Friday

Balik Kampung..Yeay!!

Memang lama dah tak balik kampung saya. Last balik bulan enam tahun lepas. Malam ni betul betul teruja. Malah disebabkan nak balik kampung semangat melajukan progress research adalah ditahap yang tinggi. Berdebar pun ada. Takut pun ada. Dah lama tak jalan jauh. Kali ni pun bukanya sebab ada duit pun tapi hold here and there, decide pay later this and those, kami memang nekad nak balik. We had a really really tight budget!! Ohh!! Last jumpa mak bulan 3 hari tu, masa adik sepupu nikah dan kenduri. Harap-harap lepas pengajian master ni ada rezeki yang lebih baik; Saya beroleh kerja di UTHM atau yang lain2 yang boleh menambah sedikit demi sedikit rezeki. Insyaallah. Saya tetap mengikut resam mak dan ayah. Adat orang bernikah yang bertatih tatih. Masa bercinta kita naik bas. Bila dah nikah kita beli VIVA. Insyaallah tahun demi tahun kehidupan akan sedikit senang dan senang. 

Ohh memang tak sabar nak bertolak lepas Subuh esok. Abang tengah kemas kereta. Jap lagi nak masukkan beg beg. Anak-anak dah tidur. Baru saja sudah  kemas rumah. Actually saya memang berdebar dan ada sedikit takut. Sebab dah lama tak musafir sejauh ini. 

I want to beg for forgiveness to anybody that i've hurt. Especially my Xs friend. Sorry for every hurt feeling. Maaf sebab saya buat semua salah faham. Tapi ini pengakuan saya, sejak dari mula bukan saya nak tuju kat sapa2. Tapi bila keadaan tak baik memang ada saling tuju menuju secara halus. But in the first place it was nothing. Yess i beg for forgiveness. Please forget everything, move on and live like we do today. Yess!! i made everybody misunderstood but i've explained the truth about my intention. It's up to you guys to believe it or not. Please forgive me and my sins. Thank you for being great persons to me, especially my 10 years old friend. I miss you so much. I love you so much. This is truly from the deepest part of my heart. In case I'm "going somewhere" that actually i'm not ready yet!!" huh -sigh- This is because i feel afraid sebab dah lama tak balik, and because of accidents here and there!! Ohh!

Hopefully, we'll have a safe journey. Hmmm..sangat tidak sabar lagi!! Ada lagi 5-6 jam untuk bertolak.  Balik kampung!!O ho ooo ooo balik kampung..ooo oooo ooo balik kampung..Hati Girang!!!

CUN!!

Beberapa malam yang lepas tengok cerita CUN. Anak-anak dah tidor awal. Leh tengok sama-sama dengan abang. BEST cerita CUN ni sebab depa menggunakan loghat kedah dengan betul dan ORI. MANIS!! saya minat ngan ang. Tak kisahla ang senget ka apa. Memang real dan menjadi. Yang lain pun jadi gak tapi sebab MANIS lagi best sebab dia cute!!

Sebenarnya tak abis pun tengok cerita tu. Kat part MANIS balik dari pondok dan si CANDY datang saya sudah pun terlena. Ntah belum sempat tengok balik.

Suasana Kampung
Paling menarik bila tengok cerita ni ialah saya begitu teruja untuk hidup dalam suasana kampung yang bersawah padi. Ada tali air yang bersih. Bestnya. Takpala rumah tak besar, tapi tanah keliling mesti besar supaya leh bela ayam dan itik sendiri. Tanam pokok sayur sendiri. Nanti nak makan, tinggal kutip dan masak je.KAlau buat bendang pun takpa. Buat bendang moden la..panjang kalau berangan-angan. Tapi dengan taraf hidup dan desakkan kewangan zaman sekarang mungkin tunggu pencen dan ada bisnes kecil yang lain baru boleh dok kampung gamaknya. Memang negara kita makin gah dan maju tapi cuba fikir keadaan hidup kita pula..SIBUK, TERTEKAN, TERDESAK, dan seangkatan dengannya demi untuk memenuhi kehendak perubahan taraf hidup dari masa ke masa.

Dari FB Wardina dia menyatakan;

"you know studying traditional societies made me wish i lived in the era...makan grow sendiri, semua barang2 share...duit tak ada..simple2 life. YES we think life is easier NOW when in reality its so much more complex and screwed up... smarter are we? Kononnya...But we cant challenge the wisdom of traditional societies. What we have now is superficial knowledge. The End. You may disagree."

Yang Tak Syok!!
Tapi takbestla, ada ka plak ada BEDAH BISTRO dan depa tu jadi ROSALINDA kampung. Hmm, tak berkenan. Nauzubillah.

Tapi memang depa semua bawak suasana kampung dan kekedahan itu, sangat menjadi :) Nantilah baru sambung nak tengok ending.

CUN memang BEST!!!  Memang ada part yang negative dan buruk tapi dalam cerita ni memang takleh lari dari perasan sentimental hidup berkampung. Perasaan disapa angin bila duduk ditengah sawah, Perasaan main di tali air, Perasan tangkap ikan puyu guna serkap dan pelompat. Hidup berkampung memang tenang dan MANIS!!!

Ps~~Semalam dah tengok cerita CUN sampai habis. Sentimental hidup berkampung bila mak dan tok belah nyoq pastu berebut "tumboq"  dengan adik2. Kalau kecik tumboq tu paling sedap. Kalau besar dan rasa hampas sikit2. Tapi jenuh gakla nak belah tumboq tu nak bahagi bagi cukup kami 6 beradik..huhu!!! Seronok bila teringat tolong mak kupas nyoq bila mak nak wat gulai. Buah nyok kat rumah besar2. Masa kali pertama tolong kupas nyoq pakai parang masa darjah enam. Penat betoi..Terjun lam selut jumpa lintah. Pastu terjun lam selut terpijak tempurung kelapa tapi kami ingat tengkorak manusia, kiki. Pastu nak masuk bendang pakai but, tapi nak jalan kaki melekat dalam selut. huh penat betoi.

Memang nostalgia hidup kat kampung.:) Sentimental habis.

Thursday

BENCI NAK BACA. CAKAP MACAM BAGUS!!


Pernah juga suatu masa dulu saya sendiri membenci sesuatu topik yang ditulis dibuku atau di blog dek KELEMAHAN DIRI SAYA. Rasa pedih hinggap ke kepala dan telinga satu persatu. Contohnya topik anak derhaka dek kerana ada masalah dengan mertua. Tapi alhamdulillah berkat muhasabah diri saya, suami malah mertua keadaan kini bagus dan lebih bagus. Percaya atau tidak jika dulu mendoakan mertua adalah pengkhianatan terhadap mak kandung saya kini saya dengan sejuk hati mendoakan dia dan ibu saya sendiri. Berkat apa? rahmat Allah dan cinta serta rasa hormat yang terbina kepada suami. Alhamdulillah mertua juga sudah keluar dari kancah masalah hidupnya dan dia lebih tenang dan memandang banyak hal antara kami berdua dengan lebih positif. Ya, ada silap saya yang tidak sabar dan mudah berkecil hati. Tapi alhamdulillah sekarang semuanya sudah bagus dan bahagia. Balik rumah mertua selalu bukan lagi masalah. Ketika saya menghadapi masalah dengan mertua dulu memang saya tak boleh dengar apa saja yang ditulis mengenainya. Saya rasa, "alah, dia tak dok tempat saya mana dia tahu". "dia tak faham". "Alah macam bagus je dia cakap". Walaupun saya sayang ustaz kazim tetapi saya tak pernah bukak video ceramah "anak derhaka" sehinggalah hubungan saya baik semula. Sebab dengar je ayat-ayat yang pertama-pertama pun dah pedih telinga. Lepas hubungan jadi baik barulah saya boleh berlapang dada mendengar ceramah itu dan banyak benda boleh belajar walaupun tekena batang hidung sendiri.

Malah suatu masa dulu ada juga tulisan yang saya tolak tepi kerana panas hati membacanya disebabkan KELEMAHAN DIRI SENDIRI. bukan saja hal derhaka, tapi hal solat, hal tutur kata, hal zaman bercinta dan apa-apa lagilah yang boleh disenaraihitamkan terus dari sekarang!!! Dari satu segi adakah dia menyakiti hati saya. Tentu saja tidak. Lepas satu tanggungjawab dia menyampaikan sesuatu yang betul. Kini juga ada benda yang buat saya terasa dek tulisan yang terkena batang hidung sendiri. Atau pun video yang menunjuk kelemahan diri. Contoh saja hari ini bila encik Ghazali Kadis mengsharekan video tentang jahiliyah moden. Sapa tak terasa. Saya terasa!! tapi saya perlu melihat dari sudut bahawa "Allah marah sayang jika buat begini". Dan akhirnya saya delete semua gambar2 saya ketika anak dara atau gambar tanpa suami/anak-anak di FB. Malu terhadap diri sendiri. Malu bila mungkin gambar saya ditatap dan menghinggap dosa zina kepada sang lelaki yang memandangnya. Malu dosa saya menimbun tinggi dan jika saya masih degil dengan seribu alasan adakah alasan saya hari ni valid untuk Allah di Al Mizan nanti. 

 
Jahiliyah Moden

Ustaz kazim berpesan dalam ceramahnya. Bila ada orang menyampaikan nasihat jangan pandang diri orang itu. Tapi pandanglah apa yang dicakap olehnya. Jangan diasak dengan kata-kata cakap tak serupa bikin atau ko pun sama, kerana jatuh dosa kepada diri sendiri balik. Kalau kita menilai seseorang dari apa yang dicakapnya sampai bila pun cakap yang baik akan menjadi jahat. Ingat tak tentang ceritaNabi Nuh dimana baginda adalah seorang nabi, Utusan Allah. Tetapi isteri dan anak-anaknya jahat dan menolak ajarannya. Adakah kita patut tidak mempercayai dia kerana itu?? Boleh jadi rosak iman dan islam kita.

Saya berharap biarlah saya dilandasan yang betul. Memang dosa saya menimbun tinggi. Entah dapat atau tidak pahala yang entah batul atau tak ini memberikan pertolongan dalam menghadapi hiruk pikuk dan ketakutan di tengah padang masyar. Takutnya bila mendengar kalau kita ada pahala 70 ribu orang nabi belum tentu ia dapat menyelamatkan kita? Entahlah. Mungkin saya rasa niat saya sudah betul tapi mungkin juga Allah akan beritahu ketika Hari pembalasan yang sebenarnya kamu melakukan tanpa kamu sedar ada niat yang tidak baik..:(..Terus menerus menghalang diri dari membaca sesuatu yang mungkin memberi kebaikkan dan penyesalan bukan satu yang bijak. Memberi seribu alasan terhadap sesuatu yang bersalahan juga adalah bodoh. Hari ni boleh beri alasan tapi bila kita nak mati boleh ka? Dengan dosa-dosa ini saya sendiri sendiri keliru mana tempat saya disisi Allah. Teruknya diri ini. Banyak benda kena ubah untuk menuju jalan taqwa. Pesona hidup seringkali membutakan mata. Mungkin kita sayang atau suka sesuatu perkara tetapi ia adalah kebinasaan terhadap diri. Mungkin kita benci sesuatu perkara tetapi ia adalah kebaikkan buat diri. Jalan taqwa boleh dicapai dengan enam perkara. Tapi ia bukan mudah jika tidak disertakan dengan iltizam yang bersungguh-sungguh. Dalam turun naik semangat menuju jalan ketaatan adakah saya ini mampu untuk terus istiqamah?? Pertama jalan taqwa itu boleh di capai dengan menuntut ilum. Kedua ialah berilmu dengan amal. Ketiga ialah bermujahadah dan beristiqamah. Keempat pula Berdoa dan bertawakal. Kelima ialah bertaubat dan melakukan kebaikkan dan yang terakhir tidak berlebih lebihan dengan yang halal.

Memang saya menulis kerana saya terasa ingin menulis dan meluahkannya. Bukan sebab orang lain tapi penyesalan diri sendiri yang mungkin boleh dikongsi dengan semua orang. InsyaAllah.

VIDEO SEKS! VIDEO SEKS! VIDEO SEKS!!!!! MODE marah gila!



Apa nak jadi TV kita la ni? Apa nak jadi pemimpin kita la ni? Apa nak jadi Kita semua la ni???? Saya memang tak puas hati. Tak puas hati ngan keadaan pemimpin dan negara yang serba serbi semakin menuju kepada menjatuhkan martabat islam. Takyah dok kata saya eksterimis atau menyokong parti-parti tapi anda nilai sendiri. Apa khabar YB-YB kita yang sepatutnya mewakili rakyat tapi dia dulu yang terlebih senang? Apa khabar polis, kastam, semua penguatkuasa kita sekarang sedangkan mereka berjudi iman denagn penghulur duit bawah meja!!! Apa khabar Pemimpin kita sekarang?? Betul sangatkah mereka ingin menegakkan syariat islam walaupun sedikit?? Pasal video seks ni pun hangpa tak larat nak angkat lidah suh berenti saja tayang di TV.  Apa khabar kontraktor jalan dan bangunan yang depa la ni banyak pecah amanah nak buat kerja? Jangan kata kita tidak dapat menjalankan apa yang islam buat sedangkan Rasululullah terlebih dulu hidup dengan kabilah kabilah arab/yahudi/nasrani yang lagi bengis dan keras kepala. Jangan kata zaman rasulullah tu zaman lama sedangkan Allah dah sebut islam segar dan sesuai sepanjang zaman. 

Oooo mungkin hangpa kata, kalau ang pandai ang pi la wat kerja depa. Saya memang tak reti tapi jangan lupa berkerja dan beramal dengan islam/cara yang betul adalah wajib bagi setiap orang!! Insyaallah nanti semua akan jadi betul.

Urgghh VIDEO SEKS. Taktau ka yang dok tengok tv ni anak-anak kami. Tak tau ka yang tengok tv ni suami-suami kami. Tak tau ka yang dok tengok tv tu isteri isteri kami, Tak tau ka yang dok tengok tv tu adik-adik lelaki kami, taktau ka kami ni pun tengok tv juga!!. Hangpa tak tau ka yang internet lani semua rumah ada. Hangpa tak tauka hangpa dok war war video seks video seks ni ada orang yang terlampau nak amik tau akan pi bukan dan tengok. Dan kemudian mungkin meleret-leret sampai video-video lain. Oii hangpa tak tauka yang hangpa dok tayang kat tv tiap-tiap hari tu, dia tu belom bukti bersalah lagi kan? Kalau nak bukti salah hangpa tayang kat mkhamah hangpa dahla..Dok tayang kat TV buat apa. GILA!!! Dah bersalah nanti baru habaq!!! lani dok kalut tayang hari-hari nak wat pa??

Saya bukan marah sebab parti itu ini. Tapi saya jijik dengan keadaan politik yang menjatuhkan maruah dengan segala cerita seks!!!! Dan cara ia disebar-sebar. Masalahnya ia disebar dan ditayang di media UMUM!!! Memang saya tak puas hati. Esok-esok saya tuntut semuanya diakhirat!! bersediakah pemimpin semua nak tangung??? Wartawan ingat, kerja hangpa memang bagus tapi pastikan berita yang hangpa bok keluaq yang betul2 benar dan mengikut kaedah islam suruh. 

Rahsia Al fatihah


Dari Para Ulama menyebut;


Al fatihah sunat dibaca ketika masuk ke masjid.
Pahala membaca al fatihah ibarat orang yang membaca dua pertiga alquran

Anak yang menghadiahkan al fatihah kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia akan meyelamatkan ibu bapa daripada api neraka selama 40 hari.

Rasululullah berjalan dengan sahabat bernama Abi Zaid. Apabila mendengar ada orang membaca alfatihah, baginda berkata " Kita berhenti dan dengar bacaannya sehingga selesai.

Dari hadis rasululullah

Surah al fatihah adalah ubat dari segala penyakit dan penawar bagi racun
Apabila selelsai iman membaca al fatihah hendaklah kamu mengaminkan  (Amin) nescaya permintaan kamu diperkenaankan

Bagi mereka yang mengunjungi sesuatu tempat dan apabila mendengar al fatihah dia mendengar sehingga habis, dia mempeolehi pahala seperti orang yang berperang di jalan Allah

Bagi siapa yang membaca surah al fatihah dan al ikhlas ketika pulang ke rumah nescaya terhindar dari kekafiran dan kepapaan serta mendpat kebajikan di rumahnya
Dipetik dari majalah Al islam ketika menunggu kereta diservis di Produa

Wednesday

Muhammad Ammar: Merangkak dan Duduk


Imam Ahmad berkata," Dunia ini memang ajaib.
Ketika kita berada bersama anak-anak, tiba-tiba ia mampu memisahkan kita."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Allah yang memberi nikmat dan setiap detik bersama-sama adalah berharga. 
Buatlah semua yang baik bersama selagi ada masa.

Muhammad dah boleh merangkak dan duduk dengan stabil. Alhamdulillah. Mula-mula agak risau juga sebab kebolehan Muhammad untuk memapah dan memanjat sebelum dirinya stabil, boleh memberi kecederaan. Alhamdulillah sekarang dah boleh main mainan sambil duduk. Panjat meja, sofa dan sofa mini bukan main lagi. Tak sedar diri belum seimbang dan kuat sepenuhnya.  Alhamdulillah Muhammad dan tau dah, jangan turun tilam dan sofa sebarangan. He learn his lesson :) Dah pandai hati2 turun tilam dan sofa. Minggu lepas, entah macam mana tersalah step Muhammad tak dapat turun dari tilam. Dia menangis, Apabila saya menjenguk, Muhammad menahan tangan dan kepalanya dilantai dan kakinya masih diatas tilam. Haih kuat pula dia tahan badan sendiri. Nasib baik jugaklah tak terjatuh terus. Walaupun takda katil, tilam di rumah boleh kira tinggi juga dengan saiz ketinggian 8 inci.Dan banyak kali jugala dua-dua anak jatuh berdentum.

Muhammad Ammar dah pandai panggil orang dengan bunyi "ehh ehh". Lagi tak kalih lagi kuatlah suara dia memanggil.

Seperti selalu dia adalah peminat setia abangnya Ahmad. Ahmad buat apapun mesti Muhammad gelak besar. Ummi dan ayah hanya ada lawak-lawak tertentu yang Muhammad suka.

Alhamdulillah Muhammad, Muhammad pun dah pandai baca dan buka buku macam abang Ahmad. Walaupun lepas boring dia akan hisap buku tapi takpala. Bertatih tatih dulu, pasni boleh geng dengan Abang Ahmad yang suka baca buku. Keep it up son!! Insyaallah esok adalah Hari baru, adventure yang baru dan boleh pandai sesuatu yang baru juga. Alhamdulillah.

Doa yang Mustajab



“Doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) tanpa diketahui oleh saudaranya itu adalah doa mustajab. Di atas kepalanya (orang yang berdoa) ada malaikat yang telah diutus. Sehingga setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan, “Amin dan kamu juga akan mendapat seperti itu. (HR. Muslim dari Abu Ad-Darda’)”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pernahkah kita mendoakan jiran-jiran kita atau sahabat-sahabat kita atau pemimpin-pemimpin kita?? Pesan Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, doalah kepada orang lain kerana ia adalah mustajab. Insyaallah dengan sebab mendoakan pemimpin, mereka akan memimpin dengan baik, dengan sebab mendoakan jiran dan sahabat mereka akan selamat dan sentiasa bahagia. Mudah-mudahan dengan sebab kita mendoakan, kita juga akan dilimpahi dengan perkara yang sama. Nyatakan kasih dan ambil berat kita dengan doa. Subhanallah.

Tuesday

Patutlah!!! Saya yang tak reti!!



Today is my DEPO injection day. Hari ni pergi ke klinik kesihatan. Alhamdulillah keputusan untuk pergi tengahari memudahkan urusan bila tak ramai orang sangat. Duduk sekejap je, pastu dah kena panggil. Sambil-sambil Nurse Khatilawati tulis maklumat dalam buku, kami ada sembang-sembang juga. Melihat sebakul pil-pil di atas meja saya tunjuklah pil noriday dan cakap pada nurse, saya makan noriday selepas melahirkan anak yang pertama. Pastu nurse cakap, Noriday ni ambil dalam masa 6 bulan je tau. Lepas dia cakap macam tu terus saya tergelak. 

Saya cakap " Yeke, patutlah lepas 8 bulan saya mengandung lagi" 

Nurse Khatilawati " Yala, bukan saja lepas 6 bulan, pil ni hanya untuk mereka yang menyusu penuh, tidak bekerja dan duduk dirumah saja"

Saya " Saya makan sampai 8 bulan. saya beli je kat farmasi. Dia suggest yang ni. Farmasi tu tak cakap lak sampai 6 bulan je" saya tergelak-gelak.

Nurse khatilawati " Sian awak. Bukan kesian apa, anak-anak la. Kurang kasih sayang dan perhatian"

Saya "ye la, nurse, saya pun perasan juga. kalut juga. kadang-kadang saya rasa dah cukup bagi tapi masing-masing ada yang terasa"

Nurse Khatilawati " Bukan awak sorang je, ramai dah yang jadi macam ni, Pil ni takleh tinggal. tinggal sehari pun dah takut dah. Kalau pil yang ada hormon pogrestrone dan estrogen tinggal sehari ok lagi. Kalau suntik Depo-Provera pula 6 bulan lepas tu baru mengandung lagi"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya tidaklah menyalahkan noriday atau apapun. Cuma saya tergelak saya makan tapi saya tak tau cara ambilnya dengan betul. :) Tapi berpegang dengan kata-kata Ustaz Kazim. Allah tu maha pencipta. Dialah yang menjadikan sesuatu dengan kehendak dan perintahnya. Jika kita berkahwin bukan wajib bagi Allah untuk kurniakan kita anak, tapi bukan mustahil bila-bila masa Allah akan kurniakan anak mengikut kehendak dan kekuasaanya. Muhammad Ammar adalah anugerah yang teristimewa. Ahmad Umar juga begitu. Masing-masing istimewa dengan cara yang tersendiri walaupun sikap mereka berdua berbeza-beza. Allah yang maha menjadikan sesuatu. Jangan tanya jika kita 'termengandung" (Valid untuk yang dah menikah) dan jangan tanya pada Allah kenapa Dia tidak beri peluang mengandung. Kedua-duanya berlaku dengan sebab yang kukuh pada pengetahuan Allah.

Takpa Allah hadirkan anak-anak dengan rapat ni. Memang kelam kabut sikit. Sampaikan kalau pergi mana-mana orang akan tanya kembar ke? atau cakap macam kembar depa ni. Memang macam jaga anak kembar walaupun bukan kembar. Keperluan mereka takkan berhenti walaupun mereka telah tidur. Hinggakan saya sudah imun tak cukup tidur. Lepas umar minum susu, ammar pulak nak susu. Lepas ammar berak, umar pulak berak,lepas sorang jaga dari tidur yang ni pulak akan terjaga. Kalau Ammar nak buaian Umar pun nak buai sama. Langsung tak pernah berhenti. Sebelah malam kalau sorang terjaga lepas tidurkan yang sorang lagi plak terjaga dan macam-macam lagi kehendak mereka. Subhanallah.

Cuma sayalah yang kena mantapkan diri. Tambah-tambah dari segi kepenatan dan tenaga yang cepat menurun. Saya nak amik supplement tapi tak tahu nak ambil apa dan ragu-ragu dengan kesan-kesan sampingan. Mana satu yang benar2 ok. Alhamdulillah abang ada disisi banyak membantu. Kalau takda dia, pincang jugakla. kalau saya basuh berak ammar, umar la abang basuh. kalau saya tidurkan Ammar, Umar lah abang tidurkan. Rasanya Umar akan lebih rapat dengan ayah berbanding saya. hmmm...Camana ni. Dah nampak simptom-simptom Umar kurang kasih sayang. Sekarang dia agak memberontak dan banyak whining...:(

Muhammad Ammar dan Ahmad Umar, Ummi sangat sayang pada kamu. Maaflah jika ummi tersalah dalam kekalutan dan kekurangan ilmu ummi. Insyaallah Ummi akan terus berusaha!!!

Monday

Boleh Bela ke Burung Walit??


"KAHANG, KLUANG - Sebuah premis perniagaan makanan di sini, dikenakan kompaun sebanyak RM500 oleh Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) kerana pemiliknya menjalankan aktiviti industri burung walit di bahagian atas kedai berkenaan.

Kompaun berkenaan dikenakan kerana lokasi aktiviti industri burung walit yang dijalankan tidak bersesuaian.

Yang Dipertua MPK, Ahmad Ma’in berkata, tiada siapa boleh larang untuk menjalankan aktiviti industri burung walit, tetapi lokasinya perlu bersesuaian dan dalam kes ini aspek kebersihan amat ditekankan.

“Masyarakat sekeliling juga membuat aduan berhubung aktiviti yang dijalankan selain ia turut memberikan tekanan kepada pemilik kedai lain.

“Premis makanan berkenaan juga berhampiran dengan hotel dan ini menyebabkan pemiliknya tidak berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan kerana bunyi bising perakam suara burung walit mengganggu kawasan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, kompaun yang dikenakan ke atas premis berkenaan adalah kerana pemiliknya menyalahi Akta di bawah Seksyen 70(1) Ubahsuai Bangunan Tanpa Kebenaran dan Akta 133 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang boleh dikenakan kompaun sehingga RM500."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dah lama tak puas hati pasal burung walit dibela dikawasan pekan/bandar/ premis-premis perniagaan dan kawasan tumpuan orang ramai.

GELI memikirkan tahi-tahi burung, hama burung, selsema burung, bunyi bising yang sebenarnya membawa ketidakselesaan kepada banyak orang

Mungkin lepas ni boleh panjangkan aduan ke pihak berwajib. Tapi kompaun sikit sangat. RM 500, pejam mata je tauke burung tu bayar nanti. Sebab dia mesti banyak duit.

Bela burung walit kat bandar/ kawasan tumpuan bukan saja boleh datang penyakit tapi bakal memberi imej buruk kepada pelancong dengan kawasan yang kotor dan berbau.

Tak patut sebenarnya kan bela burung walit tak kena pada tempat dia????

Sunday

Pesanan Ustaz Zawawi



"Demi kebahagian rumahtangga supaya kekal kita semestinya melatih mencinta, melatih semakin mencinta dan melatih tetap mencinta. Dan ini benar2. memerlukan energi yang besar utk terus menyinta dan menyintai hingga akhir usia, 
kuncinya cinta Allah"
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Banyak lagi kita berdua nak berlatih bersama, dalam zaman yang kita masih bertatih. Berusaha Kita berdua!!
Sayang amat padamu, suamiku

Saturday

Jalan Ke Pagoh Nak beli GORA!!

Hari ni kami semua  ke Pagoh. nak beli Teh GORA. Bagus tau teh ni. Untuk bekal perjalanan jauh minggu depan. Insyaallah kalau takda aral nak balik Perlis dan Langkawi. Kali pertama minum GORA dah lama sangat dah. Masa tu kami sekeluarga nak dalam perjalanan nak balik perlis. Makan nasi beriani dan minum teh herba. Abang minum GORA dan saya minum Teh Kulit Kayu Manis. Kedua-duanya tanpa gula. Antara khasiat teh GORA tu adalah untuk menghilangkan kelesuan dan penat. Masa abang minum di Pagoh, abang dapat memandu terus menerus ke Perlis tanpa rasa letih dan mengantuk.. Subhanallah. Masa tu kami beli juga satu bekas GORA dan Kulit Kayu Manis. Dalam satu bekas ada 5 uncang teh. Harganya RM 25 sebekas. Satu uncang teh dapat buat 2 liter teh. Kalau minum  jimat-jimat, tahanlah satu uncang teh selamat 3 hari. Kalau 2 orang minum la.:P



Perjalanan agak jauh hari ini. banyak benda gak dapat dibincang bersama suami. Pasal Istidraj, pasal kisah-kisah Nabi Muhammad yang diceritakan oleh Ustaz kazim, Pasal hal masa depan anak-anak. Kadang-kadang hal kahwin anak-anak pun dah cerita. Contohnya biarlah mereka dapat jodoh dan keluarga mertua yang baik akhlak dan agama, tanggungjawab mengahwinkan adalah urusan ibu bapa dan kena mula awal buat tabung kahwin untuk anak-anak. Insyaallah jika Allah izinla.Tapi hari ni tak cakapla. Takda cerita orang lain tapi hanya berkisar kami skarang dan masa depan. Dan hal-hal yang terjumpa dijalanan. Memang kalau boleh selalunya elak cakap hal orang lain masa jalan ni sebab dah nama pun family time.

Abang sempat suruh saya membuat satu perkara yang melucukan kami anak beranak. Cuba sebut "BUAYA BIAWAK" dengan laju. Hmm, tak boleh maaaa...Terkehel lidah saya ni..:p Ia mengimbau kenangan-kenangan bersama mak dan adik-adik pula bila mak pernah suruh kami menyebut "TALL TREE", RULER dengan laju. Pecah perut kami menyebutnya.

Agaknya hari ni hari JPJ sedunia..:) Sejak akhir2 ni dan agak lama, dah tak pernah jumpa sekatan jalan raya di sekitar Batu Pahat, Pagoh dan Muar tapi hari ni kami jumpa 3 sekatan jalan raya sepanjang jalan Pagoh dan Muar-Batu Pahat. Mungkin ada kes. 

Semata-mata nak beli GORA!! Pastu terus balik rumah. :) Seronok riadah camni. Almaklumlah ongkosnya budget2. Banyak hal boleh bincang dan kongsi bersama suami dan anak-anak. Tapi kurang sihatla. Duduk dalam kereta je. No sweat at all!! Dah dekat setengah tahun tak ke BPMALL, Carrefour dan Parkson. Kalau pi takut nafsu tak sabar, nanti terguna duit belanja..Adeih!!!

Dari Pena Dr Muhaya (DEGIL)

"Masa manusia hidup mereka boleh degil dengan Allah. Tapi bila akan mati tidak boleh degil dgn Allah kerana ajal tidak dapat dilawan. Bila kita dalam kubur kita tidak boleh degil, bila bangkit semula kita tak boleh degil kena juga ke padang mahsyar, dan tak boleh degil semasa timbangan amalan dan laluan titian sirat. Sama kita renungkan bagaimana kita jalani hidup ini"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masihkah aku berdegil ketika aku disuruh amal? Masihkan aku bedegil bila mana ada nasihat yang betul dan baik singgah ke mata dan telingaku. Adakah aku manusia degil??? Terfikir saya dengan kata-kata dr muhaya. Saat ini, di dunia , mungkin ada yang didegil degilkan tapi saat nyawa dicabut bolehkah berdegil. Adakah aku akan ingat kata-kata ini saat aku ingin berdegil??? Astagfirullah.

Friday

ISTIDRAJ

Di TV 9 saya terdengar ustaz bercerita tentang istidraj. Tapi malangnya saya cuma sempat melihat sedikit sahaja. Saya pun tak tahu apa itu istidraj. Saya menyelongkar Youtube mencari video-video ceramah dan mencari bacaan di internet. Apa itu istidraj??

Ada bab dalam agama ini dinamakan Istidraj.Ia benda-benda luar biasa, bukan sihir tapi selalu jadi berjaya ditangan orang jahat. Tapi jangan kita sangka yang kita hebat tapi ada tanda Allah taala tak suka/benci pada kita. Tapi bila kita buat sesuatu jahat tersangkut, ada tanda tanda Allah taala sayang kat kita. Allah mahu kita beringat dia tak mahu kita terlajak. (ceramah Dr MAZA)

Tanda-tanda Istidraj (sempat catit sedikit saja) (Utz Syed Abdul Kadir Aljoofre ~~ Tanyalah Ustaz TV9)
  1. Makin terus menerus membuat maksiat. dapat harta/ilmu makin jauh dari Allah. Sepatutnya lebih dekat dengan Allah dan jalan Allah
  2. Bila dapat harta dia makin bergembira dan berlagak dengan harta. Makin banyak kekayaan /ilmu/pangkat makin bermegah-megah
  3. Hilang ketenangan. Waktu miskin tenang. Waktu kaya makin tak tenang.
Mudah-mudahan semua nikmat yang bukan istidraj tapi sebab nikmat yang sebenarnya nikmat yang memberi kesejahteraan kepada kita.


Istidraj 1 di Saifulislam.com

Istidraj 2  di http://muzakarah.tripod.com/istidraj.html

Selain jumpa pasal istidraj (kemurkaan Allah ni) jumpa gak satu band black metal nama istidraj. Elok le kome...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Istidraj adalah satu tanda kemurkaan Allah dan Dia benci kepada kita. Tapi istidraj tidak berlaku dengan turunnya bala, bencana, dan kesusahan yang mungkin menjadi kifarah kepada dosa, tetapi ia terjadi dengan nikmat dan keluarbiasaan yang Allah beri kepada hambanya tetapi nikmat dan keluarbiasaan itu tidak membawa manfaat, malah membawa kerosakkan bagi diri atau sesiapa yang mengikutnya. 

Boleh jadi Allah kenakan istidraj dalam bentuk harta bila mana kita mendapat kesenangan dan kekayaan tetapi harta-harta kita tidak pun diinfakkan ke jalan Allah. Kita senang dengan banyak duit tapi duit itu terus-menerus digunakan di jalan yang Allah murka. Malah kita menjadi tak tenang kerana banyaknya harta.

Boleh jadi Allah beri kelebihan dari segi bijaksana. Tapi bijaksana itu menimbulkan kekacauan dan kebinasaan.

Boleh jadi Allah kenakan istidraj itu dalam bentuk anak-anak tapi anak-anak itu membawa kita kepada cinta dunia bila kita terlampau bermegah, bebangga-bangga serta menunjuk-nunjuk kejayaan dan kelebihan anak.

Dan banyak lagi perkara nikmat yang mungkin ia adalah istidraj. Kita rasa seronok dengan nikmat tapi sebenarnya Allah sedang membinasakan kita kerana dosa-dosa yang kita lakukan .

Astagfirullah. Apakah aku ni terkena istidraj. Aku pun tidak tahu. Aku menilik nilik kehidupanku sendiri. Adakah aku terkena istidraj? Ya Allah jangan kau membenci aku. Aku malu. Ya Allah berilah pentunjukmu dan kuatkan iltizamku. Ku berharap setiap nikmat yang engkau beri bukan istidraj kepada kehidupan dunia dan akhiratku.

Thursday

Buah Hati Ummi

Ummi sayang kamu semua

Syabas Anak Muda!!


Saya selitkan satu kisah. Saya tak pasti kisah ni betul atau tak. Mungkin juga ia direka untuk menimbulkan rasis. Tapi dari satu segi sebagai Umat ISLAM harus berfikir. 
 
 Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia

Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.

Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi.. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk disaman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.

Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.
 
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Ada orang hebat di dunia tapi tak hebat dilangit, ada orang hebat dilangit tapi lansung tak hebat di dunia. Islam tak rasis, yang merasiskan ia apabila ada segelintir yang tidak faham. Jadi muncul prejudis dan salah sangka bagi orang bukan islam. KITA ADALAH MALAYSIA. Tak dapat diubah kita WAJIB cuba hidup dengan rukun dan bersama-sama. Ia kenyataan yang tak boleh diubah. Tak boleh timbulkan isu rasis kerana islam tidak rasis. Seorang Penyair Cina Malaysia pernah berkata. Sudah 50 tahun lebih Malaysia merdeka tapi orang melayu masih gagal menunjukkan dan mengajar islam yang sebenar kepada kaum cina dan india (kerana tanggungjawab dan amanah dimana diakhirat kelak kita akan ditanya, ada ke kita cakap tentang islam kepada kafir) .  
 
Dari tinta Bob Lukman:  "Rasis adalah makanan orang jahil, mereka tidak yakin dengan keadilan Allah kepada manusia, Allah menjamin rezeki setiap manusia kerana DIAlah yang menguasai alam ini, setiap bumi adalah untuk semua manusia dan kaum, setiap manusia tanpa mengira kaum wajib mendapat hak mereka darihal keadilan insan. Hanya masyarakat jahiliyyah sahaja yang MEMULIAKAN RASIS. Ketahuilah bahawa islam MENOLAKNYA DENGAN KERAS."
 
Tapi bila kita diasak dengan hinaan, seperti penggunaan nama Allah, atau hal sebegini, kita perlu kuat untuk mempertahankan apa yang benar dalam agama kita. Jangan berkompromi. Contohnya penggunaan nama Allah. Kita percaya Allah itu esa, tapi pihak lain pula percaya allah itu bapa tuhan dll. Ini adalah menyeleweng. Jika pihak tertentu merasakan hal itu tidak ada apa dan boleh diterima, mungkin memberi kesan kepada akidah. Syabas lelaki tu. semoga dia mendapat rahmat. Amin. 
KITA BUKAN ORANG BARAT ATAU TIMUR TAPI KITA ORANG ISLAM!!!! Apa guna kita MELAYU, CINA, INDIA, dll jika islam hanya pada nama sahaja. Jangan mencaci agama lain kerana kita akan dicaci dengan lebih teruk lagi. 

Dan janganlah kamu semua mencaci dan mencela tuhan-tuhan yang diseru selain daripada Allah. (Surah al-Anaam:108). 
 
Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan
berdialog dengan mereka dengan cara yang lebih baik. (Surah an-Nahl:125). 

Kalau sudi Sila panjangkan bacaan ke link Umat Islam ditegah hina agama lain

Bila kita berdepan dengan sesuatu yang begini, terangkan dengan baik. Tapi saya tahu, jika saya pun akan membuak-buak marah saya . Apapun pertahankan akidah dan rasa sayang kita terhadap agama. Jika kita tak pandai dakwah kita boleh berakhlak dengan baik. Guna kata-kata baik, bermuamalat dengan baik. Semoga dengan kebaikkan ia kembali memberi pandangan baik kepada orang bukan islam. Semoga Allah memberi pentunjuk dan hidayah supaya islam kembali cemerlang.

Wednesday

GEN-M, BLURR & Matluthfi90.

Sebenarnya saya tengah BLURR pasal GEN-M..Oh research!! Tak mustahil bila semalam dapat idea hari ni BLURR dan tersangkut tak boleh kemana-mana walaupun idea yang dilakar semalam seolah-olah dapat menyelesaikan masalah. Masalahnya ia boleh diselesaikan tapi otak saya tehadang dengan perasaan jika saya buat begini apa kualiti research saya??? Memadaikah..Adui.!!! Pastu sibuk nak belajar jugak benda yang sukar difahami sedangkan target untuk siap bulan 5 ni..Sempatkah???

Takpalah, rehat jap. Saya nak cerita pasal matluthfi90. Siapa matluthfi90 ni? Ntah saya pun tak kenal. Tapi dia adalah pengkarya di Youtube. Kali pertama saya menonton video matluthfi90 ni adalah dedikasinya terhadap ibunya sempena hari ibu. BEST!!! Saya ketawa dengan air mata. Sebab bila saya lihat video tu saya teringat sangat kat mak saya.

Saya ingatkan tu jela video dia. Takde pula time tu saya nak search di youtube kot-kot ada lagi video  tapi hari ni kawan di FB sharekan video mengenai sampah pula..CUTE, FUNNY but its still full of messages. Saya rasa kawan-kawan yang lain boleh tengok video-video dia di Youtube. http://www.youtube.com/user/matluthfi90

Agak kelakar dan nampak tak serius. Tapi dalam pada itu dia menyelitkan nasihat dengan cara yang tersendiri. Atau kalau tension-tension boleh gak tengok lawak yang berguna ni..


Saya agak ketinggalan sebenarnya. Saya rasa ramai dah tau pasal matlutfi90 ni. Tapi takpalah nak war warkan juga. Bukan jadi tukang promote sebab matlutfi90 ni cute dan matanya sepet tapi sebab mesejnya yang cute itu. Tak salah kan share benda baik..:) . Lagipun dia cakap utara..keh keh keh!!

CINTA dikalangan kanak-kanak. WHI TV3

Topik Wanita hari ini membincangkan tentang CINTA dikalangan kanak-kanak..Siapa kanak-kanak??

"Kanak-kanak  didefinisikan  sebagai  seseorang  yang  di  bawah  umur  18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. "

Seawal tadika hingga awal darjah 6 , saya masih keliru dengan perbezaan gender. Saya masih merasakan kawan-kawan sepermainan saya sama saja. Maksudnya walaupun tahu dia lelaki tapi lansung tak timbul perasan cinta. Kalau main masak-masak, buat pondok dari pelepah nyiur siap ada atap, main dalam kubang kerbau, main bola sepak, main tumbuk-tumbuk ketika itu masih tidak ada perasaan terhadap perbezaan gender.

Bila usia menginjak ke pertengahan darjah enam, masa tu ada juga rasa suka kat orang tertentu. :p . Tingkatan 1 ke sekolah agama. Masa ni masih blur lagi. Masih ada perasaan kat orang tertentu tapi tak serius. Bila tingkatan 2 balik ke langkawi sekolah dekat rumah, terus takda perasaan cintan cintun sangat sebab geng/klik sangat rapat dan akrab. Malah keperibadian masing-masing menyebabkan kami jarang bergaul dengan lelaki. Bila menginjak ke tingkatan 5, timbul balik perasaan dan ada beberapa kenalan rapat lelaki. 

Sebenarnya, saya ada suka kat beberapa orangla. Ada yang betul, ada yang sebab ikut orang, ada yang sebab nafsu nafsi. Tapi bila pikir balik perasaan yang dulu-dulu rasa macam bodoh pun ada. Tapi ia adalah perjalanan dalam kehidupan. Semua orang akan melaluinya.

Sepanjang hidup, saya tidak pernah bercinta dengan orang lain kecuali dengan suami dan kemudiannya berkahwin dengannya. Sebelum tu lansung tak pernah ada.  Dulu ada down juga sebab takde sapa pernah kacau dan mengorat saya. Tapi bila fikir-fikir balik, ada suatu masa tu, bagus juga, sebab Allah nak lindung saya dari tersilap langkah.

Percaya atau tak, semua yang saya minat dari kecik sampai kepada suami saya cerita pada mak saya. Perasaan saya, kesedihan mahupun semua. Even bila saya cakap kenapa orang tak pernah ngurat kakak, mak saya punya jawapan, baguslah, Allah nak lindung kakak. Bila dah besar baru faham maksud mak.

Mak saya saya strict dalam mengawal langkah saya dalam berkawan. Malah ayah saya, jika saya nak keluar dia akan pastikan jika dia tak boleh hantar, kawan baik saya ada bersama. Dia begitu percaya pada kak long nurul huda. Rumah orang lain tak boleh tidur tapi rumah kak long OK!!. 

Kalau ada birthday party kat rumah kawan lelaki, mak lansung tak bagi pergi. Ayah juga pernah warning, kalau ayah jumpa kakak dengan lelaki ayah pukul sampai lembik. Mmm, ayah dan mak betul betul risau saya tersilap langkah. Dirumah, rule mak dan ayah, mesti ada di rumah sebelum pukul 7. Kalau lambat balik, akan didenda sebanyak mana masa lewat dan dikurung di dalam toilet..Eeeewwww. Dulu masa rumah kampung kena kurung kat luar rumah.huhu!!

Saya panjang kaki bila saya menyertai kelab di universiti. Sebenarnya saya lebih anti kepada lelaki dan memandang kebanyakkan lelaki adalah tak bagus. Tapi bila dalam kelab, kebanyakkan kawan lelaki ok dan saya sendiri berasa selamat bila keluar dalam kumpulan bersama-sama mereka.

Anak perempuan dan lelaki sama saja kerisauan dalam mendidik dan menjaganya. Walaupun anak saya masih kecil tapi bila melihat topik wanita hari saya pun rasa risau. Taku-takut cinta monyet tu membawa bahana kepada kehidupan mereka. Takut cinta monyet tu jadi perosak kepada akhlak mereka. Kena persiapkan diri dari awal. Supaya pemikiran saya seiring dengan anak-anak dan kehendak zaman. Kena jadi kawan-kawan kepada anak-anak. Kena KAYA untuk jadi Ummi Mithali. Kena Doa banyak-banyak. Semoga Anak-anak saya menjadi orang yang bertanggungjawab dan tahu menjaga hak diri sendiri dan hak orang lain juga. Amin.

Tuesday

Mereka Tetap Berilmu

Bila search di internet nama-nama ilmuan yang saya sayangi, mereka tak lepas dari dihina, dicaci dan difitnah. Malah ayat-ayat Allah yang disampaikan juga di kritik dan dipersenda oleh orang islam sendiri. Sedih juga. Entahlah jika saya terkhilaf tapi sepanjang mengikuti kuliah dan penulisan mereka, saya rasa tiada apa yang menyimpang dari agama. Namun biasalah, manusia pasti ada khilaf. Tapi adakah khilaf yang sedikit adakah menjadi ukuran terhadap kebajikan yang telah mereka sampaikan. Terbandingkah juga kita jika kita bandingkan mereka dan diri sendiri dalam berilmu, manarik orang membuat kebaikkan dan lain lain.



Saat Ustaz Asri Rabbani meninggal hingga kini, saya berasa rindu kepadanya. Bila lagu rabbani berkemundangan saya pasti teringatkan beliau. Memang tidak pernah berjumpa, tapi kemerduan suara dan kelembutan peribadinya buat saya suka. Hinggakan ketika saya bujang dulu antara cita-cita dalam memilih suami adalah mencari yang lemah lembut seperti dia. Kadang-kadang tertitis juga air mata sebab rindu pada suara yang mengalunkan lagu yang benar-benar bisa menusuk jiwa dengan keinsafan dan semangat
.

Ketika Dr Asri (MAZA) ke London, saya rasa ada kehilangan. Walaupun hanya mendengar kuliah di Youtube dan membaca tulisan di minda Tajdid, saya betul-betul rasa kehilangan. Masa tu beliau dihimpit hebat juga. Semuanya sebab POLITIK!! Kuliah dan tulisan agak sedikit dan tidak aktif.


Bila diperkenal kepada Ustaz Kazim, saya berasa seronok mendengar ceramah-ceramahnya. Banyak isu-isu rumahtangga, ketaatan kepada suami, hukum hukum  dan banyak lagi yang saya belajar. Hinggakan suami cakap saya banyak berubah. Saya harap perubahan-perubahan terhadap ketaatan kepada suami adalah baik dan kekal. Insyaallah. Tapi dia juga tak lepas dari tohmahan diinternet dan blog. Yang hebatnya bukannya sebab apa. semuanya hanya sebab POLITIK!!!


Saya amat suka mendengar ceramah Ustazah Siti NorBahiyah Mahmood. Biasalah bila berdepan dengan kamera penampilan dibaiki sedikit. Tapi saya melihat ustazah tetap menutup auratnya dengan betul. Saya suka cara dia menyampaikan ilmu. Ia terkesan dihati dengan pembawakan bicaranya.

Memang mereka ada khilaf sedikit sebanyak, tapi siapa kita untuk mencaci dan mengata mereka. Bandingkan diri kita sendiri dengan mereka. Sejauh mana kita dapat menandingi mereka dengan kata-kata cacian yang telah dilemparkan. Di akhir zaman kata-kata orang alim banyaknya akan dicemuh. Malah semakin lama Allah akan ambil orang-orang alim ni. Sayangilah mereka yang berilmu agama yang tinggi. Ikutlah ilmu yang disampaikan. Semoga saya ada peluang untuk bertemu dan belajar.

Jika mereka hilang saya benar-benar rindu.

Syaitan

Zikirlah!!
Dia sedang membelengu hatiku
Zikirlah!!
Dia sedang menghasut hatiku
Zikirlah!!
Dia sedang merantai Jiwaku

Zikirkah!! kerana belengu, hasutan dan rantaian itu bukan kerana cinta kepadaku..
Zikirlah!! kerana dia bakal merosakkan hatiku
Zikirlah!!
Wahai hatiku yang sengsara dan duka..Zikirlah!!
Engkau masih ada segenap cinta yang membelai jiwamu.
Allah,Suami, Anak-anak, Ibu, Ibu Mertua, Adik adik dan masih ada mereka yang sudi melindungku. 





Alhamdulillah syukur.

TV 9 tengah tayang lagu Alhamdulillah. Sambil tengah cari gambar drill untuk dimasukkan ke dalam GEN_M, hati tetiba teringat banyak peristiwa kebelakangan ni. Baik buruk dan gembira semuanya Alhamdulillah.



Dian Sastro:
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Malique:
merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:
jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:
aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro:
sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...

Monday

JKU 2129 dah balik rumah.

Sebenarnya, masa orang Aliran tu mesej harga kereta, memang berderau gak darah melihat harga yang patut dibayar. Al maklumla, saya dan suami ni sangat kurang pengetahuan dalam bab bab ni. Mula-mula macam geram gak dan cuak sebab aliran gagal maklumkan dari awal yang kos baiki kereta adalah 535.00. Mula-mula ada salah sorang yang bagitau kemungkinan harga dalam 190.

Kerosakkan kereta ialah headlamp tertanggal, bumper tercabut dan tercalar. pintu bahagian pemandu ada sedikit calar dan kemek. 

Bila dah macam ni, dengan kebluran itu dan ini, mula la tanya kawan-kawan . "Betul ke, kalau bumper rosak sikit, bila nak cat kena cat semua?". Kemudian telefon plak KPDNKK tanya "betul ke harga rosak camni kena sekian sekian?" dan akhirnya telefon perodua pun tanya juga betul ke? Nasib baiklah betul..kalau tak memang terus wat aduan KPDNKK. Sebelum ni ada gak berurusan dengan KPDNKK. Alhamdulillah Encik Megat di sana sangat membantu.

Tapi kali ni, masa telefon KPDNKK, telefon dijawab oleh seorang wanita. Yang kurang sopannya, Bila saya cakap saya nak tanya pasal hal baiki kereta. Kemudian dia terus tanya "Nak buat Aduan ke apa" saya cakap la bukan aduan, tapi nak tanya dulu. Kemuadian saya pun ceritalah. Tak abis cakap dia terus potong dia cakap "ni nak buat aduan la ni" jap saya panggil orang berkenaan. Saya pun tak tau dia cakap kasar ke apa. Saya cuba elak dari prangsaka sebab kelemahan saya itu harus diatasi. Kemudian, dia panggil orang yang bertanggunjawab. Terkejut gak dia panggil ketika ganggang masih di mulut dia. Agak pekak jugak telinga saya ni. Tapi Orang berkenaan agak lambat menjawab pastu wanita tu boleh kata " Dia ni pegi berak lagi ke?". Kot ye pun takyah la bagi saya dengar. Saya melihat kepada beberapa keadaan.

  1. Perkhidmatan kauter yang kurang mesra
  2. Kalau lah  orang berkenaan tu tahu yang kakak tu cakap dia pegi berak ke apa, mungkin dia malu kalau dia tahu...cakap pasal berak-berak pula. 
  3. Walaupun jika hal itu biasa bukankah kurang manis cakap hal berak dan didengari oleh klien. Dahla jabatan kerajaan. lagi nampak tak pro..
Huhu..kalau orang tu tak tahu dia kurang sopan, biar kita saja yang ambil pengajaran. 

Bila dah konfirm kami tak ditipu. Kami pun bercadangla nak pi bank islam keluarkan duit simpanan yang sudah semakin susut. Tapi alhamdulillah sejak 6 bulan tak pi McD, KFC BPMall DLL, boleh la kami menyimpan. Nasib baik ada sikit duit. kalau tak lagi haru. Dahla mula-mula dapat tahu kononnya nak kena 190 tu dah pinjam mak. Memangla mak banyak duit tapi segan sangat sebab faham-faham sendirila bila dah kahwin ni. Tapi dah terdesak sangat terpaksala juga. Lagipun hal eksiden tu pun tak terjangka nak jadi. Tapi kali ni cuba tambah duit sendiri.

Untuk tambahan bayar kereta keluar duit dari bank islam (amanah bagi anak2 lak tu walaupun duit ayah dia simpan tiap2 bulan), Selebihnya adalah duit syiling dari tabung kaca yang dismpan setiap hari. Duit simpan di bank pun dah tak banyak. Pergi Aliran, pekerja tu melangut jugakla tengok kami kira duit syiling atas meja. Saya tanya adik tu "ada tak orang buat macam kami ni?" hihi..Tapi Alhamdulillah diorang bagi diskaun. Kalau tak jenuh juga. Alhamdulillah semua boleh settle sendiri.

Alhamdulillah, JKU 2129 kesayangan kami ni dah balik rumah. Bukan hantu mak limah balik rumah ye. Lega dapat pakai kereta sendiri. BUkan apa, cuak juga guna kereta orang lama-lama..hihi..Tapi apapun terima kasih semua yang membantu. Alhamdulillah. Allah beri jalan pada setiap kesusahan dan kebuntuan fikiran.

Ummi nak Tulis!! Umar Tulis Muka Ammar.


Dah lama dah Ahmad Umar pandai minta pensil dan colour untuk menulis. Bila dah dapat pensel/colour minta pulak kertas. Tapi sebenenarnya bukan la tulis sangat. Ia lebih kepada contengan dan lukisan abstrak. Hari ni Muhammad pun nak tulis juga. dok sebelah Ahmad Umar sambil dok tarik kertas ditangan Ahmad. Sekali Ahmad buat satu contengan ke Muka Muhammad. Zappp, satu garis..

Mmmm, dua beradik ni,kadang-kadang main sama-sama, sampai ketawa melekek-lekek tapi tak kurang juga main sama-sama sampai gaduh dan nangis. Ada gak time tak ngam-ho langsung. Muhammad Ammar pun dah pandai marah sekarang ni. Bila Ahmad Umar terbuat Muhammad Ammar mula la keluar suara dia yang garang dan tangan dilibas-libaskan..

Hai Anak..Semoga jadi anak yang taat pada Allah. Insyaallah berkat taat, nanti jadi anak yang soleh. Amin..Ummi dan Ayah sayang Kamu berdua..

Dari Tinta Ustaz Zaharuddin (UZAR)

" Sebahagian orang merasa 'puas' & 'selesa' dalam jiwanya apabila dapat menyakitkan hati orang lain sama ada dgn kata-kata, tulisan, sindiran dan jelingan. Bagi golongan ini semacam satu hobi melemparkan kata-kata yang diketahui boleh 'menyakitkan' targetnya. Jika sifat itu ada dalam diri, fahamilah hati individu tu SANGAT KARAT dengan dosa terkumpul bertahun-tahun. Tanpa segera diubah, ia bakal menjadi kegemaran harian yg memufliskan akhiratnya.
Antara tanda seorang itu berhati 'kotor' atau sedang ditipu oleh perangkap SYAITAN adalah, apabila dia melihat, mendengar atau membaca seseorang berkongsi nasihat, tazkirah & inti yang baik dengan yg lain, DIA AKAN MULA MENYERANG si penasihat dgn pelbagai tuduhan buruk, atau berkata 'dia pun pernah buat juga' & ungkit apa2 kelemahan individu penasihat yg silam atau dgn fitnah. Hati-hatilah... "
sila klik
Syaitan itu lebih dekat dengan diri manusia. Mudahan-mudahan kata-kata ini menjadi peringatan dan nasihat berguna agar kita semua tidak ditarik ke lembah kehinaan dek tipu daya syaitan. Jom Muhasabah diri! Apa khabar hatiku hari ini????

Sunday

Nak Jadi UMMI MITHALI, Kena jadi KAYA!!

Sebenarnya dah lama dah nak uploadkan catatan mengenai topik '11 tip ibu mithali" dari slot Tanyalah Ustazah, di TV 9 bersama dengan Ustazah Siti Noor Bahyah Mahamood.

IBU adalah seorang insan yang hebat dan dimuliakan Allah hinggakan ada punjangga arab mengatakan;

"IBU adalah umpama sebuah sekolah. Seandainya ibu diberi peluang dia akan melahirkan satu bangsa yang baik"

Di dalam kehidupan seharian kita juga, kita sering menggunakan perkataan IBU. Ia menampakkan IBU sangat penting. Tapi bukan bermaksud BAPA tidak penting. BAPA juga penting pada peranannya yang tersendiri. Kita guna ibu pada:
  1. IBU jari
  2. IBU roti
  3. IBU sawat
  4. IBU pejabat dll.
MAMA, UMMI, MAK, EMAK, MAMI, dan semua panggilan yang ada boleh menjadi IBU mithali.

Ustazah memberi 11 kekayaan yang patut seorang IBU ada untuk menjadi IBU MITHALI. Antara 11 tip tersebut ada yang saya sempat catat huraiainnya dan ada yang tidak sebab masa rancangan Tanyalah Ustazah ni, Saya sedang memasak. Berlari berlari ke dapur setiap kali iklan untuk basuh periuk. Iklan kedua pula basuh nasi. dan letak dalam cooker. Hari jumaat kena masak awal supaya suami boleh makan sebelum solat jumaat. Hihi..Ok Ok back to tips given. Berikut adalah 11 kekayaan yang perlu ada untuk menjadi IBU mithali:

1.KAYA IMAN

Ustazah memetik ayat Alquran dari surah AT Talaaq dari ayat 2 -3 dimana didalam tafsirnya menyebut:
".....dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar( dari segala perkara yang menyusahkan)2. Serta memberikan rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya...3" Sila rujuk tafsir"
Dengan pesanan Ustazah IBU-IBU kena sentiasa buat apa-apa yang Allah suruh dan tinggalkan larangan. Bila kita bertakwa, Allah akan beri dan tunjukkan ibu rezeki.

2.KAYA AMALAN
Ibu-ibu kena buat amalan dengan cukup. Tambah dengan amalan-amalan yang baik. Ustazah berseloroh dengan pantun dia:


"Solat kena cukup waktu,
Jangan tidak menentu,
tak boleh saja pada hari sabtu,
Last last jadi hantu."

3. KAYA ILMU
 

4. KAYA AKHLAK

5. KAYA KASIH SAYANG

Kata-kata IBU adalah doa. Cakap baik, anak akan jadi baik. Cakap buruk, anak akan jadi buruk. IBU kena selalu positif dengan anak sebab kita nak anak kita senang, kita nak anak kita bahagia. Maka elak dari mengeluarkan perkataan jahat dari mulut kita.

Kalau IBU kita pernah melakukan kesilapan, Jangan kita membuat perkara yang sama. Untuk mengatasi jika ada IBU yang buruk, mula-mula nasihat elok-oelok, jika tidak berkesan doa pada Allah dan cuba mensihati lagi.

6. KAYA SABAR
Sebut sabar senang tapi nak sabar bukan mudah, jadi bagaimana untuk terus sabar? Ustazah beri tips untuk terus sabar.

a) Baca surah Al Imran ayat ke 200.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih dari kesabaran musuh,dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) A-li 'Imraan ,200.

b) jika anak kita sendiri bermasalah kita sendiri beri nasihat dan motivasi. Cakap pada diri sendiri sabar ini khazanah syurga.

7. KAYA NASIHAT
Sebagai seorang ibu jangan cakap bosan, fedup, cemuih, dan semua perkataan yang negatif. Beri nasihat berserta dengan doa dan nasihat hendaklah diberi dengan ikhlas.


8. KAYA HARTA
Bila ada harta banyak kebaikkan yang boleh dilakukan dengan harta.

9. KAYA KESIHATAN
"Akal yang cergas ada pada badan yang sihat"

Ustazah bawa cerita Asma binti Abu Bakar yang mana ketika umurnya 100 tahun tiada satu pun gigi beliau yang tanggal. Malah dapat tawaf dengan mudah. Bila ditanya Asma' apakah amalan beliau? Dia menjawab: 
"Saya tak pernah lihat benda yang tak elok
Saya tak pernah makan benda yang tak elok
Saya tak pernah dengar perkara yang tak elok"


10. KAYA MUJAHADDAH

Perlu ada sikap bersungguh. Melakukan semua kebaikkan dengan bersungguh-sungguh. Hatta solat pun kena bersungguh sungguh, didik anak dengan bersungguh-sungguh malah semuanya harus dengan bersungguh-sungguh.

11. KAYA HATI
Hati mesti kaya dengan sifat mahmudah. Juahilah sifat-sifat yang tidka baik seperti contoh sombong, riak, ujub, kasar dll. Kita nak anak bahagia dan senang jadi maafkanlah anak dan redhailah anak.

Bagitulah 11 tip yang ustazah kesayangan saya huraikan. Entry yang akan datang saya catitkan di dalam blog ni soalan-soalan yang diajukan penonton dan jawapan ustazah. Buat Tatapan pembaca, inilah ibu saya, yang saya pangil emak. Dia sentiasa mithali dihati ini dari segi sikap mahupun ibadatnya.

Mak di tengah-tengah. Tersenyum sampai tutup mata..:)

Saturday

Ahmad Umar Gunting Rambut

Biasalah sesi potong rambut akan diiringi dengan tangisannya. Jenuh gak nak potong. Umar tak berasa selesa kot sebab rambut tu buat dia gatal. Tambah lak kulit dia cepat merengsa. 
Jenuh gak bila Umar gerak sana sini. Kemudian dia lari ke pili nak basuh..huh..sabar je..

Dah siap potong rambut, ayah mandikan. siap syampu. Bukan main seronok main air. 

Muhammad tidur. Rambut dia dah potong minggu lepas. Sekarang dua dua anak BOTAK!!! tapi tak licin la. :)

Sambil tulis di blog ni rasa senyap je. Rupanya Ahmad Umar pun dah tidur. Agaknya dah amat letih menangis, potong rambut, kejar-kejar dan mandi :)

Sleep with his new Hair Cut

Friday

Agenda Menjadi Muslim Terbaik


Dah lama tak buka buku nota kecil yang di tulis oleh pendakwah Aa Gym yang bertajuk Menjadi Muslim Terbaik. Pagi tadi teringat untuk mengambilnya dari rak buku dan membacanya semula. Namun belum berkesempatan dengan kerja-kerja research yang masih bertangguh. Tapi saya sempat menyelak ke halaman akhir dan membaca semula Agenda harian, mingguan, tahunan yang dicatit serba sedikit oleh Aa Gym. Saya lampirkan dalam bentuk gambar. Ia diolah semula oleh saya dan dijadikan satu senarai semak yang mungkin boleh menjadi panduan untuk meningkatkan kualiti diri sebagai muslim. Saya membaca kata-kata yang dicoret di kulit hadapan buku. Bagaimana saya di hadapan tuhan?

"Hari ini ramai orang ingin menjadi bintang
Mahukah anda menjadi bintang
Bukan di pentas bukan di televisyen
Tetapi di hadapan tuhan"

 

Dosa-Dosa

Tengah dengar ceramah ustaz kazim. Taubat bukan senang-senang Allah nak beri keampunan. Bila ada dosa yang melekat dalam hati mungkin Allah beri dugaan sesuatu untuk kita ingat dan mensucikan dosa-dosa. Allah sayang pada kita..Dia sedang berbicara sesuatu.. saya memang ada dosa tapi ingat saya bukan penjaja dosa orang lain.

Sahabat ku menyuruh agar buangkan prasangka di dalam jiwa. Dia bukan muslim..tapi terima kasih mengingatkan saya dengan apa yang saya mungkin lupa. Dia ingatkan saya, walaupun saya tahu apa yang perlu buat, dia ingatkan saya supaya terus ingat pada Allah dan buang terus prasangka.  APA KHABAR HATIKU???

Ini Ammar Punya Ayam Tau..!!

Tengok kaki tu...Tengah kusyuk makan ayam goreng..

Tengah tengok Abang Umar buat Aksi

Mmmmm, Sedapnya Ayam ni

Berebut dengan Ayah. Ayah usik Ammar.

Nangis sebab ayah rampas ayam!!

Mmmm, Apalah ayah ni, Ni ayam Ammar tau..

Pesanan Ustaz Zawawi


"apa khabar hati anda?
penting sangat hati sehingga menjadi bidalan kepada perangai dan sifat seperti iri hati, panas hati,sakit hati gelap hati, besar hati, kelembutan hati, jatuh hati, kecil hati, rendah hati, hati mati,suara hati, mata hati, 
 
kalau nak berbuat sesuatu, pesan hati- hati ye, nanti makan hati, buah hati, sampai hati,sijantung hati... 
 
"jagalah hati jangan kau kotori"

Thursday

Cintakan Dunia : Mawaddah



RASA BERTUHAN ~~ MAWADDAH

Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati n jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya

Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
Penglihatan dan pengetahuannya

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya.....2x

Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya

Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

Setiap Susah ada Penyelesaiannya

Alhamdulillah. Teringat kata seorang sahabat FB Ct YuHanis Zakaria

"Setiap kali dilanda badai.. Allah sentiase hulurkan bantuan... sedarkah kita??" 

Terima kasih kepada semua orang yang menghulurkan bantuan dan kata-kata semangat. Bila kereta yang satu satunya menjadi nadi pergerakan yang mudah & cepat terpaksa masuk bengkel, pergerakkan agak terbatas. Namun alhamdulillah, ramai yang telah menghulurkan bantuan. Dua tiga hari sebelum ni abang menumpang Cik eirza. Bila cik eirza tak konfom, suami tak kisah untuk naik bas, tapi alhamdulillah ramai yang sudi menolong. CIk radzi, kak jie, dan kak leha dan semuanya lah. Pagi tadi kak zaleha tawarkan kereta dia untuk dipinjam. Mula-mula segan juga. Tak berani pun ada, sebab kereta orang. Tapi memikirkan nak hantar anak ke taska dan mudah untuk ke pejabat, kami terima perlawaan dengan rasa yang amat syukur.

Pada waktu ini dengan perasaan di hati yang pelbagai ini, saya sangat rasa terharu. Apapun Alhamdulillah semuanya baik dan Allah hadiahkan ramai orang yang sudi membantu dan memberi dorongan. Terima kasih semua. Hanya Allah yang bisa membalas semuanya. Semoga semua yang pernah membantu saya ketika dahulu, mahupun hari ini di beri Allah kebaikkan dan kebahagian.

Saat ini, allah beri banyak peluang untuk merubah hidup. Apa yang datang atau apa yang pergi semuanya adalah kebaikkan. Insyaallah semua ini akan dihargai dan di guna dengan sebaiknya.

Teringat kata-kata Ustaz Kazim. Dalam hidup ni, apa saja masalah Allah akan beri penyelesaian. Cuma sikap sajalah yang menentukan. Teringat pula kata-kata Ustazah Noor Bahyah yang dikasihi.
"Siapa Buat, Dia Dapat".Insyaallah tiap apa yang berlaku Allah sedang berbicara kepadaku.