan kita.

Seperti teka teki Imam Al-Ghazali kepada murid-muridnya :

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"
Murid 1 = "Orang tua"
Murid 2 = "Guru"
Murid 3 = "Teman"
Murid 4 = "Kaum kerabat"
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)."

Apabila kita memikirkan dunia ini, banyaknya perkara yang kita ingin tunaikan, selesaikan dan urusan dunia ini jika difikirkan ia tak pernah habis, penuh dengan dugaan dan cabaran, tidak kurang nafsu dan keseronokkan. Namun bila mengingat akan MATI, sekelip mata ia juga mematikan perasaan dunia ini. Bila ingat Mati terasa mungkin sesaat lagi Izrail akan datang membawa perintah Allah dan menjalankan tugasnya tanpa bantah sedikitpun.

Siapa yang boleh mengelak dari menitiskan air mata bila kematian memisahkan hubungan jasmani ini. Namun tidak terpisah rohani ini bila mana ahli keluarga mengirimkan doa buat diri. Pasti tidak ada siapa yang mampu mengelak. Dalam redha pasti dikala teringat akan kenangan manis tertitis juga air mata rindu itu..

Menangislah..
Menangislah semahunya..
Menangislah namun jangan diratapi..
Menangislah namun jangan dikesali..
Menangislah biar reda rindu dan sebak di dada
Menangislah jika ia mampu meredakan prahara di jiwa..
Kerna rindu ini hanya masa yang mampu mengubatnya..

Al fatihah buat Allahyarham Nuramfaizul Mohd. Nor Semoga Ahli keluarganya Allah beri sabar dan tabah.