Sunday

Buat diriku..

"Aku akan menjamin rumah di tepi surga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun benar. 
 
Aku juga menjamin rumah di tengah surga bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan meskipun bershifat gurau, 
 
Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik.
"(Sunan abu dawud : 4167)

Thursday

Sampaikanlah apa yang kamu tahu..

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, 
bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. 
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, 
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, 
nescaya tidak akan ada pendakwah. 
Maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan."
Hasan al-Basri

Pesanan Ustaz Zawawi

"Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. 
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. 
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. 
Sesiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."

Wednesday

Wordless Wednesday 3

Nasib Buruk Si Anak Yatim di Rumah Anak Yatim??

Semalam di depan pasaraya WellWard ada budak lelaki mengutip derma untuk rumah anak yatim. Dia menghampiri kereta kami dan saya memberitahunya maaflah dik, suami akak ada di dalam pasaraya. Entah tidak dia dapat mengerti saya sebagai isteri perlu minta izin pada suami terlebih dahulu untuk memberi derma kepadanya walaupun ada sedikit wang dalam bekas duit syiling. Haram bagi saya memberi duit suami tanpa izinya. Dengan harapan mungkin suami selesai membeli barang keperluan sempatlah kami beri sedikit wang. 

Saya cuma memerhati dari jauh. Tingkah budak lelaki itu yang bajunya ok, tapi kotor dan boleh dikatakan budak lelaki itu sedikit comot walaupun nampak seperti 16-17 tahun. Budak lelaki tersebut memakai slack, baju melayu putih dan kopiah. Sedih juga bila dia ke hulur ke hilir, memang tidak ada seorang pun yang memberi derma. Hinggalah ada satu pakcik berkopiah seperti ustaz pun menarik muka dan membiarkan budak tu seperti tunggul menunggu dengan harapan mungkin ada seringgit dua dari pakcik berkopiah itu. Budak tu memang sangat kasihan. Memang saya perhatikan saja gerak gerinya sehingga dia dipanggil oleh satu lelaki didepan pintu Wellward yang juga memerhati budak lelaki tu. Entah apa yang dicakapkan, mungkin disoal selidik agaknya tapi kemudian budak lelaki tu dah tak kelihatan.

Dalam hati saya bercampur baur dengan bermacam perkara. 

  1. Mungkin budak lelaki tu menipu, tapi kalau pun menipu kesusahan atau kesenagan apa yang menyebabkan dia sanggup menebal muka meminta derma disitu?
  2. Apakah terbela nasib si yatim yang sangkaannya rumah anak yatim dapat mengubah hidupnya tetapi kini dia terpaksa menanggung kesusahan untuk bantu biaya rumah anak yatim?
  3. Bagaimana duit zakat diagihkan kepada pemilik rumah anak yatim tak kira dibawah kerajaan, pembangkang atau persendirian?
  4. bagaimana cara sebenar rumah anak yatim boleh mohon bantuan dengan baitulmal/pusat agihan zakat?
  5. Adakah ia penuh birokrasi yang menyukarkan banyak hal hingga terpaksa menebal muka dan guna anak-anak ini untuk minta derma?
  6. Kemana pemilik rumah anak yatim? Patutnya walaupun susah macam mana pun bukan tanggungjawab anak-anak yatim tersebut untuk keluar meminta derma. 
  7. Tak takut dosa ke pemilik rumah yatim yang terang2 menganiaya anak-anak ini?
Bukan satu situasi tapi dah banyak sangat dah. Memang agak merimaskan dan menimbulkan keraguan tapi saya dan suami tetap kan beri sebab ada satu perasaan kalau dia tidak menipu bertapa bersalahnya kami tidak memberi ketika dia minta ketika kami dalam keadaan masih ada wang untuk makan nasi, makan ayam dan memenuhkan keperluan kami yang pelbagai.  Saya tidak kisah kalau ada orang datang minta derma untuk sesuatu perkara. Tapi dengan menggunakan anak-anak yang sepatutnya masanya ada rehat, ada waktu belajar dll dipergunakan untuk hal seperti ini, hati saya amat terluka. Jika dia menipu, tak mengapa. Tak berbaloi mempersoalkan seringgit dua yang ditipunya. Namun bagaimanakah perkara ini harus diubah??

Wanita menguasai IPT

Baru-baru ini Dato’ Mohd Noh menimbulkan satu topik yang sangat menarik untuk dibincangkan iaitu penguasaan kaum wanita di IPT kini yang semakin mendahului kaum lelaki. Apakah punca yang menyebabkan ia berlaku.  Bila mencari punca saya kira tentu ia banyak punca dan pastinya ia berkait diantara satu dengan yang lain. Saya teruja nak beri komen dan mengikuti bersama rakan FB yang rata2 didominasi oleh lelaki, tapi kesibukan kerja terhadap tesis dan hal-hal lain membataskan masa di FB. Jadi saya cetuskan pemikiran saya terhadap topik tersebut di blog sahaja. 

"Perkara ini diakui sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Sri Mohamed Khalid Nordin apabila diberitahu seramai 61,750 (58.6%) daripada 105,377 adalah pelajar wanita. "

Wow!! nisbahnya hampir 1:2. Teringat 10 tahun dahulu kelas saya cuma ada 9 orang pelajar wanita berbanding lelaki seramai 70 orang lebih ketika mengikuti pengajian dalam diploma kejuruteraan mekanikal (tahun 2000). semasa diperingkat ijazah pula bilangannya seimbang dengan jumlah pelajar didalam satu kelas ialah 21 orang (tahun 2004). Adakah sekarang situasi 2011 berbeza?

Seperti diketahui secara mental dan emosi lelaki dan wanita adalah tidak sama. Maha suci Allah jugalah yang menjadi otak lelaki dan perempuan tidak sama yang mempengaruhi cara kedua-dua entiti ini berfikir, membuat keputusan, menyatakan emosi dan lain-lain. Namun tidak semestinya ia berbeza 100 peratus , antara keduanya tetap ada persamaan dan perbezaan dimana Allah jadikkan untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain dan digunakan secara baik untuk mentadbir alam yang diamanahkan ini. Kebanyakan perbualan saya dengan ibu-ibu yang punya anak remaja, memang mereka juga akui mendidik anak lelaki memerlukan kesabaran yang besar sebab anak lelaki kurang fokus, banyak main dan sukar mendengar kata.

Namun, berbalik kepada persoalan apa punca kaum wanita menguasai IPT saya melihat 2 aspek. 

  1. Pertamanya memang lelaki kurang focus, tidak minat subjek menghafal namun ada yang memaksa diri untuk terus belajar dan bersaing dengan orang-orang yang lebih baik. 
  2. Dan keduanya memang lelaki kurang fokus tapi banyak yang terkandas dan lebih teruk terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat.

Jika cakap pasal minat siapa la suka sangat nak belajarkan. Jika diberi pilihan saya pun tak minat belajar. Tapi jangan cakap pasal saya, cakap pasal wanita-wanita yang cemerlang dalam pelajaran diluar sana. Kenapa mereka boleh belajar??

PUNCA 1
Ada benar, kebanyakkan subjek di sekolah dan diuniversiti, mahu tidak mahu kita perlu menghafal sebahagiannya. Walaupun subjek metamatik kita perlu menghafal rumus. Malah pendidikan yang lebih menjurus kepada peperiksaan ini memberi faedah lebih kepada kaum wanita denga kebolehan otak mereka. Tapi saya lebih berpendapat kebolehan otak lelaki jika diguna secara betul mereka sebenarnya lebih bijak dari kaum wanita. Tapi adakah sebab ini mereka harus menolak untuk belajar? Saya yakin mereka yang jelas hala tujunya terhadap pelajaran pasti memaksa diri untuk memperlajari apa yang tidak difahami. 

PUNCA 2
Saya petik semula komen saya di wall dato’. Saya melihat ia lebih kepada cara didikan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Bagaimana ibu bapa menanam rasa tanggungjawab terhadap diri dan orang lain, rasa suka mecari ilmu dan lain lain..

“pada pendapat saya, betul pelajar lelaki kurang fokus.
mungkin cara didikan berbeza terhadap anak lelaki dan perempuan juga boleh menjadi salah satu sebab kenapa golongan perempuan lebih menguasai IPTA sekarang. Lazimnya anak perempuan dididik dari kecil anak perempuan wajib tolong ibu didapur, tolong jaga adik, bertanggungjawab terhadap diri sendiri sperti basuh baju sendiri, dll. sebaliknya anak lelaki diajar kalau tolong didapur, jaga adik basuh baju adalah sifat "pondan" oleh itu kebanyakkan ibu yang membuatnya. Walaupun tahap kesedaran kepada ilmu keibubapaan makin tinggi tapi saya masih bependapat cara berbeza terhadap didikan ini masih berbaki. apabila anak perempuan diasuh sperti yang disebutkan dan anak lelaki tidak, anak perempuan akan lebih matang, lebih tahu beratanggungjawab terhadap diri dan orang lain.
jadi saya rasa sebab inilah perempuan tahu dan lebih fokus terhadap pelajaran.
mungkin juga pendidikan yang lebih berorietasikan peperiksaan ini dikaji semula.

Waktu masuk universiti rata-rata berumur 20 an. Pada ketika ini asasnya ialah ajaran ibu ayahlah atau seperti yang disebut oleh Encik Ithnin di wall dato' iaitu mentor di rumah, sekolah dan IPT memberi pengaruh persekitaran yang mempengaruhi sikap seseorang individu. Saya kira pada waktu menghadapi peperiksaan genting seperti PMR dan SPM, remaja sudah patut ada hala tuju dan rasa tanggungjawab, malah boleh berfikir kenapa saya harus Berjaya.

Ya, peperiksaan didunia ini bukan penentu rezeki yang bakal Allah turunkan tapi jika kelaziman begitu kenapa perlu menongkah arus. Tapi tidak salah untuk menongkah arus cuma kena yakin dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk buktikan tanpa SPM pun bisa menjadi orang berjaya dan kaya. Cuma saya lihat sikap lelaki yang suka ikut kepala sendiri berbanding remaja perempuan yang kurang memberontak, walaupun perempuan masih tidak nampak dengan jelas tujuan belajar tapi sikap patuh membantu dirinya untuk belajar. 

Bagi saya, saya tetap merasakan ia bukan isu kelemahan dalam system pendidikan walaupun ada sedikit, tetapi bagaimana dari asasnya jati diri dibentuk untuk memahami dan menerima sesuatu perkara. Malangnya kaum lelaki sudahlah tak dapat masuk IPT, dah tu terjebak pula dengan gejala tidak elok. Lebih merunsingkan generasi baru hari ini wanita juga turut mejatuhkan maruah diri dengan banyak perkara negative. 

Saya petik kata-kata Puan Suzana Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie) dari wall FB beliau:


"Sikap individu dibina melalui didikan, persekitaran & kebiasaan dlm cara hidup. Sprti kuih yg dibentuk melalui acuannya & bentuk kuih masih boleh diubah kan? Sama rasa, lain bentuknya. Manusia jg masih boleh mengubah sikap jika ia lebih baik untuk diri & insan yg disayangi. Jgn hipokrit mengatakan: "aku mmg macam ni!" kerana 'macam' trsebut boleh menjadi macam2 jika berkehendak! Hendak seribu daya! Mahu seribu cara!"


Mungkin ada kelemahan pada sistem pendidikan yang harus dibaiki tapi untuk dibaiki sehingga memenuhi kehendak ramai pihak mungkin tidak wajar. Satu kata sepakat yang paling baik harus diambil dan masing perlu menerima dan memahami bagaimana ia member kebaikkan kepada diri masing2. 

PUNCA 3
Lagi satu faktor ialah janji Allah iaitu pada hari yang begitu hampir dengan kiamat, perempuan akan mendahului lelaki. Dinisbahkan lelaki 1 kepada 11 wanita  ada yang kata 1 lelaki 50 wanita. Mungkin juga dunia sudah makin menghampiri hari matinya. Jika dilihat dari sudut ini memang lojik sangatla kenapa wanita mendahului lelaki di IPT. Lelaki wajib menjadi hebat agar tidak tenggelam dikalangan wanita yang semakin menguasai banyak bidang.  Tapi kita belum sampai ke tahap itu rasanya sebab mengikut statistik 2008 lelaki masih mendominasi atau setara.


KESAN??
Bila terlampau ramai wanita yang mula mengusai banyak bidang saya melihat ia bukan satu perkembangan yang baik. Ya kita memang memerlukan wanita untuk bekerja disektor perguruan, kejururawatan, doktor dan sebagainya. Namun perlu diingatkan kewajipan atau keutamaan wanita adalah untuk berada di dalam rumahtangganya sendiri selagi pekerjaan tidak menjadi fardhu kifayah keatasnya. Contohnya doktor sakit puan dimana ia boleh jadi fardhu kifayah agar dapat membantu wanita ketika bersalin atau ada penyakit berkaitan sakit puan. Ataupun wanita terpaksa bekerja demi membantu suaminya dalam urusan kewangan rumahtangga. Jika suami bekemampuan dan mempunyai kewangan yang cukup bagi keperluan jangka pendek dan jangka panjang keutamaan wanita adalah untuk suami dan anak-anak bukan bekerja demi duit shopping dan kehendak diri semata-mata.  


  1. mungkinkah suatu masa nanti suami akan menjadi suri rumah dan isteri adalah pencari wang?
  2. mungkinkan dengan penguasaan wanita dalam bidang akademik dan pekerjaan menyebabkan instistusi kekeluargaan menjadi rosak?
Namun persoalannya ke mana pergi lelaki-lelaki yang berkualiti?
 
daripada masuk ke IPT adakah ke sini yang mereka pergi?????
 


Monday

ENDNOTE: Mudahkan Penulisan Tesis

Alhamdulillah, rasanya dah tak banyak lagi pembetulan terhadap tesis. Insyaallah dalam minggu ni boleh masuk mesyuarat siswazah untuk dinilai dan sebagainya. Nasib baik juga saya mulakan penulisan thesis dari awal, malah sebab prosedur PS sendiri dengan penilaian hasil kerja pada setiap hujung semester, kebanyakkan bahan penulisan sudah tersedia. Malah Dr Yusri sendiri telah mengalakkan saya untuk menulis bab 1 2 dan 3 dari awal pengajian master. 

Alhamdulillah kerana banyak diberi peluang oleh Dr Yusri dalam menimba ilmu untuk mengaplikasikan Endnote dalam penulisan tesis. Berbanding semasa peringkat Ijazah Sarjana Muda dulu, penulisan rujukan dan citation ketika ini dalam peringkat sarjana, saya rasa Endnote berganda-ganda mudah dan cepat. Malah Dr Yusri bagi peluang untuk sama-sama menghasilkan modul pembelajaran mengenai Endnote. Jadi bertambah senanglah untuk saya explore dan mempelajarinya.

Semasa di peringkat Sarjana Muda dulu, penulisan rujukan sangatlah leceh dilakukan secara manual. Bayangkalah jika ada 20-30 rujukan. Setiap rujukan harus dinomborkan terlebih dahulu. Kemudian semasa menulis kena rujuk dan semak satu persatu nombor yang mana citation tersebut. kadang-kadang penat mata mencari satu persatu. Apatah lagi kalau citation itu ditulis last minute (biasa la: budak baru belajar nak menulis dan buat research.) Dalam peringkat sarjana pula reference mungkin lebih 50 hinga 100 atau 200..tidakkan ia lebih melecehkan jika dilakukan secara manual.

Dalam Endnote, kita hanya perlu menghasilkan satu library references dan ketika penulisan kita cuma pilih dan masukkan kedalam Words dan Reference akan terhasil secara automatik.

mudah saja nak belajar endnote. Insyaalah ia bukan satu software yang Kompleks. Saya amat menyarankan kepada mereka yang sedang menulis disertasi untuk memanfaatkan Endnote.


Alhamdulillah, sepanjang berada dibawah didikan PM Adnan Husain dan Dr Yusri Yusof banyak perkara berkaitan penyelidikan dan pengurusan kerja di perlajari.  Saya takkan lupa jasa-jasa mereka dan semua guru dan pensyara yang pernah mengajar saya..insyaallah hanya allah saja yang dapat membalas jasa-jasa kalian dengan setimpal. Amin.

Friday

Apa Khabar Ustaz Kazim?

Dari http://www.albarakah.org/legacy/

Ustaz Kazim yang baru menjalani pembedahan dua hari lalu masih terlantar sakit dan sedang menjalani rawatan susulan. Walaupun telah dibenarkan pulang ke rumah, namun Ustaz terpaksa berulang alik setiap hari ke pusat rawatan bagi memastikan lukanya dapat sembuh. Penyakit tersebut hanya dapat dikesan pada hari Isnin 4hb Julai 2011 dan pembedahan dijalankan pada keesokan harinya 5hb Julai. Disamping itu Ustaz juga mengidap penyakit diabetes yang telah lama dihidapinya dan ini menyukarkan lagi keaadaan. Kemungkinan rawatan merawat ketumbuhan tersebut akan mengambil masa selama 2 hingga 3 minggu. Diharap kepada semua peminat Ustaz dapat menghormati masa rehat yang diperuntukkan bagi memudahkan proses penyembuhan tersebut. Ustaz mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengziarahi dan mendoakan kesejahteraannya.


Sedihnya bila beberpa minggu lalu dikhabarkan Ustaz Kazim jatuh sakit. Banyak ilmu dan kesedaran dari ceramah-ceramah beliau.Ya Allah, Semoga Ustaz Kazim cepat sembuh, terlindung dari kejahatan manusia, jin dan syaitan. Amin 

Thursday

Boleh jadi....

Boleh jadi hari ini kita sihat tapi esok kita sakit
Boleh jadi hari ini kita kaya esok kita jatuh miskin
Boleh jadi hari ini kita waras besok kita gila
Boleh jadi hari ini kita sibuk esok kita lapang
Boleh jadi hari ini kita tenang esok kita gusar
boleh jadi hari ni kita beriman esok kita kufur
Boleh jadi hari ni kita hidup esok kita mati

Begitulah sebaliknya. Aku masih bertangguh-tangguh. Malah ada yang masih belum dilakukan dengan sempurna. Sesungguhnya, diri ini tak dapat meramal apa yang bakal terjadi esok atau satu saat yang akan datang nanti. Apakah yang dikerja dan dikejarkan hari ini berguna didunia ini atau berguna diakhirat nanti.

Beribadahlah seperti esok kita akan mati. Tatkala mati menyinggah di benak hati setiap hari, perasaan ini dirobek dengan perkiraan amalan yang masih sedikit dan perasaan anak-anak dan suami yang bakal tercalar.

Bekerjalah umpama kita akan hidup seribu tahun. Tatkala itu yang datang, resah pula dengan urusan dunia yang tak habis diselesaikan. 

Seringkali malu menghadap Allah kerana mungkin adab aku seharian dan adab aku dalam sembahyang mencacatkan permintaan untuk aku beroleh tenang. Seringkali gusar kekurangan diri bakal dibalas dengan rejaman api neraka jahanam.

Ya Allah, aku tidak layak menghuni syurgamu. Aku yang hina ini malu membaca rintihan Rabiatul Adawiyah yang berdoa kepadamu dengan doa,

"Ya Allah, andai aku beribadah kerana takut di balas ke nerakamu, masukkanlah ke dalam nerakamu 
Jika aku beribadah kerana cintaku kepadamu, masukkanlah aku ke dalam syurgamu"

Masih lagi aku bertangguh dan tidak istiqamah?


Dari Ibn Umar r.a. berkata, Sabda Rasulullah s.a.w.
"Bila kamu berada pada waktu petang maka janganlah menantikan waktu pagi. Dan bila kamu berada pada waktu pagi janganlah menantikan waktu petang. Pergunalah masa hidupmu untuk saat kematianmu." Riwayat Bukhari

Sunday

Peludah Warna

Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.


A Samad Said

Saturday

Selamat Hari lahir Muhammad Ammar Bin Saiful Zaree


Sejurus lahirmu dari kantung kasih sayang Ummi, kata-kata pertama dari mulut ummi dan ayah ialah Alhamdulillah,
Begitulah pada hari ini Alhamdulillah, Muhammad Ammar Genap 1 Tahun Usianya
Selamat hari lahir anakku yang dicintai
Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan nikmat mempunyai Muhammad Ammar 
Semoga Muhammad Ammar menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah.
Menjadi pembela agama yang dicintai ini.
Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupanmu didunia dan diakhirat
Amin

Friday

Biomil Ahmad Umar dan Muhammad Ammar dah sampai

Latest order
Fisrt order on February

Sos Lada Hitam




Sesekali teringi jugak nak makan ala-ala western sebab dah lama sangat tak makan luar. setahun amat lama..huhu Jadi saya digging la kat internet macam mana nak buat sos lada hitam..
Rupanya senang saja..Alhamdulillah boleh makan spesel sikit. Saya telah merenovasi resepi tersebut mengikut bahan2 yang ada di dalam dapur saya.

Sos Lada Hitam
Bahan-Bahan

2 susu marjerin
1 1/2 sudu tepung gandum
3 cawan air
Kicap
4 sudu sos cili
4 sudu sos tiram
Sebiji tomato dipotong dadu
Sedikit daging ayam dipotong dadu
1 sudu lada hitam (kisar/tumbuk)
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat

mula cairkan marjerin

kemudian masukkan tepung gandum. kacau sampai keperangan
pastu masukkan air
pastu sos cili dan sos tiram. boleh terus masukkan tomato dan ayam. Kemudian masukkan kicap. masukkan sampai warna sos jadi coklat-coklat. jangan sampai hitam. nanti tak menarik. :)
masukkan gula dan garam secukup rasa. dan akhir sekali masukkan lada hitam.

biar didih dan kacau. jika tercair masukkan sedikit tepung jagung.
Bila dah siap boleh makan bersama roti/nasi dan ayam goreng. Saya buat ayam goreng sendiri. Caranya buat, bancuhan tepung macam nak goreng pisang. Iaitu secawan tepung gandum, secawan air dan kapur 2 calit. kamudian lumur ayam dengan garam dan rempah daging. bila nak goreng masukkan ayam dalam bancuhan tepung dan goreng sampai masak.

roti saya guna roti perancis Daily. RM 1.60 sahaja..

Alhamdulillah buat lagi untuk abang makan dengan oat untuk bekfast

Ummi vs. Ayang

Abang cuba membetulkan sebutan Ahmad Umar yang memanggil umminya Ayang.
Suami cakap pada Ahmad Umar ini Ummi
Ahmad Umar cakap bukan ni Ayang
Kemudian suami cakap lagi ini Ummi
Ahmad Umar cakap Ayang
Ayah terus mendengki menyebut Ummi banyak kali
Ahmad Umar terus membalas dengan laju Ayang Ayang tapi tersebut juga Ummi sebab psiko suami meyebut ummi banyak kali jadi dia pun terikut..tak puas hati Ahmad Umad jerit menyebut AYANG!!!

Kemudian abang cakap lagi bukanla Umar..ini Ummi kemudian menyanyikan lagu Ummi Hadad Alwi & Sulis

Ummi...Ummi... Ummi... Ummi....siap dengan bunga api macam matlutfi90 buat..


Ahmad Umar takmau mengalah juga lalu dinyayikan dalam rentak lagu Ummi ni:

Ayang..Ayang..Ayang..Ayang..

Merah muka kami ketawa dengan gelagat putera yang seorang ni....Ayang pun Ayanglah...Tapi lepas kejadian ni Ahmad Umar dah mula panggil Ummi instead of Ayang..Adalah juga tersebut ayang tapi dah banyak kali guna perkataan Ummi..:)

Thursday

My Homemade Sushi


Ini adalah sushi yang pernah dibuat. Alhamdulillah masa mengandungkan Umar, lidah saya menolak makanan kedai. Even KFC pun bila membaunya menjadi loya. Masa mengandung tu semua buat sendiri. Nak makan nasi ayam, kek batik, dll terus cari resepi diinternet dan buat sendiri. Masa ni jugaklah, berhenti makan di kedai mamak. Seingat saya ini sudah dekat 2 tahun lebih la tak makan di kedai mamak. Dan sampai sekarang lekat dalam kepala otak saya ni masak sendiri lagi bagus. dah lama lama lama sangat tak makan luar.
Sushi ni saya start buat masa mengandungkan Umar juga. Abang suka sangat makan sushi. Mula-mula pergi juga sushi king. Yala masu tu berdua, ada la duit2 lebih..Tapi bila memikirkan halal dan tidak halal, saya terus tekad untuk belajar dan buat sendiri. Dah banyak kali buat sushi. Seronok bila tengok abang dan adik adik suka makan. Jimat pun jimat.
Saya lansung tak guna bahan-bahan yang dari Japan. Semuanya yang insyaallah halal.
nak buat beras sushi perlukan 
beras sushi (saya pakai beras jamine atau cap kartun)
cuka ( pakai jalen je) kalau beli cuka ready made mahal tau. RM15. Yang ni pakai jalen 2.50 je. yakin halal sikit.
gula
garam

jadi insyaallah Halal. Kalau bahan-bahan inti (yeke depa panggil inti??) suka hatilah nak pakai apapun. :). sekarang ni dah ada macam2 jenis dah..ada yang bubuh rendang pun ada..

Last buat sushi masa balik perlis bulan 5 hari tu. Nyam nyam..bila nak buat lagi..

Wednesday

Wordless Wednesday 1

Riadah: Minyak Beku lagi

video

Menenangkan fikiran dengan melihat kebesaran-kebesaran Allah yang makin rosak dek kejahatan tangan-tangan manusia. Namun ada juga sudut-sudut yang dalam proses pembaikkan dan dipulihara kembali untuk kegiatan riadah. Alhamdulillah. Semoga ia bakal menjadi tempat riadah yang berfaedah. Saya harap ia bersih dari kedai2 makan mengadakan karaoke dan perkara yang bakal mendatangkan murka Allah. Dah jadi macam adat pulak di Batu Pahat ni. Mesti nak letak karaoke. Di Punggur dah siap pentas terbuka pula. Berseronok tak salah tapi jangan melebih-lebih sampai lupa batasan. Apa nak jadi kalau buka kedai karaoke kat tengah kampung melalak sampai 3 4 pagi menganggu tidur dan ibadat orang (kejadian benar di kampung mertua). Bunyi kuat pula tu.  Batu Pahat memang kurang tempat menarik, tapi masih ada. Cuma ada segelintir penduduknya masih buta hati tidak mahu menjaga kebersihan dan anugerah Allah ini. Memang kami elak ke shopping kompleks. Jika ada keperluan sangat-sangat sahaja baru pergi. Kami lebih suka ke Tasik Y, Minyak beku, tempat2 rekreasi atau pun stadium UTHM sahaja. Tapi menyedihkan ada juga anasir-anasir negatif yang tak elok dipandang anak-anak. Semalam, bila melalui BP Mall, Umar cakap.."masuk sini" "masuk sini"..Alahai anak, dia pun tahu dah lama tak ke situ. Kesian pun ada. Should find alternatives agar anak berasa kurang seronok dan takde faedah sangat nak ke sana. Tapi dia memang happy je di Minyak beku. Tengok ikan belacak, obor-obor berenang, matahari terbenam..Subhanallah. 

Tak Berharta tapi kami bukan DOT DOT DOT

Tidaklah terasa berat dengan tuduhan yang telah dilemparkan kepada suami beberapa hari yang lepas walaupun tuduhan itu amat berat. Dia tak buat jadi dia tak pernah berasa takut. Tapi kecewa dan sedih apabila "beliau" mengeluarkan tuduhan dan mengaitkan suami miskin, ayah dan mak bercerai, broken family. I know my husband feeling sekarang sedih. Rasa macam saya sendiri nak pergi bercakap dengan "beliau". It is too much!! Yess..kami memang tak berduit..kami tak seperti "beliau" yang ada orang gaji, everyday have a choice to makan mcD or pizza or even sushi king with her family tapi kami bukan DOT DOT DOT. Abang dah cukup bersedih bila dia takda ayah yang bertanggungjawab seperti orang lain sejak dia lahir. Bila hidup terpaksa berkongsi kasih sayang dengan keluarga tiri. Orang boleh cakap apa saja tentang kelemahan hidupnya. Tapi saya tahu timbal baliknya adalah pahala untuk kesedihan abang. Abang seperti abang, hanya memendam perasaan dan meneruskan hidup dengan seluruh semangat yang ada.

Senang saja nak lemparkan tuduhan kepada suami kerana dia computer geek. Know everything about computer..malah abang boleh ingat apa brand, capability computer dengan hanya memberi gambaran komputer..senang saja nak lemparkan tuduhan kepada suami tanpa siasat di pintu pengawal..
Abang paling sedih apabila seorang KJ yang dianggap abang mengaku dengan KJ yang lain selepas kejadian tu dia dah tak berapa nak tegur abang...What a heck!!!! he not even asked abang anything.

Atas apa bukti yang kamu semua nak tuduh abang DOT DOT DOT!!! Tuduhan hanya datang dengan sangka sangkaan saja..Hanya atas kapasiti beliau berpangkat dan berduit dia boleh tuduh my husband sewenang wenang!!. Bila jadi macam ni kat abang, i wonder dah berapa banyak beliau tersilap dan salah dengan orang..sebelum ni pun pernah jadi benda yang sama dan 100% beliau tersilap. Sekarang belum jumpa jalan penyelesaian dan suami masih disyaki. Saya nak tengok tinggi mana ego beliau. Adakah dia akan minta maaf dari abang jika hal sebenar terbongkar.

They said maybe police will come to our house to serbu. saya tak resah dengan tuduhan ni. Apa yang datang saya akan pertahan suami habis habisan. At that night my husband ada dirumah bersama saya. I know my husband. Suami saya bukan orang yang suka keluar tak ketahuan hala. Kalau husband orang lain mengeteh atau ada activity without family, my husband bukan seperti itu. Dia lebih suka duduk dirumah bersama saya dan anak-anak. Saya tak pernah halang suami malah saya bukan perempuan "cemburu laki" seperti beliau pernah cakap suatu waktu dahulu. Nak kemana-mana kami mesti pergi bersama.  Kalau dia nak buat tak payah tunggu sekarang..dulu lagi abang boleh buat..Jika keadaan menjadi berat, dan kami tak mampu lawan didunia, kami tahu Allah tetap ada untuk membalasnya diakhirat. 

Ya Allah tatkala kau hadirkan ujian untuk sekian kalinya
kami mohon padamu agar janganlah kau bolak balikkan hati kami
menjadikan hati kami berkata "menidak-nidakkan kebaikkan kami dibalas dengan ujian sebegini"
Kami tahu Ya Allah, kau timpakan ujian ini
adalah untuk menguji keimanan kami
untuk mensucikan hati dan dosa kami
Untuk mengajar kami tentang kepura puraan dunia ini
dan sesungguhnya demi kerana engkau sayang kepada kami
bukakanlah jalan agar masalah ini bertemu jalan penyelesaiannya.
Ampunilah dosa kami
bukakan pintu hidayah kepada beliau agar dia tidak merendahkan kami seperti dulu dan kini hanya kerana dia BERDUIT dan BERPANGKAT.....


You may write me down in history with your bitter, twisted lies
You may trod me in..the very dirt,
But still, like dust I'll rise
You may cut me with your eyes
You may kill me with your hatefulness
You may shoot me with your words
but still, like air, I'll rise





Monday

When Computer Whiz teach ABC

On yesterday Sunday morning my husband gave me a joke which is when a computer whiz teach their children ABC. Why  he come out with the joke? Because he is computer geek..:). At first we only list A to D but then we try to list all computer words from A to Z.

When a computer whiz teach their children ABC.....