Monday

Kad Raya Istimewa



Zaman teknologi canggih ni jarang dah orang nak hantar kad raya. Sekarang semuanya mudah dihantar dengan ucapan melalui facebook ataupun SMS. Tapi saya tetap menerima kad ucapan paling mahal didunia ni :). Mak dan adik-adik hantar kad raya pada kami sekeluarga disini. Mak siap pos duit raya kat cucu-cucu jugak. Saya tahu mereka semua rindu sebab tahun ni saya tak dapat pulang beraya disana walaupun pada hari raya kedua. Tahun ni memang giliran beraya di rumah mertua. Tapi selalunya walaupun beraya disini mesti dapat juga balik pada hari kedua raya. Memang dapat bonus tapi ditolak keperluan wang itu ini yang wajib dibayar sebelum raya dan yang perlu disimpan sebab elaun belajar tamat bulan sepuluh macam tak dapat juga balik. Kesiannya mak dan adik-adik rindu :(. Tengok la gambar sebelah ni, mak siap tampal gambar kartun. Yang pakai baju biru tu bondala, yang budak lelaki tu Umar dan Ammar. Aduhai mesti mak rindu sangat. Insyaallah mak, kakak dan abang zaree akan cuba kona-kona budget ni. Biarlah tak meriah duit tapi boleh balik jumpa mak dan adik.Sob sob sob. Bila tengok kad raya ni sedih sangat. Takpe insyaallah pasni mesti ada rezeki lebih. Allah tidak pernah menyusahkan diriku.

Friday

Ummi Sorry : Ammar Jatuh

Memang tak dapat nak maafkan diri sendiri hari ini. Saya tak sangka tindakan saya meninggalkan Ammar dia atas sofa sementara nak basuh botol dan bancuh susu menyebabkan Ammar terjatuh dari sofa.  Muhammad Ammar bermain di bahagian tepi pemegang sofa agaknya. Main panjat-panjat seperti nak naik motosikal tu. Saya percaya mulanya akan okay sebab Ammar dah tahu bahaya tempat tinggi. Dia tahu kalau dia buat sesuatu yang boleh menyebabkan dia jatuh. Tapi sangkaan saya silap sebab dia hanyalah anak kecil yang masih tak mampu mengawal langkah dan mengimbangi badannya. Walaupun dia tahu untuk menilai keadaan tapi dia tak mampu mengawal pergerakkan dirinya dengan sempurna. 

Kali ni memang mendebarkan, sebab dahinya pecah darah, hidungnya tercalar dan lebam, gigi susu yang baru nak tumbuh luka dan tempat penyambung gusi dan lidah juga luka. Yang membuatkan saya cuak dan menangis ialah hidungnya berdarah!!

Selalunya bila Ammar jatuh  cuma lebam sedikit sahaja. Tapi kali ni dari dahi, hidung dan gigi ada luka. Saya telefon suami tapi suami tengah meeting jadi saya tak sampai hati nak bagitau. Tapi bila darah di hidung keluar lagi saya terpaksa telefon lagi dan bagitau. Suami balik dan bawak anak ke Pusat Kesihatan Universiti.
Alhamdulillah takda apa yang serius. Tapi untuk anak kecil jika anak terjatuh dan ada simptom serius seperti sawan, berdarah atau muntah memang kena ambil berat. Malah kalau bengkak menjadi terlalu sakit dan mengelembung dengan teruk juga ke ambil serius sebab anak kecil sangat "fragile". Apapun boleh jadi serius akibat terjatuh. Walaupun ketinggian tidka sampai sekaki.

Malah Ustaz Kazim pesan kalau anak atau diri kita ada sakit-sakit banyak, cuba ingat balik kita pernah jatuh terhantuk bahagian belakang kepala atau tidak. Sebab bahagian belakang kepala banyak kawal saraf badan. Kadang2 sakit kaki atau perut berpanjangan disebabkan bahagian otak di belakang kepala gagal mengawal /lupa untuk urus saraf tersebut akibat dari kita terjatuh. Jatuh terhentak di bahagian belakang kepala yang serius boleh mengakibatkan hilang ingatan yang serius. 

Alhamdulillah, Ammar tak apa-apa. Kalau anak jatuh dan kita melihat keadaannya teruk kena segera bawa ke hospital. Memang saya tak dapat maafkan diri sendiri. Ohh pasni harapnya semua akan okay dan takde dah jatuh jatuh ni..Na'uzubillah. 

Lagi satu ibu bapa kena ada pengetahuan asas bantuan kecemasan dan ilmu untuk kenalpasti kecemasan. Penting! sebab bila tak tahu kita boleh jadi super panik. Kat rumah pun mesti ada alat-alat asas untuk bantu semasa kecemasan. Contohnya termometer. Perlu tahu bila jadi kecemasan sekiranya anak demam dan suhu meningkat contohnya. Bila suhu meningkat 40 darjah ia dikira kecemasan dan anak kena segera bawak ke hospital jika kaedah cooling dengan air/ais tidak berkesan. Lagi contoh ialah penyedut hingus untuk anak kecil. Jika selsema teruk peralatan ni boleh membantu melegakan hidung anak dan membantu dia bernafas. Selainya macam handyplus, salap dada (century, vick), pek ais/ais dan sebagainya perlu ada.

Begitulah seorang ibu bukan saja ibu dirumah, tapi dialah doktor, jururawat dan penenang bagi ahli keluarganya. Belum lagi sebagai perangcang kewangan, penasihat fesyen, chef, penasihat diet dan makanan dan berpuluh lagi macam tugas..Tough kan jadi Umi?? Apapun kejadian hari ni janganlah berulang lagi..

Pasal bayi jatuh boleh panjangkan bacaan ke Bayi saya jatuh tapi Ok


Thursday

Merdeka

Ini sebahagian tulisan yang dipetik dari ceramah Ustaz Kazim Elias. Nak kongsi bersama-sama pembaca lebih lebih lagi tentang merdeka. 
************************************************************************

Perkara-perkara mungkar tu banyak yang dibaca oleh Nabi sebelum baginda wafat. Nabi baca diatas mimbar dari Subuh hingga ke Asar. Nabi baca perkara - perkara yang akan berlaku hingga ke hari kiamat. Kata sahabat siapa yang yang kuat ingatan akan ingat, siapa yang kuat lupa akan ingat sebahagian saja. Nabi guna Mimbar setiap kali ceramah. Bukan guna setakat khutbah Jumaat sahaja. Tapi senario di Malaysia mimbar berharga 60-70 ribu tapi guna Jumaat sahaja dan diketika hari-hari raya.

Nabi pesan dalam khutbah yang panjang perkara-perkara mungkar tu apa maka siapa yang melihat perkara mungkar hendaklah dilarang. Diterangkan perkara-pekara maksiat yang banyak dimana di akhir zaman perkara maksiat tidak dianggap maksiat dan perkara ibadat pula dianggap maksiat. 

Penyanyi menyayikan 2-3 lagu dapat perolehan 17 ribu. Agaknya sebab tu mak ayah berlumba-lumba nak jadikan anak jadi penyanyi. Ustaz pula yang ilmunya guna sampai ke akhirat kurang di beri pengiktirafan. Sekarang nilai penyanyi tu tinggi malah tidak dianggap maksiat bila penyanyi diberi pengiktirafan dan anugerah yang bermacam-macam dan mewah.

Bila cakap pasal merdeka apa yang anak muda kita faham dengan merdeka. Adakah countdown tu merdeka? Kemudian bunga api tu bunyi macam bom. Padahal di zaman jepun dulu bagi tok nenek kita bunyi mercun tu menakutkan. Tapi anak muda hari ini lepas bunyi mercun jerit merdeka!! Anak- anak muda ambil bendera dan letak belakang motor kemudian bawa keliling kampung. Adakah itu merdeka?? Bagi anak muda kita merdeka tu rilek-rilek, lepak-lepak, nyanyi-nyanyi sampai pagi dan tidor tepi jalan.

Tok janggut yang digantung kepala dibawah dengan pakai cawat sahaja. Datuk Maharajalela dibunuh dan digantung. Pumtum digantung, Raja Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles, Ngah Ibrahim tak dapat balik ke Perak meninggal tanam di Singapore. Kenapa mereka sanggup bersusah payah, sebab nak tengok bangsa dan agama kita kuat.

Sambutan merdeka bukan setakat lekat bendera dikereta atau ditepi-tepi jalan. Bagaimana penghayatan merdeka itu sendiri. Ngah Ibrahim tak pernah minta rakyat hisap dadah. Datuk Bahaman berjuang bukan minta orang melayu terima rasuah. Mat Kilau tak minta kita jual tanah kepada bangsa asing. Dol Said tak pernah harap orang melayu mengkhianati orang melayu. Tok Janggut tak bercita-cita agar islam dipandang rendah oleh masyarakat lain. Abdul Rahman limbong tak pernah pun bercita-cita dalam hati dan jiwanya nak lihat orang melayu sesama melayu bergaduh.

Apa makna sambutan merdeka jika semangat perjuangan perjuang dahulu di diketahui dan dihayati. Sepatutnya dalam bulan merdeka ni buang semua unsur-unsur penjajah. Semangat cintakan negara harus dipupuk. Buat lagi banyak cerita-cerita merdeka. Tiap-tiap tahun cerita sama saja, bukit kepong, leftenan adnan dan senarainya boleh dibilang sedangkan drama british banyak sangat. Macam mana nak rasa cinta pada negara dan menghargai kemerdekaan. 

************************************************************************
Apa makna sambutan merdeka? Betul cakap ustaz kazim, perlu ada banyak usaha untuk kembalikan semangat cinta negara dan menghargai kemerdekaan. Salah satunya filem-filem mengisahkan cerita merdeka dan perjuangan pejuang lama. Bagi saya sendiri bila melihat filem - filem tersebut memang jiwa ketika itu terisi dengan semangat. Tapi lama-lama kelamaan ibarat bateri yang tidak dicas ia kembali lemah. Begitulah pada hari ini , buang segala sifat kepartian dan asabiayah. Memang sukar untuk membawa jiwa anak muda hari ini untuk menghayati makna merdeka kerana mereka tidak pernah mengenal erti susah. Lantas, perlu ada satu perkara baru yang dapat membuatkan kita cinta pada Malaysia. Pada hari ini apa yang ada di Malaysia yang boleh buat anak muda rasa cinta dan sayang pada negara???

Wednesday

Pesanan Ustaz Zawawi-Manja

Janganlah jadi manusia yg manja sangat.
Hanya ingin mendapat, tapi enggan memberi. 
Ingin diperhatikan, tapi tak mahu memperhatikan. 
Mahu dihargai, tapi tak mahu menghargai
Orang manja tak boleh di harap sangat dan tak boleh di ajak berjuang

Wordless Wednesday 5


Mulanya Punggur Akhirnya Pontian :)


Ahad yang lepas hajatnya nak bawak anak-anak jalan ke Punggur. Pukul 9 baru bertolak dari rumah. Tak bawak bekalan apa-apa pun. Hanya bawa susu yang dibancuh saja sebotol untuk masing-masing. Yala ingat nak pergi sekejap-sekejap sahaja. Tapi dalam pertengahan jalan sebelum sampai ke Punggur, abang cakap macam nak jalan jauh sikit pulak. Jawapannya samada benut atau pontian kechil la. Tempat yang menarik sikit mungkin Pontian kechil la kot.  Last-last dengan tak bawak bekal Cloth diaper, dan susu anak, kami pergi ke Pontian Kechil.

Abang tanya apa maksud Punggur. Saya pun tak tau jawapan
masa tu. Tapi ini hasil darian di Google. Punggur bermaksud dahan kayu yang mati atau Tunggul. Sebenarnya kami just nak wat aktiviti biasa je. Macam selalu just drive sambil cakap pasal macam-macam perkara dan lihat alam sekeliling. Tapi Alhamdulillah, kami terjumpa laut/pantai yang dah ditambak kot. Boleh tahan juga pengunjung yang buat aktiviti. Ada Melayu, Cina dan India. Semuanya buat aktiviti keluarga. Best juga tengok ada keluarga buat aktiviti memancing. Ada jugak sekumpulan kawan berbaring-baring membiarkan tubuh disapa angin lembut laut yang datang. Kami duduk juga di batu-batu yang digunakan untuk menambak pantai. Apabila ombak menghempas ke batu-batu dan air memasuki di celah-celahnya ia menghasilkan alunan dan bunyi yang tersendiri. Plop plop plop....Lepas tu balik la semula ke Parit Raja. Perjalanan hari itu hampir 120km..:)

Monday

Macam Perang atau Marathon??

Kalau saya letak pinggan dan makanan dahulu ke atas meja dan masih ada kerja di dapur Ahmad Umarlah yang akan tolong letakkan makanan ke dalam pinggan. Yang kelakarnya dicuma letak sedikit saja. Kalau makan lekat celah gigi . Tapi bila dia siap hidang dia akan cakap terima kasih kemudian sama-sama. Aikk bukan Ummi ke yang kena cakap terima kasih kat Ahmad Umar. Kadang-kadang Ahmad Umar tolong susun pinggan kat atas meja. Tapi time ni kalau ada garpu sudu, siap semuanya bersepah dilantai. Dah kena basuh balik..
Makanan feveret Ahmad Umar ialah mee goreng. Janganlah ternampak iklan di TV mesti dia minta punya. Dahtu boleh ingat hingga ke beberapa jam kemudian yang dia teringin nak makan mee goreng. Kalau takda stok mee cintan kering atau mee basah kenalah keluar pergi beli. Tapi penat lelah tu di balas dengan ucapan Umar;

"Sedap nya..Terima kasih Ayang/Umi"

Jadi seronokla hati saya ni sebab apa saja yang saya masak sentiasa sedap pada Umar.  Kadang-kadang bila makanan dah siap hidang atas meja Umar akan buat-buat gaya mencium makanan dan berkata "mmmm sedapnya"..:)

Ammar pulak dah pandai makan sendiri. Pandai la jugak..hihi. tapi kalau biarkan dia makan sorang-sorang, habis belemoih la orang kedah kata.


Masa anak kecil ni waktu makan tu dah macam waktu perang pun ada. Bukan apa dari makanan tersusun kemas atas meja sampai terpaksa dialih letak hujung meja atau dibawah meja. Dari meja bersih sampai meja bersepah. Dari Ammar comel jadi comot apabila dia menyapu pinggan ke muka, dari Ammar duduk makan elok-elok kemudian boring dia pergi baling mee sampai naik atas kepala dan macam-macamlah. Umar dulu pun macam ni. Tapi just nak train anak-anak makan sendiri dan cakap pasal adab di meja. Susah juga sebenarnya tapi insyaallah Umar dan Ammar pasti lebih behave nanti.

Kalau anak tidur masa kami tengah makan seronok juga, ibarat kata SV saya macam pengantin makan berdua..Tapi Umar dan Ammar ni tak boleh percaya, telinga macam telinga lintah..pantang berbunyi sikit terjagalah nanti..Jadi waktu makan dah jadi macam marathon pulak. Bila Umar terjaga mungkin umi yang akan pergi kepadanya untuk mengusap2 belakangnya. Kalau Ammar terbangun pulak mungkin ayah la pulak yang kena berhenti makan dan tangguk Ammar dalam bilik. Last-last jadi pengantin la jugak bila sesi makan jadi suap menyuap di dalam bilik sambil salah seorang menidurkan kembali anak-anak yang terbangun..:)


Mak Pesan Bila Jadi Isteri Tak boleh Malas

Sebelum menjadi isteri dan Umi, saya sukar memahami kepenatan emak. Sebab emak saya tak pernah merungut dan mengatakan dia sangat penat. Malah mak tak pernah mengunkit bila saya membuat perangai buruk yang sukarnya dia melahirkan saya. Saya kira kebanyakkan ibu-ibu semua pun begitu. Tetap menyembunyikan kesukaran, kesakitan dan kepenatan dalam membesarkan anak-anaknya.Tapi ada juga segelintir ibu yang pernah saya dengar mencaci anak-anak dan bercakap tentang menyesal melahirkan dengan kesakitan yang Allah beri untuk dijadikan pahala. Di rumah saya cuma tolong mak masak, jaga adik dan kemas rumah. Tupun bila dah berusia 10 tahun baru mula tolong. Sebelum ni masa kami masih kecil tentu sebenarnya mak lebih penat.

Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

Begitula apabila menjadi ayah dan ibu. Jika selalu mengikuti halaqah sentuhan qalbu, bila ada topik pemasalahan anak-anak apa yang diutarakan yang menakutkan hati ini ialah, apabila anak berbuat salah dan derhaka APA SILAP IBU DAN AYAH?? Dalam slot tersebut yang disentuh anak salah dan tak boleh derhaka itu sedikit sahaja.

Maksudnya semuanya salah ibu ayahla..Nanti bila anak buat salah senangla pulak dia nak tunding ke muka ibu dan ayah. Tidak-tidak, sekarang ini peranan ibu dan ayah. Saya kira ibu dan ayah yang mahu anaknya soleh, disaat mereka mendidik dan mengajar dalam mendepani cabaran dunia canggih ini, pasti ada satu perasaan takut dan resah dalam hati adakah ajaran yang diberi cukup agar anak menjadi pembela agama dan dirinya didunia dan akhirat. Peranan anak tetap seperti yang Allah sebut dalam alquran supaya tidak derhaka, kenang jasa-jasa ibu dan ayah, berbakti dan berbuat ihsan kepada mereka. 

Masa saya bersiap untuk bergelar isteri dulu, Mak pesan pada saya, "Kakak, bila dah jadi isteri nanti tak boleh malas-malas. Sekali dah jadi isteri dan umi sebenarnya tak sempat nak malas pun, walaupun ada hati nak buat begitu. Kadang-kadang bila anak-anak tidur siang, nak juga baring sekejap dan rasa malas nak buat benda lain tapi selalunya sebelum mata nak terlelap mesti ada salah seorang anak bangun. Kadang bergilir mereka bangun bila lena mereka tidak nyenyak.

Rutin harian tetap sama, memasak, membasuh dan lain2 tetap dalam jadual. Apa yang tidak boleh malas ialah bila anak-anak nak itu dan ini. Kadang-kadang baru nak duduk tiba-tiba Umar datang bagitau "Umi , Umar Beeyak". Kadang-kadang baru nak lelap Ammar pulak terjaga nak susu. Seringkali mereka seperti kembar bergilir-gilir berak, minum susu, menangis, ketawa, bergaduh semuanyalah berturut-turut. Jadi camana nak malas-malas.:)..walaupun sekali sekala nak rehat dengan malasnya..:)

Baru saya tahu maksud mak. Memang tak sempat pun nak malas. Malah tak sempat juga nak buat benda lain. Kadang-kadang dalam satu-satu masa keperluan suami pulak jadi no 2. Sementara anak nak besar sedikit, mujurlah suami memahami dan membantu. Kalau tak lagilah tak sempat.

Pernah dulu sembang-sembang dengan kawan-kawan. Ada satu cerita seorang suami geli nak basuh berak anak. Memang tak boleh terima dalam fikiran saya ni. Anak sendiri pun geli. Kalau isteri mati gamaknya keringla tahi di punggung anak tak basuh..Gamaknya la..
Tapi saya kira suami tu sebenarnya take for granted isterinya. Kalau la dia berniat nak ringankan beban isteri pasti rasa geli tu dibuang jauh2. Lagipun, anak sendiri ni kan. Bukannya anak orang lain..

Bila dah jadi Umi, saya kira saya faham kesusahan mak. Kalau dulu-dulu saya akan menegur mak walaupun mak salah, kini saya rasa dengan semua pengalaman saya sebagai isteri dan umi saya kira saya tak layak kerana kasih sayang, ajaran dan kesusahannya terhadap saya melebihi segalanya. Selepas ayah takda, kami semua kena menjaga sesama kami. Jika mak ada silap yang mungkin menyebabkan mak dibuli atau salah saya dan adik2 pasti tegur sebab mak memang seorang yang manja dan orang mudah mengambil kesempatan terhadapnya. Bukan tegur sebab nak lawan cakap mak, tapi masa tu kesukaran tanpa ayah kami harus menjaga sesama kami supaya takda ruang untuk lemah dan bersedih. Bayangkan seumur hidup saya , mak tak pernah cerita pasal orang dan jika orang buat jahat atau berhutang tak bayar, mak akan cakap "takpalah kak, takpalah kak. Tapi itulah mak.

Sebab mak tak pernah cakap penat, saya ingat mak tak pernah penat tapi bila jadi umi, saya dapat rasa inilah kepenatan mak dahulu. Tambahan sama saja situasi saya dan mak yang mempunyai anak yang rapat. Memang betul cakap mak, bila dan jadi isteri tak boleh malas-malas. :) . Mak I love You.


Friday

Dari Tinta UZAR - Ramadhan

Nabi bersabda rugi & malang bagi orang yang mendapat Ramadhan namun keluar darinya tanpa mendapat keampunan darinya. Justeru, keampunan x akan diberi, tanpa permohonan, permohonan x akan dilakukan tanpa mengenal dosa, proses mndpt ilmu utk mengenal dosa tak akan dibuat tanpa keyakinan (iman) brknaan azab & nikmat.

Thursday

Jangan tinggal kunci tapi anak???


Petang semalam lepas siap masak juadah berbuka keluar sekejap pi Ayer Hitam untuk isi minyak. Boleh gak ambil-ambil angin. Lepas abang isi minyak, abang pam tayar kereta. Abang toleh belakang dia nampak seorang ayah kot, nampak macam abang pun ada tingal budak kecil atas moto dan dia pergi bayar duit minyak.

Pembaca rasa patut ke?? Kalau moto atau kereta kita bukan main takut nak tinggal kunci sebab dah banyak cerita kereta/moto kena bawak lari, tapi bab anak ni culas pulak mamat sorang ni. Dalam 2 3 minit dia tinggal anak kat moto tu, banyak kemungkinan yag boleh berlaku. Kalau anak-anak saya, mustahil saya boleh main tinggal je. Atas moto pulak tu. Bukannya susah nak dukung budak kecil tu. Takkanla tak larat sebab posa kot??? Haih..please dont take any chance. Malang tak berbau. Budak sekecil ini apa yang dia tahu?? Mujurlah adik pam minyak tu prihatin sikit pergi main ngan anak tu sebelum ayah dia datang..kalau jatuh ke kena culik ke baru dia tahu!! memang time tu kena semburla ngan saya..

Payung Buluh Ayah

Semasa ayah hidup dulu, Ayah jarang beli payung yang moden-moden ni. Ayah memang setia menggunakan payung buluh cina yang warna hijau itu.  Walaupun senang terkoyak dan rosak, ayah akan beli lagi. Kadang-kadang dalam seminggu di musim hujan 2-3 kali ayah membeli payung buluh itu. 
Tak pernah tahu dari mana ayah beli. Tapi bila Ayah memayungiku ketika hujan, aroma dari payung buluh yang dicat hijau itu sungguh segar. Namun yang penting setianya ayah dan mak yang sanggup memayungkan ku kemana-mana bila perlu. Lama-kelamaan aku juga suka dan rasa unik menggunakan payung buluh cina itu. Pernah juga aku memakainya ke sekolah masa hujan, ada kawan yang ketawa. Tak tahu apa yang lucu tapi mungkin mereka pelik anak melayu memakai payung tradisi cina yang makin sudah tidak digemari untuk digunakan lagi. Kiranya jika aku menjumpai Payung buluh ini, aku ingin menggunkannya semula dan terus membangkitkan nostalgia bersama Ayah....

Tuesday

Macam nak tulis surat cinta

Dalam hidup ni pastinya kita ada sahabat yang sangat kita sayang
Walau macam mana pun sikap dirinya
Pasti ada sesuatu nilai pada dirinya yang membuatkan kita sentiasa ingat padanya.
Sampaikan dirasakan bila terpandang sesuatu yang digemarinya kita rasa nak hadiahkan padanya
Sampaikan lama tak jumpa kita rindu padanya
Sampaikan rasa begitu dekat dengan dirinya
Sampaikan kata-katanya lebih diikuti berbanding orang lain
Pasti semua dari kita punya sahabat yang pernah memberi impak besar dalam hidup kita

Di satu-satu masa, pasti ada ingatan yang menerpa. Bila ingin menyatakan sesuatu dek kerana lama tidak berjumpa pasti otak ini diperah untuk menyatakan ayat yang paling indah dan bila mendapat khabar yang baik, hati ini berbunga-bunga bagai mendapat balasan surat cinta..

Pernahkah anda merasa begitu???

Bila kita sayang seseorang, berikanlah doa. Kadangkala kejauhan dan destinasi hidup masing-masing membuatkan keakraban menjadi renggang. Hanyalah doa diiringkan semoga sahabat-sahabat terindahku sentiasa bahagia didunia dan diakhirat.

Sunday

Sambung Mengecat Taski Al Huda : Umar and Paint Brush

Alhamdulillah semalam dan cat bahagian dinding yang dah disembur air untuk hilangkan cat mural yang lama. Insyaallah aktiviti akan bersambung minggu depan pulak.

Umar pun sibuk nak tolong cat jugak. Mula-mula malas nak bagi dia tolong..Ya la nanti abis kotor baju dan tangan. Tapi lepas fikir fikir saya bagi juga dia satu berus cat. Biarlah kotor tapi boleh kembangkan minda dia dengan banyak aktiviti.

Bila anak-anak duduk diam buat aktiviti sendiri seperti membaca, main sendiri, main ngan blocks bolehla saya tolong cat. Alhamdulillah, anak-anak tak meragam. Kadang-kadang ganti dengan abang jaga anak bila penat. Seronok juga buat aktiviti ni bersama keluarga.

Tapi Ahmad Umar bila cat terkena tangan dia, mulalah menangis suh basuh. Dia dah geli..kihkihkih..Last last mana nak larat ulang basuh, main lap kat baju je la..:)

Just nak kongsi gambar Umar dan Ammar masa aktiviti cat mengecat ni..Moga aktiviti ini adalah tarbiah untuk sikecil, umi dan ayah juga...

Saturday

Setahun Muhammad Ammar


Dari lahir hingga umurnya menginjak ke beberapa bulan, ekpresi dan emosi yang dapat lihat diwajah anak kecil yang bernama Muhammad Ammar cuma ketawa dan menangis. Seperti bayi yang lain hanya terbaring diatas tilam dan terkuek-kuek dalam kain bedung yang kecil kerana saiz Muhammad Ammar besar saat dilahirkan iaitu 3.85kg.

Namun sedikit demi sedikit usia anakanda kami meningkat hingga mencecah setahun, Muhammad Ammar sudah punya akal dan emosi yang tersendiri. Saya sendiri teruja dan suprise dengan setiap aksi yang Muhammad lakukan. Saya kira anak-anak lain juga begitu. Menggembirakan ibu dan ayahnya dengan keletah comel dan manja mereka.

Perkataan-Perkataan Pertama
Muhammad dah pandai panggil ayang dan ayah. Kadang-kadang dengar jelas Muhammad panggil Ayah dan Ayang..Kadang-kadang tak tahu mana satu dia tengah panggil. Muhammad Ammar bila bangun dari tidor saja mesti nangis panggil, Ayang...Ayang....Ayang.....

Bila nak sesuatu Muhammad dah pandai cakap nak, Bila dah sudah minum susu, dia akan hulurkan botol susu dan cakap nah.. nah.. ataupun cakap dah.

Aksi-Aksi
Aksi yang paling mendebarkan bila Muhammad dah pandai memanjat sana sini. Kemudian bila dia tak mahu sesuatu Muhammad mengeleng-gelengkan kepala sampai bergoyang-goyang badannya. 
Permainan yang paling disuakainya ialah menghempaskan badannya ke tilam. Suka sungguh sampai kadang-kdang dia ketawa melekek-lekek. Ayah, Ahmad Umar dan Muhammad Ammar bab ni memang perangainya sama! Macam abangnya juga tahun-tahun pertama ni dah pandai tiru gaya solat..tapi gayanya seperti menonggeng untuk lari pecut . Boleh baca disini. Yang suprisenya Muhammad Ammar dah boleh bermain bawak-bawak kereta dengan bunyi sekali. Jom tengok video dia..

video


Banyak lagi perkembangan Muhammad Ammar. Ada yang saya tidak sedar pun. Tapi pastinya saya seronok melihat anak kecil saya sudah mengerti banyak perkara dan punya emosinya sendiri. Dia menangis dan sedih, dia gembira dan ketawa, dia marah dan merengus. Berbanding ketika lahir hanya diam, ketawa dan menangis untuk perkara yang terhad. Syukur Alhamdulillah. Kenapa Ummi tulis ni..Bukan nak berbangga dengan orang, tapi untu kebanggaan dalam diri buat Muhammad Ammar dan pastinya untuk Tatapan buat anak-anak Ummi dan Ayah jika Ummi tiada. Ummi sayang kamu semua!!!

Friday

Deja Vu

Semalam terpaksa hantar Ahmad dan Muhammad ke taska sebab nak concentrate baiki thesis seperti yang dikomen dan print semula sebanyak 3 salinan untuk dihantar ke Pusat siswazah. Lepas masuk mesyuarat PS 10 ogos ni insyallah thesis akan diedar kepada pemeriksa-pemeriksa dan chairman. Mula-mula janji dengan dr yus nak hantar tengahari, last-last hantar jam 4 petang. Nasib baik Dr yus masih ada di pejabatnya.

Alhamdulillah dah boleh hantar 3 salinan tersebut. Masa sampai ada tetamu dalam bilik dr yus jadi saya serah thesis pada dr yus kat ruang tetamu fakulti saja. Masa serah tu ada kak alin, dr yus dan dr maiz. Kak Alin betul-betul ambil berat dan berusaha menguruskan thesis. Dr Yusri dan Dr Maiz bercakap tentang kemungkinan viva yang tak lama lagi. Dalam kesejukkan aircond dan kebasahan air hujan saya Deja Vu. 

Saya selalu cakap thesis ni ibarat baby dalam rumah saya. Saya menjaga 4 orang baby iaitu suami, Ahmad, Muhammad dan Thesis. Semuanya perlukan perhatian yang tersendiri. Semuanya penting dan ada keperluan yang perlu diselesaikan mengikut masa. 

Semasa Kak Alin yang betul2 memberi perhatian, Dr yus dan Dr Maiz bercakap tentang thesis saya berasa seperti di dalam bilik bersalin menunggu anak dilahirkan dengan dr yang merawat memberikan semangat dan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. 

Deja Vu seperti saya amat berharap semua keadaan benar-benar mudah dan baik. Apabila serah saja semua salinan thesis kepada Kak Alin saya berasa lega dan penuh harap agar bila thesis2 samapai ke tangan pemeriksa dan chairman, ia tidak menimbulkan banyak isu. InsyaAllah

Tunggu sedikit masa lagi. Sekarang Dr yus suggest untuk tulis jurnal sebagai salah satu praktis untuk memahami thesis dengan lebih mendalam agar senang untuk defend thesis semasa Viva. Serampang dua mata, harap-harap dapat publish nanti. Elaun GRA pun dah dapat dilanjutkan lagi 3 bulan. Lega dan alhamdulillah. Apapun berusaha. Terima kasih diatas doa dr yus di mekah dan pastinya terima kasih atas doa suami, mak, dan adik serta semua doa rakan2..

Monday

Ramadhan

Sekejap sahaja Ramadhan yang lalu telah berjumpa Ramadhan tahun ini.  Ramadhan memberi erti dan definisi yang tersendiri untuk diri masing-masing.  Ramai yang menanti-nanti kedatangan Ramadhan agar bulan ini menjadi satu medan berlumba-lumba untuk mengutip pahala ibadah. Ada yang menanti-menanti Ramadhan agar bulan ini menjadi satu 'turning point' diri untuk mengubah sifat-sifat mazmumah dan menanam mahmudah dalam diri. Tak kurang juga ada yang sudah berlumba-lumba memikirkan persiapan hari raya malah ada juga yang tidak beruntung bila mana Ramadhan lansung tak beri erti apa-apa. Malah ada yang merungut 'Alamak, Ramadhan dah datang'. Kesian.

Mungkin dalam Ramadhan yang tiba ini mungkin ada yang tidak sempat meraikan dan menghabiskan Ramadhan itu. Mungkin Allah menjemputnya terlebih dahulu. Mudah-mudahan Ramdhan kali ini bukanlah Ramdhan terakhir bagiku. Diri ini masih merasakan perjalanan yang masih lagi panjang. Tapi rencana Allah siapa yang tahu. 

Alhamdulilah, hari ni sudahpun 1 Ramadhan. Semoga saya betul betul kuat untuk mengekalkan momentum ibadah bukan setakat puasa dan bersemangat untuk melaksanakannya. Mudah-mudahan diberi kelapangan dan kerehatan supaya tenaga jugak cukup. Namun dalam berlumba-lumba mencari pahala dan memupuk amalan baik menjadi istiqamah dibulan yang berkat ini, saya tahu saya manusia biasa yang masih lagi ada orang marah atau terkecil hati dengan saya. Saya hanya mampu memohon maaf dan merayu agar ia di maafkan. Saya manusia biasa yang selalu berbuat dosa tanpa sedar. 

Alhamdulillah..Ahlan Wasahlan wa Marhaban Ya Ramadhan..


Alhamdulillah... Alhamdulillah
Ramadan kini tiba lagi
Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
Mendidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita

Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan sezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pemmbaziran

Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir

Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan

Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa